Trip Europe 2018 (Hari 1 - penerbangan pergi)
Sambungan dari entri Trip Eropah 2018 (prolog).
15.11.2018 Khamis
Seperti entri lalu, tiada penerbangan langsung dari Kuching ke negara Eropah. Jadi aku & isteri terbang ke Kuala Lumpur dulu. Kami ambil penerbangan pertama (awal pagi) Kuching ke Kuala Lumpur pada hari tersebut, supaya cukup masa untuk ambil penerbangan utama nanti.
Rupanya ada kemudahan multimedia bagi setiap penumpang berupa skrin sentuh monitor. Jadi penumpang boleh berhibur sepanjang perjalanan yang jauh tersebut. Antara kemudahan yang ada:
"Persiapan dah siap! Jom kita mula.."Nota awal - ini adalah trip bersama ibu bapa. Dan status bapa aku sedikit 'lain upaya' disebabkan perstiwa lalu hardship - 2nd wave. Jadi implikasinya pergerakan kembara terhad dan tidak menyeluruh. Namun, aku cuba sedaya upaya agar tetap menikmati trip kali ni.
15.11.2018 Khamis
Seperti entri lalu, tiada penerbangan langsung dari Kuching ke negara Eropah. Jadi aku & isteri terbang ke Kuala Lumpur dulu. Kami ambil penerbangan pertama (awal pagi) Kuching ke Kuala Lumpur pada hari tersebut, supaya cukup masa untuk ambil penerbangan utama nanti.
KLIA د لاڤڠن تربڠ |
- 7.00 pagi : berlepas dari Kuching ke Kuala Lumpur (KLIA2)
- 9.00 pagi : mendarat di KLIA2 dah. Lepak dan berehat dulu, sambil kemas beg. (nota - penerbangan antarabangsa menyediakan khidmat daftar bagasi 30kg seorang). Jadi nak sumbat dan cukupkan sebanyak yang boleh.
- 12.00 tengah hari : pergi ke KLIA melalui KLIA-Transit (tren). Di sana, kami terus bertemu ahli keluarga yang lain. Makan tengah hari bersama-sama
- 4.00 petang : baru boleh daftar masuk (bagasi) di kaunter kemasukan. Memang 3 jam sebelum penerbangan baru boleh daftar masuk.
- 7.00 petang : masa penerbangan yang utama. Kena pergi ke terminal satelit yang berasingan (naik tren transit 5 minit)
EMIRATES سبلوم ماسوق دالم كاڤل تربڠ |
#1 Kapal Terbang EMIRATES
Kali pertama aku naik kapal terbang ini. Jadi semestinya ni perkara baru buat aku.
"Sebelum ini aku pernah naik kapal terbang kos rendah (iaitu AirAsia & Rayani Air). Sekali-sekala pernah naik kapal terbang MAS tapi kali ni baru aku didedahkan dengan kapal terbang antarabangsa piawai (standard) "Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Frankfurt mengambil masa lebih 19 jam total.
- Kuala Lumpur ke Dubai = 7 jam 15minit
- Transit di Dubai = 4 jam 50 minit
- Dubai ke Frankfurt = 7 jam 20 minit
"Lamanya dalam flight, nak buat apa la agaknya sepanjang perjalanan tersebut. Tidur ke?? Aku macam ada idea melalui pengalaman penerbangan MAS suatu masa lalu tapi kena lalui semula pengalaman macam ni.. Jom.. "
ستياڤ كروسي ادا كلڠكڤن مولتيميديا سباݢاي هيبورن |
- Filem (movie) - dikatakan ada lebih 500+ filem yang disimpan dalam setiap satu unit, mencakupi pelbagai genre & produk negara (Korea, Jepun, Arab dll). Jadi penumpang bebas pilih mana-mana cerita yang ingin ditonton
- Lagu & Muzik - aku tak layari bahagian ni, tapi ada banyak siaran lagi yang boleh didengari. Terdapat juga rakaman radio yang membincangkan tentang destinasi / berita semasa.
- Applikasi game - Ada juga game jenis kad (macam Solitaire, Hearts dll) dan banyak juga jenis board game (tapi versi digital la). Boleh dimainkan sesama penumpang lain melalui Local Area Network LAN. Kalau tak nak, main dengan komputer je..
- WiFi - ada khidmat percuma WiFi (tapi terhad 2 jam perjalanan / 20MB data, mana-mana yang cecah dulu). Sesuai untuk applikasi sosial (update status FB / chat messenger)
- Paparan maklumat penerbangan secara langsung - penumpang boleh tengok kapal terbang sedang terbang berapa tinggi, berada di atas negara mana, berapa kelajuan, pukul berapa sampai, jam destinasi dan jam semasa. Malah adanya fungsi external camera view untuk tujuan tinjaun keadaan di luar (tapi nampak awan saja la)
مينو سارڤن ڤاݢي |
Oh ya, ada makan-makan dalam kapal terbang. Termasuk dalam harga tiket (Jadi tak perlu risau bayar on the spot). Dan makanan yang disediakan oleh Emirate adalah HALAL.
Set hidangan yang disediakan adalah bergantung kepada
- Waktu perjalanan : kalau waktu siang, maka logiknya menu sarapan pagi la yang akan dihidangkan.
- Destinasi yang terlibat : (ni dah balik baru aku tahu dari siaran TV bila dah balik). Maksudnya perjalanan flight kali ini KUL-DXB-FRA maka menunya lebih berasaskan lokaliti yang terlibat. Kalau pergi benua lain, maka lain menunya..
Antara sesi hidangan, boleh juga pesan mi segera atau air panas (kopi/ teh).
Tanpa sedar 7 jam berlalu tanpa aku tidur langsung. Semuanya sebab aku asyik tonton movie Detective Conan & beberapa lainnya. Jadi kami sampai ke lapangan terbang Dubai.
Transit di sini dalam 4 jam lebih sahaja. Jadi tak dapat keluar melawat sekeliling sini. Dan lapangan Terbang Dubai adalah antara lapangan terbang yang sangat besar dan sibuk. Jadi tak berani nak ke mana sangat. Lagipun jam di Dubai pukul 11malam. Jadi rasanya tak nampak pemandangan sangat pun nak tengok
Dan disebabkan ayah berkerusi roda, jadi ayah dan makdah (penjaga) dibawa ke satu bilik khas. Jadi tinggallah kami bertiga saja.
"باڽق سوڠݢوه السن دبري"
Oh ya, sebab hanya transit. Jadi tak perlu ambil bagasi dan check-in semula. Sebab bagasi memang dah diatur terus sampai ke destinasi akhir. Aku rasa sedikit tenang dengan hakikat tersebut. Jadi kami hanya mencari pintu masuk untuk penerbangan seterusnya.
"Nasib baik ada WiFi percuma dalam terminal. Paling kurang pun boleh la berhubung Whatsapp kalau ada apa-apa.."
16.11.2018 Jumaat
3 pagi (jam Dubai = 5 pagi malaysia) : Berlepas terbang ke Frankfurt pula. Lagi sekali, 7 jam perjalanan. Oleh sebab akan tiba di Frankfurt pagi, jadi aku tidur sekejap supaya sampai nanti tak la penat sangat, dan terus boleh berjalan-jalan
bersambung ke Trip Europe 2018 (Hari 2 - Frankfurt)
Ulasan