hardship - 2nd wave
(Nota - Entri ni bersifat retrospektif..)
Setelah puas memujuk akhirnya ayah bersetuju untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan siasatan tentang punca permasalahannya itu. Seminggu di hospital, hasil penyiasatan menunjukkan beliau mengidap kanser.. (boleh rujuk link berikut sekadar ilmu pengetahuan.. --> http://www.gohkimyen.com.my/myeloma)
Maka sejak tu bermulanya gelombang kedua saat jerih payah dalam keluarga aku ni.. Demi melaksanakan lifestyle modification seiring dengan keadaan ayah, kami adik-beradik perlu adjust / adapt suasana yang sesuai dengan beliau..
"Second wave of hardship after 7 years.." - status facebook bertarikh 26 Mac 20157 tahun lalu merujuk kepada tahun 2008 ketika mana arwah Wan kembali ke Rahmatullah setelah dua tahun lebih berjuang melawan penyakit stroke. Dan kami sekeluarga mengharungi susah payah bersama ketika mengurus dan menjaga arwah sepanjang perjuangan tersebut.. Innalillah~
"Namun tak disangka gelombang kedua dah bermula..."Kali ni melibatkan sang ayah pula.. Kisahnya bermula dengan beliau mengadu sakit belakang ketika sedang berusaha melaksanakan impian beliau untuk settle down di kampung. Dari kehidupannya yang serba berdikari, pada satu ketika beliau dah sakit belakang sampai tak boleh memandu lagi. Maka ahli keluarga pun pergilah menjemputnya kembali ke rumah asal..
Setelah puas memujuk akhirnya ayah bersetuju untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan siasatan tentang punca permasalahannya itu. Seminggu di hospital, hasil penyiasatan menunjukkan beliau mengidap kanser.. (boleh rujuk link berikut sekadar ilmu pengetahuan.. --> http://www.gohkimyen.com.my/myeloma)
Maka sejak tu bermulanya gelombang kedua saat jerih payah dalam keluarga aku ni.. Demi melaksanakan lifestyle modification seiring dengan keadaan ayah, kami adik-beradik perlu adjust / adapt suasana yang sesuai dengan beliau..
- kalau dulunya Activity of Daily Living (aka ADL)-independent (maksudnya aktiviti harian eg mandi, makan, bergerak perlukan bantuan atau berdikari sendiri) , kini dah jadi dependent pula.. Perlu kerusi roda pula dan banyak lagi..
- Perlu kepada perubahan bilik tidur - kini tak boleh lagi nak tidur bilik atas..
- Dan banyak lagi............
Be strong everyone.. (sementara tu aku tengah posting ED = hari-hari pun bekerja ni sangat payah ni..) be strong~Other stream of thought
- Satu pengajaran yang baik untuk isu insurans.. ketika badan sihat-sihat dan muda ni, eloknya ambil insurans sebelum terlewat untuk menanggung kos yang tinggi..
- ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
Ulasan