Trip Europe 2018 (prolog)
Kisahnya bermula apabila Abang Chik ditempatkan bertugas di Mannheim, Germany selama dua bulan di sana (kursus ke apa aku tak pasti) dari 12 Oktober sampai 12 Disember 2018. Dan tentulah isterinya ambil cuti tanpa gaji untuk mengikutnya bersama.
Maka ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan;
Dah nak pergi luar negara kena la ada passport. Alhamdulillah aku dan isteri ada passport masing-masing, cuma perlu dipastikan tempoh masa laku belum tamat lagi..
(2) Ticket Flight
(3) Duit Tukaran [Dollar EURO & POUND]
Kena tukar duit siap-siap sebelum berlepas. Sebab kadar pertukaran di airport lebih mahal berbanding dengan di luar. Jadi untuk lebih ekonomi, sebaiknya dah tukar siap-siap.
"Untungnya Abang Chik pergi oversea lagi.." - bisikku mengenangkan betapa adik-beradik yang lain sudah banyak kali ditempatkan di luar negara.. (entri kembara-3)Jadi ketika sedang makan bersama keluarga asas aku, tiba-tiba timbul perbualan..
"Ran, bila mu nak pergi Mannheim? "
"Tak tahu la.." jawabku malas nak layan sangat. Sangkaku Abang Chik nak menunjuk dan berlagak..
"Takde la, sementara aku ada kat Mannheim nanti. Mu datang la beberapa hari, boleh aku bawa jalan-jalan alang-alang.." ujarnya..
"Heh?!"Maka sejak itu, aku & keluarga terus merancang untuk datang melawat Abang Chik ke Mannheim. Mulanya aku merancang perjalanan berdua. Tapi tengokkan tiket berdua je dah mahal, kononnya aku nak pinjam duit ayah sikit. Akhirnya terjadilah trip keluarga.
- Ayah - mastermind
- Makdah
- Nawar
- Aku - mediator
- Isteri
Lepas berbincang, akhirnya kami bersetuju untuk melancong selama 11 MALAM yang mana pembahagiannya ialah;
- 1 MALAM perjalanan pergi
- 3 MALAM di Mannheim, Germany
- 3 MALAM di Amsterdam, Netherland
- 3 MALAM di London, UK
- 1 MALAM perjalanan balik
(1) Passport
"Kalau tak silap, sekarang ni bayaran untuk buat passport adalah RM200 untuk tempoh 5 tahun. Kalau di Kuching, passport boleh dibuat di jabatan imegresen UTC Kuching siap dalam satu jam."VISA lawatan - aku difahamkan lawatan sosial dalam tempoh yang pendek tidak memerlukan VISA.
(2) Ticket Flight
Sedikit cabaran bagi pihak aku dan isteri, yang mana kami bertolak dari KUCHING. KUCHING tidak ada penerbangan langsung ke destinasi jauh. Jadi kena terbang sama ada ke KUALA LUMPUR atau SINGAPURA terlebih dahulu, kemudian barulah naik kapal terbang antarabangsa ke JERMAN.
Langkah 1 - beli tiket terbang dari KUCHING ke KUL/ SIN
Langkah 2 - beli tiket terbang pergi balik FRANFURT pergi balik [Nota Penting! - kena rancang betul-betul dengan langkah 1 supaya cukup masa untuk penerbangan seterusnya / tidak bertindih perjalanan]
Dalam sesi tempahan tiket penerbangan antarabangsa, aku dapati web/aplikasi Skyscanner sangat menarik. Dalam aplikasi ini, kita hanya nyatakan tarikh & destinasi perjalanan, maka pelayan akan paparkan sejumlah kemungkinan penerbangan dengan kos & masa perjalanan tersendiri. Jadi boleh la pilih mana yang berkenan.
Tapi AWAS! Setelah berurusan dengan syarikat ini, secara kesimpulannya aku tidak rekomen pembelian dari syarikat ini. Banyak isu pula yang timbul sepanjang berurusan dengan syarikat ini..
ISU#1 - harga tawaran asal (dalam Skyscanner) berbeza dengan harga akhir belian. Contohnya penerbangan Emirates dari Kuala Lumpur (KUL) ke Frankfurt (FRA) melalui Dubai (DXB) dengan harga pergi-balik dianggarkan RM3,300+ seorang (Skyscanner). Tapi ketika pembelian dalam web eDreams, isi-isi nama penumpang campur kira dah naik menjadi RM4000+ pula (mungkin sebab tambah pakej premium, serta tempat duduk kot, takpe ni aku kena faham >_<) Tapi tak cukup lagi dengan itu, masa tengah isi maklumat bayaran, dah nak tekan pay dah, tiba-tiba ada notis menyatakan harga dah naik menjadi RM4500 seorang >_<!
