Trip Singapore 2018 (part 4)
"Aku & isteri sedang bercuti di Singapura, selepas mendarat. Aku tak berjaya untuk check in awal sebab belum masanya lagi. Jadi kami isi masa berjalan-jalan di kawasan sekeliling dulu.."Previously dari part 3 , setelah berjalan pusing-pusing di kawasan berhampiran dah sampai masa untuk check in hotel dan rehat sekejap
"Dekat-dekat pukul 5petang, kami bangun dan pergi ke destinasi seterusnya.."
------------------------------------------part 4 bermula sini---------------------------------------------------
Dari hotel kami naik stesen EW12 Lavender menuju ke CC4/DT15 Promenade. Laluan tren sedikit berbeza, jadi kena tukar tren di stesen EW13 Bugis. Kemudian dari stesen, kami berjalan pergi ke..
nampak macam seberang jalan je.. ^-^! |
Bukan dekat berjalan dari stesen tren. Tapi sebabkan landmark dah nampak (dekat kot? ^-^!) jadi kami gahkan diri sambung berjalan sehingga sampai..
6# Singapore Flyer [expenses fee: adult SG$33, child SG$21, senior SG$24]
Tempat ini adalah satu rekreasi berbentuk ferris wheel(Roda gergasi yang memuatkan penumpang) berpusing untuk melihat pemandangan di Singapura. Masa beroperasi 830 pagi sampai 1030 malam..
Ada orang cakap, bagus datang waktu malam sebab lampu-lampu yang cantik tapi gelap tak nampak panorama. Sementara ada yang cakap sebaiknya datang waktu siang, baru nampak panorama indah Singapura. Jadi untuk alami kedua-dua, aku sengaja pilih lewat petang. Hendaknya apabila masuk dapat alami (suasana) siang dan keluar dengan (suasana) malam..
"Oh ya, roda ni akan sentiasa berpusing, jadi takde jadual sangat pun nak kena masuk pukul berapa.. cuma beratur tunggu giliran je la.."Sementara nak tunggu masa terbaik ni, kami jalan-jalan dalam bangunan bawah tu, serta ambil gambar pemandangan sekeliling. Bangunan singapore flyer ini ada beberapa tingkat, yang mana Singapore Flyer sendiri berada di tingkat 1. Tingkat Bawah adalah restoran-restoran.
Ada juga attraction yang lain di bangunan ni; Wayang XD, Flight simulator, Scooter, Fish Spa & Reflexology. Tapi semuanya berbayar lagi, jadi kami tak masuk, cuma ambil gambar sekeliling je
pemandangan di bawah pun dah nampak beberapa ikon menarik singapore (Marina Bay, Garden by The Bay) |
ada banyak lagi ferris wheel di seluruh dunia.. |
Dah malam dah rupanya. Pukul 745malam sepatutnya ada persembahan lampu (light show) di Garden by the Bay. Maka kami pun terus bergegas pergi berjalan ke sana.. Ingatkan dekat je dan sempat sampai..
gambar kenangan satu harganya SG$25 ^-^! mahal jugak.. |
Ni adalah satu taman besar yang terdapat di Singapura. Terdiri daripada beberapa bangunan berasingan yang masing-masing mempunyai daya tarikan tersendiri. Tak silap ada tempat yang berbayar:
- Dragonfly lake [admission fee: free]
- Flower Dome + Cloud forest [admission fee: adult SG$28, child SG$15]
- Heritage Garden [admission fee: free]
- SuperTree Grove [admission fee: free]
- OCBC Skyway [admission fee : adult SG$8, child SG$5]
Apa-apa pun, tempat ni sebenarnya sangat cantik. Kalau siang hari, cantik dengan flora yang pelbagai. Kalau malamnya ada pohon berlampu (macam i-City Shah Alam). Sebab dah malam, jadi kami tak begitu jalan-jalan explore sangat sebab tak nampak apa pada malam hari.. Lain kali boleh la cuba datang pagi pula..
sepatutnya pertunjukan lampu ni warna-warni dan kelip-kelip. Tengok dari jauh nampak cantik |
peta di Garden Bay, besar tempat ni. Best kalau datang pagi & explore |
follow me to marina bay |
Rupanya bangunan tersebut ialah Marina Bay Sands (hotel). Antara trademark hotel ini ialah ialah di tingkat paling atas terdapat satu senibina berbentuk kapal besar yang menghubungkan 3 blok bangunan hotel tersebut. Jadi kalau tengok dari jauh, nampak satu kapal besar sedang berlayar di udara ^-^! macam tu la.. Jadi ada 2 daya tarikan utama kat atas kapal sana
- Infinity Pool [for hotel guest only]
- Observation Deck [admission fee: adult SG$23, child SG$17, senior SGD20, hotel guest free]
"Kalau nak nikmati pemandangan dari atas dek ni, sebaiknya datang waktu siang. Tapi disebabkan dah malam (serta kos lagi), maka kami tak naik tengok pun.. mungkin suatu masa nanti..----------------------------------------
ok, jadi memang dah penat sangat. Kami buat keputusan untuk balik ke hotel. Makan malam kami di hotel saja dengan bekalan pek kembara yang kami bawa je
Jadi esok adalah aktiviti utama percutian kali ni.... (bersambung part 5)
Trivia jap..
Ambik kau.. Banyak sangat berjalan hari ni. Dah terlebih lulus cabaran 10,000 langkah. Isteri kata macam dah lari fun run 5 kali dah.. |
Ulasan