Dugaan MLM
Baru-baru ni selak-selak laman sosial facebook aku terjumpa tentang laman PseudoScience Watch yang membongkarkan tentang kegiatan 'sains-pemalsuan' oleh organisasi-organisasi..
Kebetulan baru ni sampai pula niat laman tersebut membongkarkan kegiatan 'One Community' iaitu satu syarikat yang pernah menipu aku dulu.. (semak pautan ni untuk penerangan lanjut --> FaceBook/PseudoScienceWatch/OneCommunityTheSeriesEp8)
Awal tahun 2014 - Segalanya bermula apabila seorang kawan aku di universiti dulu ajak berjumpa..
Setelah beli mesin, sangkaku semua ni akan berakhir begitu saja.. maka aku dah tak follow dah organisasi ni.. aku hanyalah terus berhubung dengan Ros, supaya mesin tu dia dapat guna untuk buka cawangan di Kuantan.. namun pada suatu hari sekali lagi dia ajak berjumpa.. ketika aku kerja S3 medical.. kononnya aku nak rehat kejap maka jumpa-jumpa kat HKL je makan takpe kot..
Kebetulan baru ni sampai pula niat laman tersebut membongkarkan kegiatan 'One Community' iaitu satu syarikat yang pernah menipu aku dulu.. (semak pautan ni untuk penerangan lanjut --> FaceBook/PseudoScienceWatch/OneCommunityTheSeriesEp8)
"Ya, aku juga turut tertipu dengan permainan MLM ni.. menyebabkan aku kehilangan sejumlah besar simpanan serta menjebakkan aku ke dalam kancah hutang"[nota - entri blog ini bersifat retrospektif, mengisahkan babak-babak penipuan yang berlaku sehingga aku tertipu dengan syarikat ni v_v untuk tujuan muhasabah dan agar pembaca lain tak kena juga..]
Awal tahun 2014 - Segalanya bermula apabila seorang kawan aku di universiti dulu ajak berjumpa..
“Syed, lama tak jumpa anta. Jom kita keluar main boling kat Times Square. Nanti ana datang rumah jemput anta ke sana” – ajaknya
Chup! Profile check dulu untuk watak kawan aku ni..
“Nama panggilannya Ros (bukan nama sebenar), kawan se-universiti aku sejak tahun pertama lagi tapi dia mengaji di aliran yang berlainan. Berwatak alim dan wara’ di hostel, sering mengajakku usrah, melibatkan diri dalam aktiviti surau dan dakwah pada masa lapangnya. Antara aku dan dia, hanyalah sebagai kawan seagama yang mengajak aku ke arah jalan kebaikan ('kawan surau'). Sebagai seorang manusia, dia juga terdapat kekurangan tersendiri, terkadang rasa tak kena dengan nilai dakwah yang sering diajaknya. Namun, aku selalu memandangnya sebagai seseorang yang dihormati (dari aspek agama). Dia dah tamat pengajian satu tahun setengah lebih awal daripada aku, sejak tu aku dah tak berjumpa dengannya..”
Maka, setelah 6 bulan kerja di KL, tiba-tiba dia berhubung
semula dengan aku untuk ajak berjumpa (main boling pula tu).. Lagi la girang
rasanya untuk berjumpa semula..
“(Tapi, rasa macam pelik pulak, main boling 2 orang je nanti. Ah takpe lah, anggap je la reunion berdua untuk sembang kisah lama..) “ – fikirku tanpa sangsi
Dan pada hari yang dijanjikan, rupa-rupanyanya dia ajak aku sertai
pertandingan boling anjuran sesuatu ‘organisasi’ rupanya. Mulanya aku hanya anggap
diri sebagai pelengkap kumpulan la (kot-kot tak cukup orang ke). Maka aku pun main la boling
dalam satu game macam tu. Sambil-sambil tu bersosial dengan peserta lain kat sana..
"Kerja doktor ke? Eh boleh ajar tak tentang macam mana(pathophisology) penyakit strok tak?Mulanya aku ingat berminat tentang kerjaya doktor la masa ni.. Tapi setelah berinteraksi dengan orang ramai yang hadir pada pertandingan tersebut, aku mula timbul sangsi apabila mereka mempersoalkan tentang kerjaya aku secara berperingkat..
“Tak rasa kejam ke jadi doktor.. ? Cucuk ambil darah orang.. seolah-olah makin menyeksa mereka pula.. Kadang-kadang orang datang hospital sebab sakit lain, tapi jadi macam-macam pula bila doktor suruh amik darah buat test bagai..”- ujarnya
“Kau rasa rawatan doktor tu betul sangat ke? Pernah nampak tak pesakit (yang check kat hospital) kena strok akhirnya jadi sembuh dan dapat jalan semula..?”
