Goofy movie

Entri kali ni hanya santai semata-mata berkenaan salah satu kartun (movie) kegemaran, bagi aku padanya terdapat mesej nasihat untuk diri sendiri sempena konflik yang berlaku terbaru ni.. Semoga mesej ni juga boleh memberi kesan kepada sahabat handai yang menghadapi situasi yang sama, suatu masa akan datang... Insya-Allah~

Aku pasti ramai sangat kenal dengan watak Disney bernama Goofy. Umumnya dalam trio Mickey-Donald-Goofy, watak ni digambarkan sebagai seorang pelawak, clumsy serta pendek akal yang sering membuatkan penonton geli hati dengan telatah yang ditunjukkan. Namun, bukanlah aksi lucu tersebut yang ingin aku kemukakan..

Aku begitu tertarik dengan filem solo Goofy ni yang bertajuk The Goofy Movie.. Ia berkisar tentang anaknya Max yang kian membesar remaja, kononnya ingin meluangkan masa sebagai remaja. Mengikuti aktivti anak muda (jamming, party etc) dan malah mempunyai teman wanita sendiri..

Namun konflik berlaku melibatkan salah faham si ayah terhadap anaknya. Yang mana Goofy telah salah faham bahawa anaknya Max membesar dan menjadi semakin liar. Maka dia pun merancang satu percutian untuk meluangkan masa bersama si anak. Namun, si anak muda ni memang berat hati lantaran dia dah mempunyai kehidupan sendiri..

Berikut antara klip babak dari movie tersebut yang ingin aku kongsikan;
(note - i do not own this movie, just a mere sharing)



Menariknya filem ni menimbulkan beberapa persoalan untuk difikirkan:
  • Betapa walau anak kian membesar sekalipun, si bapa tetap ingin menjadi sebahagian dari kehidupan anaknya. Maka dengan itu dapat dilihat ada masa-masa bapa bertindak ingin mendapat perhatian si anak..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada kehidupan realiti, aku mendapati adanya pengajaran dari filem ni dengan situasi aku sendiri..
"Sebagai anak muda, kita sering bertindak cuba untuk jalani kehidupan kita.. Banyaknya impian dan rancangan yang kita dah fikirkan Namun banyak kali ibu bapa akan mencelah dan inginkan perhatian.. Dan masing-masing mempunyai pemikiran yang berbeza (generasi lama dengan idea mereka sedangkan generasi baru pun ada cara tersendiri)..
Menarik filem ni.. Aku betul-betul rekomen untuk tengok sendiri filem ni jika berkelapangan. Semoga mesej yang terkandung padanya membantu kita membuat pernilaian sendiri apabila menghadapi konflik anak-beranak pada suatu masa kelak.. insya-Allah..

Some other stream of thought
Banyak kali juga, kita tak pernah sedar akan pengorbanan seorang ayah - entri kasih ayah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)