Sifat tamak
Hari ni aku dan isteri menyertai larian amal (charity run) anjuran pusat membeli-belah Vivacity, Kuching. Jadi berkenaan peristiwa berlari ni ada 2 fokus utama yang aku nak tuliskan dalam blog. Semoga bermanfaat buat orang ramai..
[nota awal - mungkin topik ini sedikit serius dan berbaurkan emosi, maka mari hadam dan rasionalkan bersama]
Sempena larian ini, ada beberapa kaunter dibuka untuk pelari-pelari. Antaranya kaunter minuman (air mineral, air isotonik, roti bun, biskut). Sedikit kelainan baru ialah terdapatnya kaunter untuk print gambar kenangan untuk dibawa pulang.
------------------------------Situasi lain-----------------------------------
Teringat akan satu situasi lain yang berlaku sekitar minggu ni juga. Yang mana berlaku di kacau bilau yang berlaku AEON Tebrau 12 April 2018
(berita NST seperti link berikut --> https://www.nst.com.my/news/nation/2018/04/356368/aeon-tebrau-city-left-shambles-after-tmj-sponsored-shopping-binge)
lagi link berita internet --> https://my.theasianparent.com/tmj-belanja-aeon
Dan Episod tu tak habis lagi, adanya ura-ura yang mengatakan Putera juga membuat perkara yang sama di beberapa pasaraya lain pula.. Memang hiruk-pikuk keadaan yang berlaku masa tu..
-----------------------------------------------------------------------------
Fokus 1 - sifat tamak manusia
Dalam 2 contoh situasi ni, memang nampak perangai manusia apabila diberikan satu anugerah berupa barangan percuma (dah dibiayai). Tak kira mana-mana tempat sekalipun, sememangnya manusia ni tamak. Kalau diimbau balik situasi berbeza tadi;
Teringat juga akan satu kisah sahabat yang aku pernah dengar satu masa dahulu. (cari-cari balik di internet aku dah jumpa. Maka aku hanyar sekadar copy paste dari laman web berikut https://muslim.or.id/10257-itsar-mendahulukan-saudaranya-dari-diri-sendiri-2.html )
KISAH SEGELAS AIR DI MEDAN PERANG [Nota - pewarnaan nama adalah bertujuan menunjukkan 3 watak berbeza, semoga lebih faham siapa bercakap tentang siapa]
[nota awal - mungkin topik ini sedikit serius dan berbaurkan emosi, maka mari hadam dan rasionalkan bersama]
Sempena larian ini, ada beberapa kaunter dibuka untuk pelari-pelari. Antaranya kaunter minuman (air mineral, air isotonik, roti bun, biskut). Sedikit kelainan baru ialah terdapatnya kaunter untuk print gambar kenangan untuk dibawa pulang.
gambar kenangan kami |
"Cuma snap foto sendiri dan upload di instagram beserta hashtag [#vivacitycharityrun2018] maka gambar akan tersedia pada monitor. Cuma perlu tekan untuk print sahaja secara PERCUMA. Jadi aku dan isteri berbincang betul-betul dan masing-masing pilih satu je untuk print (maksudnya aku pilih satu, isteri pilih satu je). Bagi peluang untuk pengguna (pelari) lain nak guna juga.."Cuma aku dapati dari kalangan peserta-peserta ada yang menyalahgunakan (abuse) kelebihan percuma terutamanya booth print gambar kenangan. Ada yang print gambar banyak-banyak sampai 10 keping, ada pula yang memilih banyak gambar dan semua pun nak kena print out sebagai kenangan >_<!
------------------------------Situasi lain-----------------------------------
post facebook Abdullah Omar di facebook |
(berita NST seperti link berikut --> https://www.nst.com.my/news/nation/2018/04/356368/aeon-tebrau-city-left-shambles-after-tmj-sponsored-shopping-binge)
"Dikhabarkan [Tunku Mahkota Johor TMJ] mengumumkan akan menanggung bayaran pembelian oleh semua (sesiapa) pelanggan di pasaraya AEON pada petang hari sebelumnya (630petang-8malam 11 April 2018) sehingga RM3000 untuk seorang.."Kesannya, semua pelanggan bertempiaran menyerbu dalam AEON dan shopping tak ingat dunia >_<! Habis tunggang langgan keadaan dalam kedai tersebut dibuatnya sehinggakan AEON Tebrau pada keesokan harinya terpaksa ditutup sementara untuk pembersihan.
lagi link berita internet --> https://my.theasianparent.com/tmj-belanja-aeon
Dan Episod tu tak habis lagi, adanya ura-ura yang mengatakan Putera juga membuat perkara yang sama di beberapa pasaraya lain pula.. Memang hiruk-pikuk keadaan yang berlaku masa tu..