ISU#2 - disebabkan ini ialah perjalanan dengan keluarga aku, maka aku dapat rasa bahawa akan terjadi perubahan rancangan. [Niat asalnya hanya datang ke Frankfurt, tapi dengan Ayah, tiba-tiba panjang cerita sampai London jadinya]. Maka dengan fikiran tersebut, aku beli pakej pelan premium (kot-kot la nak tukar penerbangan tiba-tiba) yang mana pelan premium ni kata boleh tukar flight tanpa caj pengurusan (hanya bayar perbezaan harga tiket sahaja)
Namun apa yang jadi ialah - memang betul ayah lanjutkan perjalanan, Asalnya tiket pergi balik KUL<->DXB<->FRA tapi dah bertukar jadi KUL-DXB-FRA (pergi) & LHR-DXB-KUL (balik).
Jadi aku kenalah tukar tiket penerbangan (untuk ayah juga aku berbuat demikian melalui laman web asal flight).
Jadi sebaiknya print tiket siap-siap. Tapi boleh juga print tiket di airport sebab semestinya akan check-in bagasi.. ^-^!
Langkah 1 - beli tiket terbang dari KUCHING ke KUL/ SIN
Langkah 2 - beli tiket terbang pergi balik FRANFURT pergi balik [Nota Penting! - kena rancang betul-betul dengan langkah 1 supaya cukup masa untuk penerbangan seterusnya / tidak bertindih perjalanan]
"Macam ala-ala trivago tapi versi kapal terbang pula.. Kapal terbang yang sama, masa perjalanan yang sama tapi harga yang berbeza.." ^-^!Seperti mana trivago hanya memaparkan pelbagai harga yang ditawarkan oleh laman web agen/syarikat, Skyscanner juga begitu. Kita akan diberi senarai agen/syarikat yang menawarkan harga penerbangan tersebut.. Jadi dari senarai yang diberi, aku kononnya nak ambil yang paling murah iaitu tawaran dari syarikat eDreams..
AWAS kalau nak guna syarikat ini |
ISU#1 - harga tawaran asal (dalam Skyscanner) berbeza dengan harga akhir belian. Contohnya penerbangan Emirates dari Kuala Lumpur (KUL) ke Frankfurt (FRA) melalui Dubai (DXB) dengan harga pergi-balik dianggarkan RM3,300+ seorang (Skyscanner). Tapi ketika pembelian dalam web eDreams, isi-isi nama penumpang campur kira dah naik menjadi RM4000+ pula (mungkin sebab tambah pakej premium, serta tempat duduk kot, takpe ni aku kena faham >_<) Tapi tak cukup lagi dengan itu, masa tengah isi maklumat bayaran, dah nak tekan pay dah, tiba-tiba ada notis menyatakan harga dah naik menjadi RM4500 seorang >_<!
"Kenapa takde polisi price lock (apabila dah memilih)?? Atau adakah ini agenda syarikat tersebut agar pembeli bayar lebih..??"Sementara itu, abang aku yang belikan tiket untuk adik & ibubapa mendapat harga yang lebih murah beli di website asal kapal terbang Emirates
Namun apa yang jadi ialah - memang betul ayah lanjutkan perjalanan, Asalnya tiket pergi balik KUL<->DXB<->FRA tapi dah bertukar jadi KUL-DXB-FRA (pergi) & LHR-DXB-KUL (balik).
Jadi aku kenalah tukar tiket penerbangan (untuk ayah juga aku berbuat demikian melalui laman web asal flight).
"Aku setuju bahawa pertukaran ini agak mengarut sebab penglibatan airport yang berbeza tapi yang mengejutkan ialah aku berjaya tukarkan trip perjalanan ibubapa & adik tanpa masalah (hanya buat online saja dah selesai, tapi berbayarlah sepertimana polisi pertukaran penerbangan) . Bayaran dikenakan RM 500+ bagi seorang"Jadi anggaran aku nak tukar tiket lebih kurang macam tu la. RM500+ x 2 orang (aku dan isteri) = RM1000+ lebih kurang. Tapi eDreams ni tak boleh tukar secara online, sebaliknya kena telefon khidmat pelanggan pula (aku introvert >_<! tak suka telefon-telefon orang asing ni)
"Khidmat pelanggan dikatakan talian bebas cukai, tapi memang kena caj sebenarnya. Nasib baik aku dah semak kadar panggilan ke talian US ~24sen/minit. Kena reload prepaid siap-siap."
