Introvert

Baru-baru ni aku tertarik dengan salah satu perkongsian di laman sosial Facebook, maka sekali lagi ingin aku kongsikannya dalam blog ni juga --> lihat gambar sisipan

Fokus - aku seorang introvert
Kalau diamati penjelasan yang diberi dalam gambar sisipan, aku dapat rasakan ada benarnya penjelasan tersebut.

Aku akui diri sendiri adalah seorang yang introvert. Mungkin penemuan ini dapat menjelaskan perangai aku yang selama ini menjadi misteri bagi khalayak ramai..

Situasi A
Suatu masa di universiti dulu, apabila hang out dan makan malam beramai-ramai kat kedai makan, aku tetap akan ambil masa bersendirian..
"Jom makan kat Am Junction?!" - ajak seorang sahabat
"Boleh, tapi aku nak pergi sendiri (naik motor) eh.."
"Ala, jomlah naik kereta sekali, bukannya kereta penuh pun.." - ajak seorang kawan lain yang turut serta 
"Err.. aku ada nak singgah tempat lain jugak la masa balik nanti.." <-- alasan yang sering digunakan.. 
Terkadang juga, ketika hang out dah terlalu ramai sangat, aku antara yang awal undur diri dulu..

Situasi B
Aku ada seorang kawan ni, memang friendly dan extrovert sangat. Semua topik dia nak cerita kat aku.. Dan banyak kali juga, aku hanya mendiamkan diri dengan selingan jawapan "oo.." , "hm.."
"Gomen, gomen si A.. Aku ni memang jenis boring sikit apabila dibawa berborak.. Namun, aku tak kisah dengar semua cerita yang kau kongsikan.."
Demikianlah halnya.. Tapi bersikap introvert tak semestinya aku suka bersendirian. Cuma 'energy' aku rasa cepat habis pula dan aku perlu recover some way..
"Introvert gets lonely, too.." 
Situasi C
Aku ada pertemuan dengan kawan-kawan lama.. Dah lama tak berjumpa mereka ni. Namun pada pertemuan tersebut, selalu aku didapati tak bersuara sangat..
"Kenapa kau diam je ni? Tak nak borak-borak ke, dah lama tak jumpa kan?"
Sure, banyak kalinya aku dah cuba untuk bersosial dan berborak-borak tapi selalu tak kemana pun perbualan kami.. Jadilah, aku lebih banyak diam dan hanya mendengar saja celoteh kawan-kawan..
"Namun demikian, aku enjoy pertemuan tersebut pada cara aku tersendiri.." 
Some other stream of thought
Namun begitu, walaupun aku kerap kali bersikap introvert seperti sisipan gambar, tetap ada masa-masa aku akan cancel pendirian ini (sementara).. Tengok lah, kalau ada masa aku post entri yang berkaitan..

Aku ada jumpa link best berkenaan intovert ni, memang kena juga dengan situasi yang pernah aku alami.. Saja aku sisipkan agar tak lost oleh masa.. distractify.introverts

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)