Perjalanan beli Rumah Pertama [PM2]

[nota - penulisan ini retrospektif, sebab bukan berlaku hari ini]

Baru ini aku balik bercuti ke kampung halaman di Kuala Lumpur. Tapi tujuan utama balik kali ini ialah untuk merancang pengubahsuaian rumah baru.
"Alhamdulillah, aku diberikan rezeki berupa rumah sendiri di Kuala Lumpur. Jadi aku kena rancangan pengubahsuaian menjadi rumah idaman.."
Tapi dalam penulisan kali ini aku nak imbau kembali kenangan perjalanan dari mula sampai mutakhir beli rumah pertama aku..

Fokus - Laluan kenangan (memory lane) beli rumah PM2  

15.9.2014 - pengenalan oleh Abang Chik tentang satu projek perumahan dalam pembinaan sangat dekat dengan kawasan rumah yang ada.
"Ran, nak beli rumah tak? Ada satu projek perumahan sedang dijalankan. Dekat je dengan TESCO Ampang. Beli la satu, tapi harga dalam RM300k juga. Bulanan dalam RM1500 juga, tapi kalau masih dalam pembinaan tak perlu bayar penuh lagi.."
Rupanya Abang Chik juga telah membeli satu rumah baru di Puncak Alam. Jadi, bila dia dah selamat (ada rumah), seterusnya Abang Chik berniat nak tolong aku (pastikan ada rumah sendiri) pula..
"Abang Chik is often care about his younger siblings. I'd always think that probably he is the best brother i had.." (baca entri Abang Chik)
Sejak pertanyaan itu, terdetik dalam fikiran aku untuk memiliki rumah sendiri. Kalau sebelum ini, hanya terdengar orang lain je beli rumah (baca entri rumah episod 3), maka mungkin ke sampai giliran aku pula.. Tapi mahalnya, takut pulak aku. Dah la masa ni aku dah kena tipu dengan Syarikat MLM One Community (baca entri dugaan MLM), jadi takut tu lebih-lebih sebab aku sedang berhutang dengan bank. Maka dalam minggu yang sama, aku menyertai pertemuan dengan adik-beradik yang lain sambil berbincang lagi. Sampai la kakak aku kata..

"Ada baiknya beli rumah sementara belum ada komitmen (bayar kereta/ nafkah isteri & anak dll) lagi. Lagipun kau (aku) kerja dengan kerajaan, tiap-tiap tahun ada kenaikan tangga gaji (masa ni zaman PM DSN). Walaupun RM1500 tu kira banyak, tapi kenaikan gaji tiap-tiap tahun tu secara perlahan-lahan akan tampung pinjaman bulanan tu nanti.." 
Selepas itu, aku fikir masak-masak. Dan akhirnya aku letak kepercayaan pada kata Kak Yong.

21.9.2014 - Dengan ditemani Abang Chik, kami pergi ke pejabat jualan Faber Vista Sdn Berhad di Damansara. Kena bayar duit muka sebanyak 10% (= RM30k) tapi dalam 2 sesi berbeza. Sesi pertama hari ni aku bayar dulu RM15k dalam bentuk cek.
Kebetulan masih ada sedikit lagi simpanan ASB & Bank Islam, jadi aku kumpulkan dalam Maybank. Keluarkan simpanan dan tukarkan jadi cek (proses ini kena berurusan di kaunter)
19.10.2014 - aku dapat panggilan dari syarikat tersebut agar aku hadir diri untuk menandatangani surat akuan / sumpah jual-beli. Kali ini aku datang seorang diri.

23.10.2014 - seterusnya sesi mencabut undi bagi unit rumah. Syarikat ini telefon lagi, suruh aku hadiri sesi cabut undi. Sesi ini adalah satu sesi hari penuh (dengan ucapan Menteri & VIP bagai lagi). Jadi disebabkan notis pendek, memang tak berjaya la nak minta cuti. Jadi aku terpaksa minta tolong Abang Chik untuk wakilkan aku cabut undi.
Aku dapat unit "C-08-06 " iaitu unit paling bawah. [tingkat 8 adalah unit kediaman, sementara tingkat 7 dan bawah adalah tempat parkir kereta]
Menurut Abang Chik, semasa sesi cabut undi itu aku salah seorang pemilik yang bertuah sebab VIP akan cabut undi bagi mendapatkan hotspot (misalnya unit yang mempunyai pemandangan cantik dll), tapi batal sebab aku hantar Abang Chik sebagai wakil (dan bukan tuan empunya rumah sebenar). Bila ditanya-tanya kenapa, rupanya berkait rapat dengan kerjaya dan jawatan aku rupanya.. Ceh! 
"i'll be honest: i am truly happy and honored that it was my brother who do the ballot and get my house number. I don't need some random VIP to choose for me, only because of my position or profession. With that, i am grateful & thankful to Abang Chik, because whatever your choice is always has significance to me.."
29.10.2014 - kena hantar cabutan ke pejabat dan tanda tangan borang lagi..

