"Rombongan" di akhirat

Kalau ingat lagi entri blog aku yang lalu..
"Hari ni aku dan isteri menyertai larian amal (charity run) anjuran pusat membeli-belah Vivacity, Kuching. Jadi berkenaan peristiwa berlari ni ada 2 fokus utama yang aku nak tuliskan dalam blog. Semoga bermanfaat buat orang ramai.." 

Sedikit latar tempat berkenaan larian amal ini. Program larian yang aku sertai ini hanya sejauh 3km, bertempat di dalam bandar Kuching juga. Kami berlari di sepanjang jalan raya. Dengan adanya bantuan pengawal keselamatan (untuk mengawasi keadaan trafik), alhamdullillah larian ni dapat dijalankan dengan selamat. Terima kasih kepada pengguna jalan raya yang lain (kereta, motor, lori dll) kerana memberi kerjasama yang baik. Takpe, jom masuk ke fokus entri kali ni..

Fokus : 'Rombongan' yang pelbagai
Sedangku berlari-lari anak bersama isteri, aku baru perasan tentang suasana berlari ketika itu.. Pada ketika semua bergerak pada arah yang sama, masing-masing dengan keupayaan tersendiri



Ada yang hanya berjalan santai
Ada yang berjogging perlahan-lahan
Ada yang berjogging pantas
Ada yang berlari pecut..
Ada motosikal yang memintas
Ada kereta yang melalui..

Membuatkan aku teringat akan satu (entri lama blog aku) Gambaran Hari Akhirat, yang mana manusia akan dibangkitkan semula pada hari pertemuan dengan Allah. Kalau dibaca semula entri tersebut (sebenarnya copy paste dari sumber lain), terdapat 2 kali pergerakan manusia pada hari tersebut;
  1. Sejurus selepas dibangkitkan, manusia beserta jin dan haiwan akan bergerak menuju ke tempat perhimpunan besar untuk dihisab amalan
  2. Selepas dihisab, manusia sekali lagi akan bergerak untuk melintasi titian sirat (kalau jatuh bawah masuk neraka, kalau berjaya lepas akan sampai syurga)
Yang mana pada kedua-dua kali pergerakan tersebut, cepat perlahannya pergerakan manusia akan ditentukan melalui amalan mereka di dunia dulu. Kalau banyak amalan baik yang diterima, semakin mudahlah mereka untuk bergerak.. 

Dan situasi di akhirat bukannya santai-santai yang mana setiap orang ambil masa sendiri untuk bergerak..
..Matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Dalam situasi genting ni, pastinya semua manusia akan kelam kabut ingin cepat sampai ke destinasi akhir (syurga) sebab hanya syurga saja satu-satunya tempat yang selamat di akhirat.
"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya" Surah Az-Zumar 39:73
Marilah kita bermuhasabah diri. Agak-agaknya cukup ke amalan kita kat dunia ni untuk menyediakan pengangkutan terbaik di akhirat nanti..?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)