Aku tidaklah membidas kata-kata mereka, sebab sebahagian isi
mereka tu ada benar juga.. Tamat permainan boling, sangka aku dibawa pulang ke
rumah. Tapi sangkaan meleset. Aku dibawa ke restoran makan pula kononnya untuk
minum malam selepas penat bermain.
Maka saat tu la, mereka main pengaruh cuba perkenalkan diri pasal syarikat mereka.. Tapi masa ni aku tak layan sangat.. Penat,
esok kerja, posting medical lagi masa ni.. jadi aku tak begitu endah sangat
dengan segala kata-kata mereka.. Akhirnya mereka bawa aku pulang..
Tak berhenti di situ.. Sejenak masa kemudian, ada lagi
ajakan Ros ni untuk keluar..
“Syed! Ana kebetulan kt KL ni, melawat kawan. Jom jumpa-jumpa minum sekejap..” à masa ni aku pun tak layan jugak sebab sibuk
“Syed.. Anta free tak petang ni? Jom teman ana pergi buat therapy jap..” à pun aku tak layan jugak
“Syed. Lama tak jumpa.."
"Syed.."
"Syed.."
"Syed.."
"Syed..."
...(sampai la cubaan kali ke-20)
Sampai la satu masa ni aku kesian la kat dia tak respon.. Akhirnya aku respon juga padanya dan bersetuju untuk ikut jumpa dia (tapi masa ni dah SILAP LANGKAH yang sepatutnya aku pedulikan saja)
Respon aku hanya nak ikut je tengok tempat.. Namun, sangsi bertambah kuat
apabila dia tak datang seorang diri.. Malah datang berempat satu kereta
maksudnya aku jadi orang kelima untuk memuatkan kereta.. Sepanjang perjalanan
memang kena brainwash je..
"Teknik perbualan mereka masa ni ialah, mereka memperkenalkan apa yang akan dijumpai di tempat tersebut (ada pameran hasil yang hebat-hebat, suasana tampak anggun dan mewah dll).. Aku tak ambil endah sangat.. (tapi dalam hati pelik jugak, kenapa la semangat dan talkative nampak sangat ni.. aku introvert. tak selesa)"
Sampai ke HQ, maka masa tu la aku diperkenalkan dengan kerusi
elektrik. Aku diberi percubaan percuma untuk duduk kerusi elektrik ni (walhal
aku tau, bayarannya adalah hadiah kupon dari pertandingan boling hari tu..).
semasa cuba, aku tertarik dengan mekanisme elektrik tu je.. Dan seusai tu,
sekali lagi aku dibawa pergi makan-makan lagi.. dan ‘terpaksa’ mendengar testimoni-testimoni orang ramai tentang kehebatan mesin ni.. ada cuba-cuba nak Tarik aku jadi ahli
jugak, mulanya suruh jadi happy member dengan beli kupon penggunaan kerusi (harga dalam RM250 untuk 10 tiket sesi), maka aku pun cuma nak cuba-cuba ingat nak beli la..
Hari ke-3, aku pun tiba-tiba la gatal nak pergi lagi tempat tu (kononnya nak guna la sebab dah beli 10 tiket).. Masa ni la akhirnya aku terjebak dengan penipuan ni.. Terus diperkenalkan aku
dengan system MBS / MLM ni sehingga aku dalam keadaan ‘terpaksa’ bersetuju untuk membeli mesin elektrik ni..
“Ana ingat nak ajak collaborate dengan anta, nak buka cawangan kerusi elektrik di Kuantan. Supaya ramai dapat guna sebagai rawatan alternative” – pujuknya yang membuatkan aku terpaksa bersetuju.Maka sebanyak RM28k aku dah hangus buat kali begitu saja. Duit simpanan aku sejak zaman universiti (sebahagian besarnya aku save untuk beli rumah / kereta / pergi haji). Dan transaksi tu tak tunggu-tunggu lagi, terus aku dibawa ke bank ATM untuk selesaikan pembayaran (maka baru la aku tahu, kenapa aku sentiasa 'dijemput' dengan kereta kawan.. oleh sebab naik kereta orang, maka tak berdaya nak lari pulang ke rumah)
Setelah beli mesin, sangkaku semua ni akan berakhir begitu saja.. maka aku dah tak follow dah organisasi ni.. aku hanyalah terus berhubung dengan Ros, supaya mesin tu dia dapat guna untuk buka cawangan di Kuantan.. namun pada suatu hari sekali lagi dia ajak berjumpa.. ketika aku kerja S3 medical.. kononnya aku nak rehat kejap maka jumpa-jumpa kat HKL je makan takpe kot..
