Borneo Samariang Waterpark

بسم الله. السلام عليكم

Hari ni aku dan isteri pergi ke Borneo Samariang Waterpark yang telah dibuka sejak 31 Mac tahun ini. Seperti namanya, ini adalah taman rekreasi air yang dibina sebagai satu lagi daya tarikan pelancong ke Sarawak. Dah hampir 9 bulan sejak perasmian pembukaan, barulah kami pergi ke sana..
"سببڽ كالاو داتڠ تروس بولن 4, تاكوت باڽق لاݢي اكتيۏيتي ماسيه بلوم سديا"
--- sedikit imbas kembali ---

Satu masa lalu (bulan 8), sedang kami jalan-jalan di kompleks beli-belah, kami terjumpa gerai promosi taman rekreasi ini dengan harga yang lebih murah. Promosi tersebut berupa tiket pra-bayar (boleh digunakan sekali saja sebelum tarikh tamat 31.12.2018)

Harga pra-bayar (promosi) = RM28 seorang (dewasa)
Harga asal di kaunter = RM38 seorang (dewasa), RM28 (kanak-kanak/warga emas)
"الڠ٢ ده ادا دسراواق, اكو فيكير با‌ءيقڽ ڤرݢي سهاج باڽق٢ تمڤت مناريق دسيني سبلوم ڤينده ڤولڠ سمننجوڠ"
--- habis imbas kembali ---

Beli dah beli, tapi selalu tertangguh nak pergi ke sana. Sampai la hari ni (30.12.2018), mesti pergi juga sebab hari Ahad yang terakhir sebelum masuk tahun baru (tiket nanti dah luput nanti). Maka, nak tak nak, kena pergi juga akhirnya..

Fokus - Borneo Samariang WaterPark [BSWP]
Tempat ini terletak 22 km dari bandar Kuching. Jadi memang kena pandu kereta sendiri ke tempat ini. Rasanya ada perkhidmatan bas, setakat yang aku sampai hari ni takde pun. Dan lokasinya memang di luar bandar, jadi memang akan meredah hutan sedikit sebelum sampai.

Masa operasi 
Hari Selasa : TUTUP
Hari Biasa yang lain  : 10 pagi - 6 petang
Hari Minggu & Cuti Am : 9 pagi - 6 petang

Oh ya, sedikit tips persediaan sebelum pergi tempat ini..

  • Bagi yang suka bergambar, tempat ini memang tempat main air, jadi kena ada pembalut plastik kalis air (waterproof plastic cover) untuk kamera / smartphone masing-masing. [aku ada beli satu masa dulu, tapi lupa pula letak kat mana saat-saat akhir ni..] Kedai cenderahati yang ada di sini tak dijual peralatan tersebut.
  • Jam tangan - walaupun terdapat peraturan tak boleh bawa gelang / jam / rantai tangan, tapi ada je pengunjung yang berjam tangan. [sebab dalam ini takde menara jam atau jam dinding untuk tengok masa, kena cari-cari orang berjam pula untuk tanya masa]
  • Krim lindung matahari (sunblock cream) 
  • Wang tunai
  • Pakaian renang yang sesuai. Bagi muslim kena menutup aurat. Aku perasan seluar pendek biasa serta baju Round-neck dibenarkan dalam taman air kali ini.. 
"حم, موڠكين بلوم تݢس لاݢي كوت. اكو مندي ڤاكاي چرمين مات ڤون لڤس سهاج" 
كود ڤاكاين دتامن اير
Parkir kereta di sini percuma. Dan banyak ruang parkir nampaknya, jadi jangan risau tempat penuh. Kalau datang awal, sememangnya ruang parkir sentiasa ada.



Dah sampai, sebelum check in kena pergi kaunter tiket dulu. Walaupun ada tiket prabayar, tapi masih kena pergi kaunter untuk ditukarkan dengan tiket sebenar. Oh ya, nampaknya harga tiket asal dah dikurangkan..

  • Harga tiket terbaru = RM30 (dewasa), RM20 (kanak-kanak / warga emas)
tiket wirstband
Tiket sebenar berupa wristband yang mempunyai kod bar. Satu ciri menarik bagi taman rekreasi ini, ialah semua urusan & transaksi dalam kawasan TIDAK menggunakan wang tunai secara langsung. Sebaliknya, nilai wang tunai akan diisi (top up) ke dalam kod bar wrist band.

