Trip Singapore 2018 (part 5)
"Aku & isteri sedang bercuti di Singapura selama 3 hari 2 malam. Hari pertama agak kami dah lawat beberapa tempat di sekeliling hotel seperti Bugis Street, Masjid Sultan, Kampung Glam, Zam Zam Restaurant dan kemudiannya check in di hotel NuVe URBANETerbaru dari part 4, kami naik Ferris Wheel (Singapore Flyer), serta berkesempatan singgah di Garden by The Bay & Marina Bay. Dah penat-penat jalan seharian, akhirnya kami balik ke hotel untuk berehat..
"Jadi esok adalah aktiviti utama percutian kali ni... iaitu pergi ke USS di pulau Sentosa.."--------------------------------------------part 5 dah sekarang ni--------------------------------------------
Esoknya lepas sarapan pek kembara di hotel, kami bergerak dari hotel menuju stesen tren NE8 Farrer Park (pun dekat jugak la dengan hotel), naik tren pergi ke NE1 Harbour Front.
Outfit hari ni. Macam selalu, baju kegemaran aku ialah dari jenis hoodie short sleeve.. |
- Jalan kaki melalui Boardwalk [fee: SG$1]
- Kereta Cable return trip [fee: adult SG$26, child SG$15 return trip]
- Bas awam [fee: varies, roughly SG$1.80]
- Sentosa Express monorel [fee: SG4$ return trip]
Memang kami rancang nak pergi USS sebab hari bekerja, harapnya tak ramai, Walaupun hari Isnin (bekerja), tapi masih ramai orang lagi yang nak pergi ke USS ni. Pesaing kami hari ni nampaknya lebih kepada warga asing (^-^! kami pun warga asing di Singapura ini). Cuma tak perlu berebut sangat dengan budak-budak sebab semua tengah sekolah hari ni.. (Tapi ada juga rombongan sekolah ^-^!)Jarak masa antara tren (interval) adalah dalam 10 minit setiap satu (macam LRT di KL la agaknya) Jadi tak lama sangat pun tunggu. Jadi bila naik tren, hanya satu stesen je terus sampai di USS
bila keluar stesen terus sampai ke sini.. |
Tempat ini adalah taman tema daripada Studio filem Universal. Banyak aktiviti / rekreasi yang dibina bertemakan kepelbagaian filem-filem hasilan studio ni seperti Madagascar, Shrek, Revenge of the Mummy, Despicable Me dan banyak lagi.
bila dah lepas ni, ada satu meja yang menyediakan brochure peta taman tema (bagi yang datang melalui pakej, mungkin penganjur dah ambil siap-siap dan bagi korang beserta tiket masa on the way lagi) |
Blog aku ni bukanlah nak bagi spoiler langsung/penuh tentang apa yang ada. Terpulanglah kepada tetamu untuk explore and discover sendiri. Namun, aku tulis ni cuma nak bagi tips/ cadangan tentang permainan yang menarik di sini..
Antara permainan yang mesti-main (must play) ialah mestilah dari kategori roller coaster..
- Battlestar Galactica: HUMAN & CYLON [#hispeedrollercoaster, #openair #hotstuff, thrill level high]
depan roller coaster HUMAN |
Roller coaster berkelajuan tinggi. HUMAN yang roller coaster jenis standard seat dengan litar yang belok-belok naik & turun. sementara CYLON pula roller coaster suspended (jenis kaki tergantung) dengan litar yang pusing-pusing 360 darjah. Satu 'kereta' ada 8 baris kerusi berdua (jadi satu trip 2 minit boleh muat 8x2 = 16 orang)
Disebabkan kelajuan tinggi, semua barang-barang besar memang tak boleh bawa. Ada spotcheck di gate checkpoint agar tetamu tinggalkan barang di locker (ada locker khas untuk tetamu. Lock/unlock melalui PIN sendiri atau cap jari, tapi had masa tertentu bergantung kepada waiting time. Jadi kalau lebih masa, kena bayar charge simpanan locker) Sementara loose article (macam cermin mata, topi, selipar) akan diminta tinggalkan di rak sebelum duduk dalam roller coaster (last check point).
Roller coaster ni memang hotstuff. Waiting time boleh sampai 85 minit kalau waktu puncak, jadi kena rancang awal-awal. Jadi aku cadangkan korang enjoy permainan lain dulu kalau nampak ramai orang. Tak payah nak excited beratur 85 minit, kalau timing cantik ada ketika waiting time dalam 30 minit je (tapi aku tak dapat agak masa orang kurang, bergantung pada nasib). Kecuali kalau USS dah nak tutup habis masa operasi tapi tak main lagi roller coaster ni baru la beratur..
Nota penting - hujan akan menyebabkan Roller Coaster ni tergendala sementara. Kalau USS tengok langit gelap dia akan tutup permainan ni. Jadi, doa-doa la agar tak hujan pada hari korang datang sini. semak laporan cuaca..