- Panggilan#1 (20minit)- bersembang-sembang kata nak tukar flight balik (masa & tempat). Tapi kata tak boleh!
- dapat Emel#1 pula - sebenarnya kata boleh (tapi kena call lagi)
- Panggilan#2 (18 minit) - sembang lagi. kata tak boleh, hanya boleh tukar masa saja [KUL-DXB-FRA] dengan caj USD 195 [= RM819]. Aku tak tau ni caj apa sebenarnya. Aku fikir ni caj beza harga la kot.
- dapat Emel#2 lagi - sebenarnya kata boleh (tapi kena call lagi sekali)
- Panggilan#3 (18 minit) - sembang lagi. Boleh pun tukar tapi kena bayar. Baru aku diterangkan bayarannya USD195 (servis caj)+345 (beza tiket) = USD 540 [= RM2560] >_<! Apakah??
"Aku rasa pakej Pelan Premium masa booking tu tak terpakai pun.. tak tau kenapa.. Mungkin aku la yang tak pandai. Tapi begitulah, semoga ini menjadi pengajaran berguna buat aku dan semua. Lepas ini memang aku tak nak beli dari Syarikat eDreams lagi."Nasihat buat pembaca sekalian - Kalau berniat nak beli dari syarikat eDreams. Pastikan rancang baik-baik, jangan ada tukar-tukar tiket saat akhir. Jangan jadi macam aku, memang banyak habis duit je selesaikan masalah tukar tiket ni.
Jadi sebaiknya print tiket siap-siap. Tapi boleh juga print tiket di airport sebab semestinya akan check-in bagasi.. ^-^!
(3) Duit Tukaran [Dollar EURO & POUND]
Kena tukar duit siap-siap sebelum berlepas. Sebab kadar pertukaran di airport lebih mahal berbanding dengan di luar. Jadi untuk lebih ekonomi, sebaiknya dah tukar siap-siap.
- 100 EURO = RM 484
- 100 POUND = RM 545
Kadar pertukaran ni boleh berubah mengikut masa dan tempat. Jadi sedikit tips tentang bertukar wang;
- Kalau nak tukar ke duit luar negara, cari kedai yang menawarkan nilai 'harga jual' (we sell) yang rendah
- Kalau nak tukar balik ke duit Malaysia, cari dengan nilai 'harga beli' (we buy) yang tinggi
(4) Roaming Plan
Jadi sedikit tips tentang bertukar wang; Dunia sekarang ni internet memang wajib bagi semua orang, agar senang berhubung dengan tempat asal sama ada keluarga/kawan-kawan dll. Jadi kami meneliti beberapa tawaran pelan roaming dari syarikat telekomunikasi masing-masing. Macam terdahulu, fokus kami lebih kepada Social chat, Maps, Facebook dan sikit-sikit Google Search

DIGI postpaid infinity (internet rumah via modem) tidak menawarkan roaming percuma kat Eropah pula kali ini. Sayangnya. Jadi hasil penyelidikan kami..
(5) Bekalan makanan
Bagi kembara budget macam aku ni, kena ada bekalan makanan sikit. Sebabnya, di luar negara perlu diambil kira tentang status halal makanan restoran di sana serta kos makanan tersebut.
Mannheim - Cari apartment, secara umumnya susah nak cari apartment murah dengan 3 bilik tidur. Sebab biasanya apartment ditawarkan dalam bentuk 2 bilik tidur saja (lebihan orang sila tidur di ruang tamu). Jadi akhirnya berbalik kepada hotel juga.
Amsterdam - Harga apartment di tempat ini sangat mahal (RM2000+ semalam) walaupun hanya 2 bilik tidur. Jadi memang tak dapat la nak tidur apartment. Sekali lagi, kami memilih hotel saja.
London - Kebetulan jumpa satu apartment murah dan strategik (RM1300 semalam termasuk servis dan caj pembersihan semula).
Dari pengalaman lalu, akhirnya aku akui kad kredit banyak membantu dalam urusan di luar negara. (cuma jangan lupa bayar balik la, sebab perbelanjaan nescaya sangat tinggi. Kalau bertangguh, boleh merana).