Dan lagi.. dia datang dengan big boss dia ajak minum.. yang
kali ni big boss belanja makan malam terus.. Maka agenda seterusnya
dijalankan.. Pertamanya dia suruh aku cari ‘mangsa’ baru yang boleh diajak join
kumpulan dan berbelanja RM28k. Maka aku beralasan memang sibuk bekerja.. Maka
keduanya dia buka syarat, katanya nak bantu aku dapatkan duit pasif.. Bagi
menjayakan impian asal Ros untuk buka cawangan, ahli usahasama perlu
mendapatkan lesen kebenaran.. Dan lesen
ini hanya boleh didapati dengan memiliki 2 unit kerusi elektrik. Oleh itu, dia
memaksa aku membeli mesin kedua untuk dapatkan lesen tersebut. Oleh sebabkan
nak dapatkan duit pasif serta tunaikan impian Ros ni. Mulanya aku beralasan dah
takde duit.. (duit simpanan aku dah habis sejak pembelian pertama). Maka
pandainya si bos ni mengaturkan pinjaman peribadi sebanyak RM30k untuk beli
mesin kedua.. Maka aku berkeadaan ‘terpaksa’ juga bersetuju dengannya..
Maka aku kini dah berhutang bank (dengan Bunganya, kira-kira
total) sebanyak RM48k dalam masa 10 tahun… Sangkanya aku, akhirnya aku boleh
dapat pendapatan pasif melalui impian Ros melaksanakan cawangan di Kuantan..
Tapi apa yang berlaku, mesin aku dah diambilnya buka kedai dan diuruskan namun,
wang pendapatan bahagian aku tak pernah pun diserahkan kepada aku..dari mula
sampai sekarang. Apabila aku bertanya Ros ni, dia sering beralasan duit itu
diuruskan oleh seorang ustaz yang tinggal di Kuantan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan sekali, tapi dua kali kena ketuk.. Akhirnya aku dah
hilang wang simpanan aku, malah dah terlibat dengan hutang.. Maka memang aku
terasa, kena tipu oleh sahabat aku ni..
Bila aku berhubung dengan Ros tanyakan 'pendapatan pasif' cawangan di Kuantan sampai sekarang (2017) dia kata masih belum lagi. Business nampak naik-turun je.. Maka memang aku dah kena tipu langsung dengan golongan mereka ni..
Bila aku berhubung dengan Ros tanyakan 'pendapatan pasif' cawangan di Kuantan sampai sekarang (2017) dia kata masih belum lagi. Business nampak naik-turun je.. Maka memang aku dah kena tipu langsung dengan golongan mereka ni..
“Memang aku akui aku ni seorang yang naif, cepat menaruh kepercayaan dengan orang. Tapi memang aku tak sangka, perwatakannya yang aku kenal berwatak wara' di universiti itu tergamak membuatkan sebegini rupa. Kalau nak fikir baik lagi, mungkin sebenarnya memang dia tak pernah terlintas menkhianati (dan dia juga kena tipu sebenarnya), tapi aku memang dah tetap dalam diri agar aku akan menyerang balas organisasi ni pada cara aku tersendiri..”
“Ya, aku salah seorang mangsa penipuan organisasi ni.. Semua kerugian serta akibat yang berlaku setakat ni aku tanggung penuh lagi (tak melibatkan pinjam duit kawan sampai gaduh-gaduh, menipu dsbnya).. Maka sejak itu aku berniat nak melindungi orang lain pula..”-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan seterusnya Ros ni target kawan baik aku pula bernama
Kai.. menggunakan taktik yang sedikit berbeza.. tapi mujurlah aku sempat
menceritakan hal sebenarnya dan Kai ni tak terpedaya..
Dan contoh lain, kawan seangkatan Ros ni cuba mempergunakan status
kerjaya aku untuk menyalah gunakan wang simpanan umum (baitul mal). Sangkanya
aku jawatan 41 ni tak valid.. tapi lagi meleset banyak kali.. Tapi setidaknya aku
tak bersetuju..
“Dan mungkin, tindakan aku berpindah tempat kerja ni memang salah satu usaha aku untuk elak dari berjumpa mereka lagi..”
Ulasan