- Revenge of The Mummy (#hispeedrollercoaster, #closedarea, #rideinthedark, #singlerideravailable, thrill level moderate-to-high)
Pun kategori roller coaster kelajuan tinggi. Jadi kena simpan beg lagi kat locker (bilik locker juga disediakan dengan setting yang sama; lock/unlock guna cap jari/PIN - ada had masa dalam 30-45minit bergantung kepada waiting time). Cuma tak perlu sampai tanggal cermin mata/tinggal handphone/wallet dalam kocek. Ni roller coaster bertemakan seram, jadi kena simpan berani tu sikit dalam diri.
- Enchanted Airway [#juniorlevelrollercoaster, #openair, thrill level moderate]
- Jurasic Park Rapid Adventure [#waterraft, #splasheffect, #open11am, #singlerideravailable thrill level moderate]
dah nak naik dah. Kena pakai baju hujan siap-siap |
Permainan ini berupa rakit air (waterraft) tapi takde la betul-betul rakit cuma lebih kepada bot penyelamat. Kalau nak main permainan ini, kena ambil tahu bahawa permainan ni memang betul-betul boleh basah dek tempias air. Jadi memang dicadangkan agar bersedia dengan poncho/baju hujan (USS juga menyediakan vending machine baju hujan dengan bayaran SG$5). Selain itu, kalau bawa selipar extra diminta pakai selipar, sebab saliran air memang boleh masuk dalam rakit separas buku lali. Jadi kasut akan basah lencun juga. Oh ya, locker barang ada tapi berbayar pula (takde yang free), jadi kena bawa sekali dan sorok dalam baju hujan..
ada juga pod pengering (harga SG$5) untuk keringkan badan bagi yang basah |
- Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle [#3dride rollercoaster, #closedarea,#singlerideravailable, thrill level moderate]
- Canopy Flyer [#junior-level flyer #hotstuff, #openair, #open11am, thrill level moderate]
Rollercoaster bersaiz kecil dari jenis suspended (kaki gantung), Hotstuff permainan ni, memang beratur panjang sampai waiting time 50-60minit. Mungkin sebab semua usia boleh main (dengan syarat lepas had ketinggian badan tertentu), jadi banyak peserta. Sedangkan satu 'kereta' hanya muat 4 orang je (ada banyak kereta la tapi). Ada rak letak barang sebelum naik..
buka-buka kawasan pukul 11pagi terus masuk sini |
Puss in Boots' Giant Journey [#juniorlevelrollercoaster #openair #singlerideravailable, thrill level mild-to-moderate]
Roller coaster ni boleh bawak beg, letak kat kaki. Tapi staf dia tak bagi pegang handphone. Jadi takde gambar kat dalam..-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Walaupun kata must play, tapi janganlah paksa diri dan desperate untuk beratur juga tunggu giliran. Kalau nampak barisan panjang sangat, pergi la main apa-apa yang lain sekadar memaksimumkan keseronokan di USS ni.. Antara lain yang menarik di USS..
- Shrek 4D Adventure [#4dtheatre, #shortfilm, #closedarea]
- Lights, Camrea, Action! hosted by Steven Spielberg [#documentarytheatre, #splasheffect, #closedarea, #open11am]
- Hollywood China Town Arcade [#arcadegame, #closedarea]
- Madagascar: A Crate Adventure [#boatride, #closedarea, #dryandnosplash]
- The Accelerator [#swirlingcup, #closedarea]
Kalau datang dengan keluarga beserta anak kecil (umur dalam preschool), beberapa idea tambahan;
- Sesame Street Spaghetti Chase [#miniride, #closedarea]
- King Juliet's Beach Party-Go-Round[#merry-go-round, #openair]
- Magic Potion Spin [#smallferriswheel, #open11am]
- Dino-Soarin [#merry-go-round, #openair]
- Amber Rock Climb [#rockclimb]
- Treasure Hunter [#miniride, #openair]
Dalam USS ada juga beberapa pertunjukan (show) yang menarik tapi berjadual (aku rasa sebab perlukan persediaan rapi). Jadi kena semak bila sampai sana nanti ye.. (Maaf aku lupa pasal masa pertunjukan) antaranya aku cadangkan
- The WaterWorld [#stuntshow, #closedarea, #splasheffect]
Satu persembahan stunt air yang cukup menarik, berlatarkan pentas air dengan kerusi duduk penonton umpama di stadium bola (ada banyak barisan kerusi mengelililingi 'pentas'). Berupa satu adegan aksi di kilang atas air. Berlaku aksi lawan-lawan, tembak-tembak, naik bot/motobot (ni yang akan sengaja splash kat penonton ni), terjun kolam, flying fox dll.. Best dan mesti tengok kalau berkesempatan. Kalau tak nak dibasahi splash duduk tinggi-tinggi sikit. Seating ada kod warna juga:
BIRU memang pasti basah dibuatnya
HIJAU kena splash sikit-sikit
COKLAT kering tak kena splash
- Ada juga watak/mascot (ie. madagascar, transformer, ancient egypt) akan keluar bertemu tetamu di kawasan masing-masing. Boleh bergambar untuk kenangan. Biasanya mereka keluar ada masa-masa sendiri. Jadi kalau ternampak, boleh la ambil peluang bergambar..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa tips umum tentang semua permainan di USS
Oh ya, dalam USS ada banyak restoran. Bagi yang beragama ISLAM, hanya ada beberapa restoran yang ada sijil HALAL. Boleh rujuk peta USS, tapi aku tuliskan la juga kat sini sebagai rujukan
- Kalau datang dalam berkumpulan ramai, seeloknya main masing-masing secara berpasangan 2 orang atau 4 orang. Sebab kalau nak juga 8 orang main sama-sama, sampai giliran korang main nanti akan berpecah jugak, sebab susah & makan masa kalau nak standby sediakan satu permainan hanya group korang. Tak berbaloi. (kecuali la kalau korang ni rombongan sekolah ada 32 orang dan dipantau guru pengiring)
- Kalau boleh, ambil laluan #single rider bagi beberapa permainan supaya memendekkan masa menunggu. Tapi single rider maksudnya korang hanya watak isi tempat kosong, memang akan berpisah naik permainan. Takpe, jumpa balik lepas main.