AWAS! Sekarang di Eropah musim sejuk. Jadi kena bersiap dengan baju yang sesuai. Dan lagi disebabkan tempoh kembara 11 hari, aku siapkan lebih separuh dari bilangan hari (iaitu dalam 6-7 pasang). Banyak kitar & guna semula je..
(9) Insurans / Takaful
Baru ni kecoh diperihalkan tentang musibah kapal terbang. Misalnya MH370 dan terbaru pesawat Lion Air yang terhempas. Jadi sebaiknya beli je la insurans siap-siap. Aku tak ariff tentang perihal insurans/ takaful ini. Lagi-lagi beli tiket dengan eDreams buat aku keliru sama ada pelan insurans atau tidak. Maka aku pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli pelan takaful sendiri.
Jadi antara yang aku survey iala syarikat eTiQa. Sebenarnya aku ada kawan yang merupakan agen insurans ini. Sedang aku bertanyakannya, aku juga turut melayari sendiri di internet dan aku dapati terdapat diskaun 25% bagi pendaftaran online (lebih murah). Jadi aku batalkan daftar kawan dan buat sendiri secara online saja.
Negara Eropah ada banyak tempat menarik. Lagi-lagi aku yang langsung tak pernah pergi. Tentunya semua tempat adalah baru & menarik. Tapi perlu difahamkan harga kemasukan pastinya akan mahal. Jadi, aku kena pantau dulu sebelum buat keputusan.
Menariknya ada satu laman web/applikasi telefon yang menawarkan harga yang menarik: KLOOK
Laman web ini akan memaparkan beberapa aktiviti menarik serta harga yang berpatutan. Jadi kalau dah rancang nak buat/main apa, boleh beli tiket melalui laman web ini dan cetak tiket.
- DIGI ada pakej A (2GB + panggilan 30min) berharga RM25/3hari. Pakej B: unlimited Social sehari RM10 sehari.
- UNIFI mobile, XPAX (celcom) - internet tanpa had RM38 sehari. ^-^! Habislah kalau sembilan hari di Eropah nanti
- UMOBILE - internet tanpa had RM36 sehari
- MAXIS/HOTLINK mungkin ada pelan roaming tersendiri, tapi aku tak explore (sebab takde nombor MAXIS/HOTLINK)
boleh klik link sini untuk capaian terus --> Europe (37 Countries) 2GB Travel Prepaid Plan
Jadi isteri memilih untuk beli sim card baru, sementara aku langgan DIGI Pakej A. Menariknya melalui MyDIGI aku boleh tetapkan masa pengaktifan roaming (tapi selaras dengan jam Malaysia, jadi kena agak-agak bila nak mula roaming)..
Jadi isteri memilih untuk beli sim card baru, sementara aku langgan DIGI Pakej A. Menariknya melalui MyDIGI aku boleh tetapkan masa pengaktifan roaming (tapi selaras dengan jam Malaysia, jadi kena agak-agak bila nak mula roaming)..
(5) Bekalan makanan
Bagi kembara budget macam aku ni, kena ada bekalan makanan sikit. Sebabnya, di luar negara perlu diambil kira tentang status halal makanan restoran di sana serta kos makanan tersebut.
"Misalnya aku dah pun asingkan wang makanan berdua (RM30/hari x 11 hari total = RM330, tapi kebetulan wallet makanan ada lebih jadi tambahkan sedikit menjadi) RM500 = EURO 100. Tu pun aku rasa masih tak cukup untuk belanja makan (sarapan, tengah hari, malam) di Eropah sana. Jadi bagus lagi ada bekalan makanan sikit untuk kurangkan belanja..Hasil pengalaman kembara terdahulu, kami memang sedia maklum tentang pek makanan 'Kembara' ni. Kali ni ada sedikit tambahan menu, iaitu selain nasi+Rendang daging, ada juga nasi+rendang ayam. Terbaik!
"Cuma tambah air 100cc ke dalam pek yang dah diisi bahan pemanas, kemudian tutup pek dan biarkan bahan pemanas bertindak balas untuk perhangatkan makanan. Dalam 10 minit macam tu, makanan dah sedia untuk dimakan.."Sudu disediakan sekali, cuma kena cari pinggan sendiri untuk sajikan makanan. Mungkin boleh makan dari dalam pek, tapi aku tak cuba la.. Beli dah lama, tapi masih tahan sampai tarikh luput 2020 ^-^! Selain itu, mungkin boleh bawa sikit kunyah-kunyah macam twisties/kokokrunch dll
- Minuman?! Kembara di luar negara ni masalah sikit. Tak boleh bawa minuman sebenarnya. Semua akan sangkut di pemeriksaan imegresen nanti. Bawa bekas/botol air je. Nanti boleh refill di airport.
