Trip Singapore 2018 (part 2)

Sebelum ni dari entri part 1, aku dan isteri mula berlepas ke Singapura dengan AirAsia seawal 7pagi lagi. Lepas mendarat, kami pun menuju ke hotel terlebih dahulu ingatkan dapat check in awal, tapi sangkaan kami meleset. Kebetulan, aku ada kawan-kawan PJHUS yang kebetulan melancong ke sini juga. Maka aku ambil kesempatan jumpa mereka sekejap.
"Kemudian kami berpisah dan bergerak jalan menuju ke destinasi pertama."
------------------------------------------------part 2 mula---------------------------------------------------------

1# Bugis Street [expenses fee: own shopping]



Tempat ni umpama Jalan Tunku Abdul Rahman (di KL) atau Jalan Masjid India (di Kuching). Sepanjang jalan adanya kedai-kedai atau gerai-gerai jualan cenderahati dalam bentuk magnet peti sejuk, keychain, baju, kain, topi dan pelbagai lagi. Sesuai untuk pelancong belikan buah tangan sebelum dibawa pulang ke tanah air.
"Isteri aku beli baju untuk keluarganya. Sementara aku tak beli sangat (sebab duit terhad), cuma aku belikan magnet peti sejuk saja buat kenangan." 
Dah habis beli belah sini, kami sambung jalan lagi ke tempat lain pula. Destinasi kami lebih kepada sekelililing kawasan hotel sebab masih bawak beg berat lagi.

baju ni SG$10 dapat 3, tapi kualiti kain nipis (bukan cotton tebal)

gambar ni ada 2 set (1 set = 3 unit), harganya SG$2 x 2set

2# Masjid Sultan@Arab Street [expenses fee: free]
Sini ada masjid Sultan, nampaknya masjid ni salah satu tumpuan pelancong. Boleh dikatakan sebagai masjid Negara Singapura ^-^ aku solat Zohor (jama' kepada Asar sekali sebab musafir). Terdapat beberapa lukisan mural yang menjadi daya tarikan. Jadi kami bergambar sikit sebagai kenangan






3# Kampung Glam [expenses : own shopping]
Lokasinya bersebelahan dengan masjid Sultan. Tempat ini merupakan laluan warisan Melayu Singapura. Juga merupakan tempat jualan cenderahati seperti mana Bugis Street. Terdapat juga Taman Warisan Melayu di sini. Cuma kami tak masuk sebab nak balik hotel. Cuma ambil gambar di kawasan luar sahaja







4# Singapore Zam Zam Restaurant
Masa untuk makan tengah hari. Disebabkan pagi makan agak lewat (pukul 10 lebih di airport tadi). Isteri kata makan ringan-ringan je la (pun sebab nak save duit), jadi kami pun singgah sini. Sini adalah kedai ala mamak yang menyediakan masakan india (contoh Beriyani dan murtabak). Murtabak ada saiz tertentu dengan harga berbeza (SG$6 kecil / 8 sederhana / 10 besar / 12 XL), begitu juga Nasi Beriyani pun ada saiz serta harga tersendiri
"Aku lapar masa ni, sebab makan nugget je sarapan. Tapi kena ikat perut sikit konon-konon nak makan bekal je di hotel nanti. Maka kami berkongsi je makan murtabak ayam sederhana SG$8. Walaupun saiz sederhana, tapi puas hati sebab kami masing-masing dapat cukup banyak bahagian berkongsi.." 
menu di Zam Zam Restaurant

murtabak ayam sederhana (dipotong 8 bahagian serta cicah kurma dan timun bersos? )

Akhirnya sampai masa check-in hotel (pukul 230petang). Dari seawal subuh dah bangun, berjalan suku hari di Singapore, maka kami dah pun penat. Kena kembali ke hotel dan berehat sementara... (sambung entri part 3).. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)