4.11.2014 - isi borang pinjaman bank. Aku pilih Maybank sebab itu bank utama aku merangkap bank gaji. Tapi satu kerja pula, kena dapatkan pengesahan di pejabat sumber manusia hospital. Disebabkan aku masih HO, jadi aku tak layak untuk memohon pinjaman kerajaan. Takde cara lain, aku terus dengan pinjaman biasa.

17.12.2014 - Aku dapat panggilan telefon kelulusan pinjaman dari Maybank. Seterusnya pihak Maybank akan berurusan dengan syarikat Faber Vista

--- tunggu lama, sepi pula ---

4.4.2015 - Aku dapat panggilan dari syarikat guam Satha & Co, tentang dokumen perjanjian jual beli (SPA) antara aku dan Faber Vista dah siap. Jadi aku kena hadir diri ke syarikat guam untuk tandatangan.

6.4.2015 - Tapi aku kena selesaikan bayaran pendahuluan (baki RM15k). Jadi bergegas lagi aku curi masa untuk cukupkan simpanan. Kena korek semua akaun simpanan ASB, TH, Bank Islam, Maybank. Alhamdulillah aku takde nak pinjam duit orang semata-mata untuk tujuan tersebut. Tapi habis la simpanan aku T_T

27.4.2015 - baru berjaya dapat cek bank. Aku telefon syarikat guam untuk temujanji

15.6.2015 - Datang ke syarikat guam dan tanda tangan borang SPA. Sementara itu, Maybank terdapat sedikit perubahan kadar faedah pinjaman, jadi aku kena tandatangan lagi.

--- tunggu lama lagi, masa ni aku dah dipindahkan bertugas ke Sarawak --

13.11.2015 - dapat kiriman pos salinan SPA. Tapi aku di Sarawak, maka lambat la aku nak tengok dokumen tersebut. Ingatkan tak urgent nak tengok awal-awal

11.1.2016 - masa ini balik kampung. sembang-sembang baru tahu boleh mohon pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah. Perlukan dokumen SPA. Aku cuba ikhtiarkan hantar mohon pengeluaran.

14.1.2016 - dapat panggilan dari KWSP, kata permohonan ditolak sebab perlu dokumen sokongan (sebab tempoh masa dah lebih 1 tahun dari tarikh mula tandatangan). Aduh, banyaknya kerja. Dan aku masih di Sarawak maka aku putus asa sajalah.

--- lama jarak masa ---

29.9.2016 - tiba-tiba Maybank telefon minta tandatangan borang pinjaman lagi. Ada perubahan lagi katanya. Jadi aku balik lagi Kuala Lumpur dan selesaikan..

1.10.2016 - Bermulanya penolakan gaji bulanan mengikut peratusan siap rumah. Masa ni aku dah mula kena suaikan perbelanjaan aku.

--- proses pembinaan berlangsung lamanya ---

25.4.2018 - Dapat panggilan surat tentang majlis penyerahan kunci. Lajunya aku balik nak ikut serta.
 





Tapi ada lagi kena bayar duit penyelenggaraan advanced pula. Keluar duit lagi. Huhu.. dan lagi tak bestnya masih belum dapat kunci secara rasmi sebab masih ada kerja 'sentuhan akhir' (final touch) lagi yang belum disiapkan. Hanya sekadar majlis beratur bayar duit- ucapan menteri- makan-makan-cabutan bertuah (dapat baucer ubahsuai rumah RM10k tapi tak menang pun). Naik rumah pun tak dapat.

Terpaksa la akur dengan takdir ini. Tak merasa lagi tengok dalam rumah. Balik Sarawak semula dengan tangan kosong T_T


12.5.2018 - Dapat panggilan bahawa rumah dan siap betul-betul dan boleh dimasuki dah. Tapi dah bulan puasa. Aku tangguh dulu balik laju-laju. Sebaliknya aku buat temujanji ambil kunci dekat-dekat nak raya..

14.6.2018 - Temujanji aku ambil kunci. Maka dengan ini, barulah secara rasminya aku memiliki rumah. Baru la dapat masuk tengok rumah sendiri. Saiznya dalam 900kaki. Kena sangat dengan saiz rumah impian aku (baca entri rumah (episod 1))

ok la tu, dekat dengan kolam renang ^-^!

--- tamat imbas kembali ---

Sekali lagi. Alhamdulillah. Jalan untuk dapat rumah sendiri bukan senang. Banyak proses yang penat dan stres. Tapi, kena terus usaha sampai dapat. Dan walaupun dah dapat, kena terus berusaha sehingga dapat membina rumah idaman sendiri (baca entri rumah episod 2)..

Teringat aku akan satu nasihat dari laman Facebook MuslimShow. Jom aku kongsikan di sini..

Setiap doa perlu disertai usaha & ikhtiar untuk mendapatkan hajat, barulah Allah akan kabulkan..
Oh ya, lama sela masa dapat kunci dan rancangan ubahsuai sebab aku terlibat dalam kembara Eropah (baca entri Trip Europe 2018 (prolog)) ^-^! banyak habis duit juga.. Huhu




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)