Ujian personaliti (sendiri)
Saja-saja la aku buat ujian personaliti. Taip je "personaliti test" di Google Search, akan keluar sejumlah hasil carian. Maka secara rawaknya aku klik di pautan www.16personalities.com dan masuk ke laman web tersebut.
Nampaknya ada set beberapa soalan yang perlu dijawab terlebih dahulu untuk mengetahui jenis personaliti. Soalannya cuma tentukan tahap setuju/tidak setuju pernyataan yang diberi. Dan nasib baik tak ambil masa lama sangat (dalam lebih kurang 10 minit, kalau pandai bahasa inggeris mesti lagi cepat). Kemudian, semua jawapan akan dikumpul dan dianalisa sebelum keputusan akhir ditentukan. Dan keputusan aku ialah:
Kalau tekan "start reading", akan dibawa ke pautan berikutnya. Kat sama penerangannya cukup banyak dan teliti. Banyak huraian yang diberi dalam beberapa aspek. Kebanyakan isi huraian kena juga la dengan perangai aku. Antara katanya;
Ciri Kekuatan
Jadi jom kita mengenali personaliti diri sendiri, wahai kawan-kawan..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Next-next on Stream of Thought

- Kreatif <-- boleh la sikit-sikit kena dengan aku
- Insightful <-- tak tau nak komen
- Inspiring & convincing <-- boleh la jugak
- Decisive --> ini tidak kena dengan aku sangat. (Seperti mana entri decisions, decisons..)
- Determined & passionate <-- pun kena juga
- Altruistic / un-selfish <-- kena juga
Ciri kelemahan
- Sensitive --< memang betul
- Extremely private <-- betul juga
- Perfectionistic < -- betul sikit
- Always need to have a cause <-- sangat betul juga. (ada entri aku multi-objective)
- Can burn out easily <-- pun betul. sebab tenaga cepat haus dan perlu recharge (Boleh kaitkan dengan dalam entri introvert)
Ada beberapa lagi penjelasan tentang ciri-ciri watak ni dari aspek perhubungan intim, persahabatan, keibu-bapaan, haluan kerjaya dan ciri-ciri pekerja (contoh bekerja sebagai anak buah, rakan sejawat, ketua) dan kesimpulan. [Tapi rasanya tak dapat nak dikongsikan di sini demi menjaga kepentingan laman web asal ^-^]
Apa yang menarik perhatian aku tentang laman web ni ialah mereka menghuraikan 16 jenis personaliti melalui gambaran watak 'sistem pekerjaan' (job system). Sedikit berbeza, namun masih dikaitkan dengan kombinasi komponen asas. [sumber bacaan tentang komponen asas personaliti: http://www.humanmetrics.com/personality/type]
Misalnya persona aku ini digambarkan melalui watak orang tua bijaksana yang suka memencilkan diri.
- Extraverted (E) vs Introverted (I)
- Sensing (S) vs Intuition (N)
- Thinking (T) vs Feeling (F)
- Judging (J) vs Perceiving (P)
Selalunya personaliti secara konvensional (psychological) dijelaskan melalui kod daripada empat komponen tersebut. Misalnya ENTP, ISFJ (coding macam ni aku pun susah nak tangkap). Sebab itu aku tertarik dengan pendekatan job system yang digunakan..
Misalnya persona aku ini digambarkan melalui watak orang tua bijaksana yang suka memencilkan diri.
"Kalau berlatarkan game/anime fantasy, watak ini selalu berada di tempat yang terpencil seperti gua/hutan untuk menyendiri dan menjauhi komuniti. Bila hero datang jumpa, watak ni selalu memberi nasihat/hikmah agar mengubah dunia jadi lebih baik"Oh ya, kepelbagaian personaliti ini bukanlah bertujuan untuk mencari personaliti yang terbaik. Sebab aku percaya setiap personaliti adalah unik, mempunyai ciri kekuatan dan kelemahan tersendiri. Yang penting, kena belajar kenali dan terima diri serta orang lain..
Jadi jom kita mengenali personaliti diri sendiri, wahai kawan-kawan..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Next-next on Stream of Thought
"Agaknya aku dah bersua/ berkawan dengan kawan-kawan dari pelbagai kumpulan personaliti ke belum?- bersambung Entri ujian personaliti (kawan-kawan)
Ulasan