Kembara-5
"The thought of working every single day can be depressing v_v maybe I should take a break & getaway some where.." - status facebook bertarikh 21 Mac 2015Kemudian, sejenak masa berlalu aku mendapat ajakan daripada seorang sahabat baik di universiti dulu..
"Nak pergi kenduri Ain (kat Paka)? sambil tu boleh la jalan/relax sikit.." - ajaknyaMaka sekali lagi, bermula lagi kembara episod kembara aku.. Oh ya, perjalanan kali ni mengaktifkan pelbagai fokus, jadi kita teliti satu persatu la ye..
Fokus A - berlepas daripada kerumitan?!
"Keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga; Bermusafirlah kerana bagi musafir itu terdapat lima kelebihan; (1) terlepas dari kerumitan (2) dapat meningkatkan kualiti hidup (3) kaya dengan ilmu & pengalaman (4) berpengetahuan luas tentang adab & budaya serta (5) mendapat ramai kenalan" - Ali bin Abi Talib (entri kembara ada tulis)Jauh dalam sudut fikiran, aku akui pada masa ini mempunyai sedikit kerumitan dalam hidup. (Bukan terhadap diri secara peribadinya, tetapi lebih kepada masalah keluarga iaitu) Ayah sekarang bukan lagi pada tahap optimum sihat beliau. Pada saat-saat sebegini tentunya beliau memerlukan sokongan dan perhatian daripada ahli keluarga yang lain terutamanya aku yang bekerja balik hari di rumah. (sementara adik berada di off-shore jangka panjang, abang tengah pula hari weekend baru pulang ke rumah, dan yang lain pula sudah berkeluarga sendiri) - entri hardship 2nd wave
"Alhamdulillah masih adanya MakDah menguruskan makanan dan pakaian Ayah serta mengurus rumah, Dan Abang Chik juga balik hari weekend. Namun aku ada sedikit bersalah meninggalkan beliau walau seketika.. "Fokus B - sepanjang perjalanan
"Secara peribadinya, aku banyak kali tidur ketika perjalanan jarak jauh. Setiap kali menumpang kereta kawan, banyak kali rasa bersalah bila aku tidur sementara kawan aku yang drive ni penat lelah terpaksa pandu sendirian.. - entri kembara-4
"Asal naik kereta je tidur.." - tegur seorang kawan lain suatu masa dulu ketika aku tumpang keretanya
"(Dah tu nak aku buat apa?) (memandangkan aku yang pendiam dan introvert ni susah nak buka topik perbualan, lagi pula tak boleh nak membaca buku atau main game dalam kereta --> nanti pening kepala pula.. Jadi akhirnya baik tidur saja)Dan kali ni juga tak terkecuali ^-^! perjalanan santai ke kuantan mengambil masa 3 jam lebih dengan keadaan aku yang postcall semestinya menggalakkan tidur ketika perjalanan. Namun aku teringat akna satu nasihat seorang kenalan..
"Kita menumpang (kereta) orang ni bukanlah maksudnya dia pemandu (maksudnya kita boleh senang santai dan tidur sementara dia susah payah pandu sorang-sorang). Dia dah penat-penat kenalah tolong dia sikit (eg. borak-borak agar tak boring / tolong tunjuk jalan dsb)." <-- rasanya ni la sebabnya aku lebih suka kenderaan awam ^-^!Terkesan dengan nasihat tersebut. Aku cuba jugak la sedaya upaya untuk tak tidur dalam perjalanan, yang mana hanya perjalanan pergi Kuantan je aku tewas pada jam terakhir ^-^!
Fokus C - acara renang (link to entri berenang)
Percutian kali ni banyak diisi dengan acara renang santai ^-^! Hotel yang kami tinggal tu mempunyai kolam renang dan pantai tersendiri. Maka enjoy puas-puas la.. Kebetulan pula Afiq telah menghadiri beberapa kelas renang peribadi maka dia pun beriya nak berlatih juga..
"Indeed i were self-taught on how to swim my custom way but maybe, after watching him swimming the professional way makes me wonder.."Fokus D - main event
Sampai ke main event, iaitu kenduri kahwin Ain ni.. Barak-Allahu Lakuma dan semoga berkekalan sepanjang hayat ^-^
Dalam pada itu aku tertarik pada nilai 'true friendship' yang ditunjukkan oleh seorang kawan baik pengantin ni. Walaupun dah 2 tahun lebih berpisah sejak tamat universiti, tapi aku nampak dia kekal sebagai kawan rapat sehingga ke hari besar sebegini. (oh ya, untuk pengetahuan dua-dua kawan baik ni jauh: seorang asalnya di Terengganu dan seorang asalnya di Sarawak, jadi hanya telekomunikasi menjadi penghubung di antara mereka dalam dua tahun ni.. Maka sangat menakjubkan bila tengok betapa intimnya persahabatan mereka berdua ni..)-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fokus E....?? sudah-sudah la tu.. aku tulis dalam entri yang lain pula..
Ulasan