- Bagi yang ada duit lebih, disarankan beli tiket Universal Express. Ni macam tiket VIP la. pemegang tiket ini akan diberi keutamaan main dulu berbanding barisan biasa
Oh ya, dalam USS ada banyak restoran. Bagi yang beragama ISLAM, hanya ada beberapa restoran yang ada sijil HALAL. Boleh rujuk peta USS, tapi aku tuliskan la juga kat sini sebagai rujukan
- Mel's Drive In (macam fast food, menyajikan burger/hotdog,fries)
- Oasis Spice Cafe - ni kedai makan berasaskan Arab/India (macam nasi beriyani Ayam/Daging)
- Marty's Casa Del Wild Food Court
- Goldilocks
- Friar's
Surau disediakan berhampiran dengan antara Battlestar Galactica: HUMAN & CYLON dengan Revenge of the Mummy
- Muat dalam 4-5 orang solat
- Sejadah & tempat wuduk disediakan
- Pandai-pandai la agak masa yang tak ramai orang solat (atas faktor bilik kecil)
- MUSLIMAH : isteri kata, tahun lepas datang ada telekung satu set, tapi kali ni takde telekung. Jadi sebaiknya bawa telekung atau pakai ready-to-solat wear.
Oh ya, dalam USS ini ada percuma WIFI. Cuma hanya activate wifi, lepas itu dia akan minta email untuk daftar. Lepas isi-isi boleh la online macam biasa..
"Kalau day-trip dari Johor dan tak nak langgan internet sendiri, boleh la pakai WIFI ni. Boleh tahan la untuk chat / social apps, aku tak pasti tentang kelajuan video ^-^! tapi takkan la nak tengok video banyak.. Sayangnya masa di USS"USS beroperasi dari 10am sampai 7pm. Istimewanya hari Jumaat & Sabtu yang mana USS akan panjangkan masa operasi dari 10am sampai 10pm (supaya tetamu dapat main lebih lagi). Kalau tak silap, adanya Hollywood Parade pada waktu malam, tapi kami tak berpeluang tengok sebab hari ni USS tutup pukul 7pm.
Jangan lupa terdapat kedai cenderahati, banyak di kawasan terutamanya lepas main roller coaster akan keluar melalui kedai tersebut. Boleh la beli keychain/baju/mug dll sebagai kenangan. Berhampiran pintu masuk juga ada
- Universal Studio Store
- The Dark Room - kedai fotografi. Sepanjang hari bermain di pelbagai tempat, adanya kamera-kamera yang 'menangkap saat' (moment capture) permainan terutamanya Roller Coaster. Kalau la lepas main tengok-tengok gambar nampak terbaik tapi malas nak print terlebih dahulu (sebab nanti kena usung sana sini), boleh minta slip nombor gambar dan simpan. Bila sampai masa keluar, boleh singgah kedai ni, beri nombor dan mereka akan printkan. satu gambar bersaiz B4 dalam SG$30
Sourvenir USS gambar roller coaster revenge of the mummy..gambar ni boleh berdiri untuk hiasan macam bingkai Gambar |
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdapat juga waterfront yang berhampiran. Tapi kami tak pergi la. Dah penat, jadi kami balik melalui Sentosa Express (tiket yang kami beli memang untuk trip pergi balik).
ada 4 stesen sebenarnya dalam satu tiket tu. Jadi kalau pergi destinasi yang lain masih guna tiket yang sama |
Ulasan