Oh ya, sedikit tips jimat lain - Kalau jenis suka tidbits & coklat (contohnya Kitkat, cadburry), beli la sedikit buat bekalan dari Malaysia. Sebabnya kat luar negara nanti, apabila ragu-ragu & sangsi melihat pelbagai coklat jenama luar negara tiba-tiba jumpa kitkat, nescaya datang rasa mengidam tiba-tiba..
"Dah la harga bukan sebarangan.."
(6) Penginapan
Kehadiran adik aku dalam trip kali ni merupakan 'game changer'. Sebab trip berlima lebih susah nak cari tempat penginapan. Iaitu sama ada cari apartment 3 bilik tidur, atau hotel tempah 3 bilik. Mannheim - Cari apartment, secara umumnya susah nak cari apartment murah dengan 3 bilik tidur. Sebab biasanya apartment ditawarkan dalam bentuk 2 bilik tidur saja (lebihan orang sila tidur di ruang tamu). Jadi akhirnya berbalik kepada hotel juga.
Amsterdam - Harga apartment di tempat ini sangat mahal (RM2000+ semalam) walaupun hanya 2 bilik tidur. Jadi memang tak dapat la nak tidur apartment. Sekali lagi, kami memilih hotel saja.
London - Kebetulan jumpa satu apartment murah dan strategik (RM1300 semalam termasuk servis dan caj pembersihan semula).
- Kena print siap-siap slip tempahan hotel. Kalau tempah dengan kad kredit, mesti bawa kad kredit tersebut. Oh ya, kena deposit duit tau masa check in hotel.
Dari pengalaman lalu, akhirnya aku akui kad kredit banyak membantu dalam urusan di luar negara. (cuma jangan lupa bayar balik la, sebab perbelanjaan nescaya sangat tinggi. Kalau bertangguh, boleh merana).
- kalau kad debit pula, penggunaan di luar negara akan disekat. Tapi kita boleh aktifkan penggunaan di luar negara. Macam aku pengguna MAYBANK, pengaktifan boleh dilakukan secara online M2U (tapi aku tak pasti applikasi smartphone boleh atau tidak, sebab aku suka guna laptop buka browser), mesin ATM. Aku percaya boleh juga buat panggilan kepada khidmat pelanggan, tapi buat sendiri lebih selesa.
AWAS! Sekarang di Eropah musim sejuk. Jadi kena bersiap dengan baju yang sesuai. Dan lagi disebabkan tempoh kembara 11 hari, aku siapkan lebih separuh dari bilangan hari (iaitu dalam 6-7 pasang). Banyak kitar & guna semula je..
(9) Insurans / Takaful
Baru ni kecoh diperihalkan tentang musibah kapal terbang. Misalnya MH370 dan terbaru pesawat Lion Air yang terhempas. Jadi sebaiknya beli je la insurans siap-siap. Aku tak ariff tentang perihal insurans/ takaful ini. Lagi-lagi beli tiket dengan eDreams buat aku keliru sama ada pelan insurans atau tidak. Maka aku pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli pelan takaful sendiri.
"Maaf kawan.."
- Sementara itu kalau ada langgan insurans peribadi (rawatan/medical card) eloklah beritahu agen kita bahawa kita akan ke luar negara supaya agen boleh uruskan mana yang dapat kalau terjadi apa-apa (nauzubillah)
Negara Eropah ada banyak tempat menarik. Lagi-lagi aku yang langsung tak pernah pergi. Tentunya semua tempat adalah baru & menarik. Tapi perlu difahamkan harga kemasukan pastinya akan mahal. Jadi, aku kena pantau dulu sebelum buat keputusan.
Menariknya ada satu laman web/applikasi telefon yang menawarkan harga yang menarik: KLOOK
Laman web ini akan memaparkan beberapa aktiviti menarik serta harga yang berpatutan. Jadi kalau dah rancang nak buat/main apa, boleh beli tiket melalui laman web ini dan cetak tiket.
"Nak tau aku main apa?? Jom tengok bahagian seterusnya.."Ok, kalau persediaan dah siap, jomlah kita mula (sambung entri Hari 1 - Penerbangan pergi)
Ulasan