-----------------------------------------------------------------------------
Fokus 1 - sifat tamak manusia
Dalam 2 contoh situasi ni, memang nampak perangai manusia apabila diberikan satu anugerah berupa barangan percuma (dah dibiayai). Tak kira mana-mana tempat sekalipun, sememangnya manusia ni tamak. Kalau diimbau balik situasi berbeza tadi;
- Bagi perkhidmatan print gambar percuma --> kalau boleh nak print semua sekali sebenarnya. Kalau tak boleh semua --> mungkin 10 jenis (setiap satu banyak-banyak)
- Bagi percuma shopping RM3000, kalau boleh mesti shopping spree sehabis baik. (mungkin satu pasaraya dia nak sebenarnya)
Maka secara automatiknya aku teringat satu hadith popular tentang sifat tamak manusia;
“Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka ia masih menginginkan lembah yang kedua semisal itu. Jika diberi lembah kedua, ia pun masih menginginkan lembah ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.” (Riwayat Bukhari no. 6438)Nauzubillah. Semoga aku dan isteri dijauhkan sifat tamak haloba tu sebegitu..
Teringat juga akan satu kisah sahabat yang aku pernah dengar satu masa dahulu. (cari-cari balik di internet aku dah jumpa. Maka aku hanyar sekadar copy paste dari laman web berikut https://muslim.or.id/10257-itsar-mendahulukan-saudaranya-dari-diri-sendiri-2.html )
KISAH SEGELAS AIR DI MEDAN PERANG [Nota - pewarnaan nama adalah bertujuan menunjukkan 3 watak berbeza, semoga lebih faham siapa bercakap tentang siapa]
Dari Abdullah bin Mush’ab Az Zubaidi dan Hubaib bin Abi Tsabit, keduanya menceritakan, “Telah syahid pada perang Yarmuk al-Harits bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amr. Mereka ketika itu akan diberi minum, sedangkan mereka dalam keadaan luka kritikal, namun semuanya saling menolak. Ketika salah satu dari mereka akan diberi minum dia berkata, “Berikan dahulu kepada si fulan”, demikian seterusnya sehingga semuanya meninggal dan mereka belum sempat meminum air itu. Dalam versi lain perawi menceritakan, “Ikrimah meminta air minum, kemudian ia melihat Suhail sedang memandangnya, maka Ikrimah berkata, “Berikan air itu kepadanya.” Dan ketika itu Suhail juga melihat al-Harits sedang melihatnya, maka iapun berkata, “Berikan air itu kepadanya (al Harits)”. Namun belum sampai air itu kepada al Harits, ternyata ketiganya telah meninggal tanpa sempat merasakan air tersebut (sedikitpun). (HR Ibnu Sa’ad dalam ath Thabaqat dan Ibnu Abdil Barr dalam at Tamhid, namun Ibnu Sa’ad menyebutkan Iyas bin Abi Rabi’ah sebagai ganti Suhail bin Amr)
"Oh, aku dah pernah tulis dalam entri lama rupanya kisah ni. Boleh rujuk balik entri makan, prioriti..) --> (tapi penamaan watak tak sama jadi tak pasti mana yang betul)Other stream of thought
- Pada cara lain, aku menghormati dan mengagumi sesiapa saja yang berniat dermawan dan menolong orang lain. Namun, berkisar daripada dua situasi ni nampaknya lebih memberi akibat yang tidak baik (atas sebab sifat semula jadi manusia iaitu tamak). Mungkin, perlu kepada ulangkaji kaedah lagi untuk pastikan apakah tindakan yang terbaik..
- Bacaan yang menarik aku terjumpa ialah berkenaan itsar (mendahulukan saudara berbanding diri sendiri)
Ulasan