Lampu kepala

"Ok, we got a miner in our ward here.." - superboss B
"Doktor, doktor ni macam penoreh getah pulak.." - staf jururawat
"Kau ni macam nak masuk gua ke apa aku tengok.." - rakan sekerja
 "Kau ingat pakai benda tu, boleh scan patient eh?" - boss
"Kau ni siang-siang pun nak bersuluh jugak.." - boss A 
"Siap berlampu lagi doktor ni? Gelap sangat ke..?" - pesakit 
Fokus - Head-torch, on! 
Pada masa kecilku dulu, selalu aku digambarkan bahawa perwatakan doktor akan diiringi dengan lampu suluh kepala.. Rasionalnya lampu ni akan membantu prosedur-prosedur yang dijalankan di wad.. Namun, realiti hari ni, aku tak jumpa pun pula perwatakan tersebut..
"Takpe lah, biar la aku mulakan revolusi ni dulu.. ^-^! Pada mulanya aku tak terlintas untuk memulakan penggunaan lampu suluh kepala ni disebabkan anggapan teknologi sekarang sudah serba cukup dengan lampu di wad-wad.. Namun, tanggapan tersebut aku terlalu naif.. Maka sebaiknya pakai je lampu ni.."
Jadi dah sebulan lebih berlalu sejak aku dengan lampu suluh kepala ni.. Begitulah antara tohmahan dan kritikin watak sekeliling melihat aku sedemikian. Namun, alhamdulillah aku sedikit pun tak terasa / kecil hati dengan kritikan tersebut..
"Dalam sebulan penggunaan ni, alhamdulillah~ Lampu kepala ni banyak membantu aku dalam prosedur terutamanya venapuncture / branula.. Walaupun bergelap, aku ada lampu aku sendiri.. Jadi tak perlu complaint atau mengganggu tidur pesakit lain.. Ultimately, aku sendiri yang mendapat manfaat tersebut.. Maka biarlah mereka dengan kata-kata mereka" ^-^
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau lampu wad/OT sudah cukup terang, kenapa operation perlu lampu direct jugak??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)