Game retro

(Nota - entri ni bersifat santai, lebih berkenaan game retro suatu masa dulu ^-^)
"WiFi dah ada ke belum?" - tanyaku sebaik sahaja pulang bekerja 
"Tak ada.."  
Sejak kebelakangan ni, rumah aku takde WiFi sebab modem dek kilat petir mutakhir ni. Jadi kesannya, bila balik kerja tu tak tau nak buat apa pulak ^-^! Pada kala kebosanan ni, buatku teringat akan satu hobi aku dan Nawar (adik kandung aku) terutamanya masa kecil dulu-dulu - main game 2-player
"Jom main Bare knuckle.."
Ya, pada satu masa dulu aku dan adik memang kamceng dan selalu main game bersama. Antara game kegemaran kami dulu dan kini ialah;

(1) Siri Bare Knuckle (JAPAN) / Street of Rage (ENGLISH) 
Game ni adalah dari genre Beat'em up (Action), berkisar tentang sekumpulan penegak keadilan yang menentang organisasi jahat. Ada 3 siri game ni, yang mana pengakhiran tetap menentang boss jahat Mr. X
"Kalau masa kecik-kecik dulu, objektif main adalah supaya menang (maka set difficulty paling senang), meningkat dewasa ni pula main dengan matlamat menguji kemampuan diri dan kerjasama sesama pemain.. (set difficulty paling susah, lepas tu berganding bahu menghadapi cabaran).." 
(2) Super Bomberman (3,4,5)
Rasanya ramai pernah main game macam ni. Game ni dari genre action-strategy, iatu pemain bekerjasama untuk meletupkan musuh dengan bomb untuk selesaikan sesuatu level. Dan yang menariknya game ni boleh main 2-player iaitu boleh berganding bahu berdua mengharungi semua level yang ada..




Ada banyak lagi game retro yang kami main dulu.. Tapi saja-saja la kongsi 2 darinya..Walaupun teknologi sekarang ada lagi banyak game yang menarik lagi hebat dari pelbagai aspek, namun sekali sekala aku memilih untuk terus meminati game retro ni.. Ada 2 implikasi dari game jenis sebegini;

  • Menariknya aku boleh rasakan 'bond' bila main game yang macam ni - Bagi sesama adik-beradik, selalu boleh nampak si abang akan lebih protective kepada adik; iaitu berkorban selamatkan watak adik dari bahaya, selalu mengalah dalam berkongsi kelebihan.. Ada masanya boleh nampak si abang tensen / bengang bila watak adik kena pukul dengan penjahat game..
"Walaupun hanya sekadar game, tapi pemikiran sedemikian mengharukan. Game zaman sekarang ada ke?? " 
  • Lebih kepada nilai nostalgia - iaitu suatu masa dulu memang seronok main sesama adik-beradik kita.. Kini masing-masing meningkat dewasa, mula mempunyai kehidupan sendiri.. 
"Terkadang kedewasaan menyebabkan kita lupa akan hubungan akrab yang pernah kita jalinkan satu masa dulu.. Jadi sekali sekala, aku merasakan perlunya diingatkan semula akan hubungan sebegini.."
Some other stream of thought
Situasi sebegini mengingatkan aku tentang satu iklan raya 2013, ingin aku sisipkannya dalam entri ni.



Tanpa sedar, betapa teknologi internet telah menjarakkan jurak antara ahli keluarga.. Hari-hari nak mengadap komputer / internet berbanding nak sosial sama-sama..
"Sometimes the best way to connect is to switch off.." - ada benarnya mesej dari iklan ni v_v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)