  • Akan ada beberapa kaunter top up di dalam nanti, tapi sebaiknya isi dulu sedikit nilai kredit 

Semua transaksi (dari sewa barangan & kemudahan sehinggalah beli di kedai cenderahati) memerlukan imbas (scan) kod bar pada wristband


Semua nilai kredit boleh dikembalikan (refund) dalam bentuk wang tunai ketika pulang nanti.
Jadi top up dalam wrist band, kemudiannya boleh simpan dah semua duit masing-masing. 

 Jom masuk...
ڤتا تامن. تاڤي دكت سهاج جارق انتارا كاواسن

Kalau berdasarkan peta di atas, terdapat 4 bahagian utama dalam taman air ini. Dalam blog ini, sukanya aku guna istilah dalam kompas (utara, selatan, timur, barat) sebagai penunjuk arah agar pembaca faham. Jom!

----- The South :  Waterpark Entrance ----- 
Blok kemasukan ini terdiri dari kaunter tiket, tempat loker, tandas/bilik persalinan, surau, kafeteria, dan kaunter menyewa kemudahan, kaunter topup wristband
تمڤت لوكر ساءيز بسر (كيري ) دان سدرهانا (كانن) ݢمبر

  • Locker area & Changing Room - Terdapat kemudahan loker simpanan di sini, tapi kena daftar dan bayar sewa di kaunter pelampung. Kadar sewanya ialah;
Loker besar = RM25
Loker kecil = RM15
Deposit = RM10 seunit (maksudnya kalau sewa 2 unit loker, jadi nilai deposit kena RM20)

Loker di sini menggunakan sistem berkomputer automatik. Tapi kena daftar dulu dalam sistem (masa proses menyewa loker, staf akan daftar kod bar anda dalam sistem). Lepas tu, staf akan beritahu warna loker anda. Maka dengan itu, bolehlah gunakan loker. Loker ini boleh digunakan berulang kali. Cara penggunaan ada ditampal berhampiran skrin kawalan sistem loker.

Terdapat tandas & bilik persalinan di sini. Aku tak perasan tempat lain ada tandas atau tidak.
كاونتر سيوا تيوب ڤلمڤوڠ
  • Tube Counter - Asalnya tempat ini adalah tempat peminjaman tiub pelampung, tapi nampaknya telah dijadikan sebagai kaunter sewaan umum. Loker, tuala, tiub pelampung, cavana (pondok rehat) yang ingin disewa perlu ke kaunter ini untuk bayaran dan pengesahan.
Kadar sewa:
Tiub (single) RM 15 + deposit
Tiub (double)  RM20 + deposit
Tuala RM10 + deposit
Children Life Vest RM20 + deposit
Bola tampar RM10 + deposit
Cabana (pondok rehat) RM60 + deposit
[Nota - Seperti mana sewa loker, semua sewaan lain perlukan tambahan deposit sebanyak RM10 seunit. Maksudnya kalau nak sewa 3 tiub pelampung, kena bayar tambahan deposit RM30. Duit deposit boleh dikembalikan semula masa nak balik nanti]
كافتريا دان رواڠ ماكن
  • Santubong Pavilion Xpress Kiosk - Ada 3 kafeteria kat kawasan dalam, tapi yang paling besar terletak di bangunan utama. Menu agak terhad, manakali harganya boleh tahan juga (terutamanya minuman).
  جوم ماكن ناسي ايم ڤيڽيت دان بيهون ݢوريڠ تلور
Menu eksklusif di kafeteria ini ialah Set Nasi Ayam Penyet dan Set Butter chicken Rice. (sementara menu lain Nasi Lemak Pandan, Burger, Bihun Goreng, Nugget, Fries pun ada dijual di kafeteria yang lain). Sementara pilihan minuman sama macam di restoran fastfood (iaitu soft drink, milo, teh o, kopi ais, mineral water). Terdapat aiskrim jenis scoop juga dijual di sini..

Ruang makan agak banyak. Namun, kalau datang waktu puncak boleh penuh juga..
Terdapat kedai cenderahati di blok utama yang mana banyak cenderahati dijual di sini. Goggle & pelampung jenis kickboard pun ada. Tapi sayangnya plastik cover waterproof takde T_T

Ada bilik solat disediakan untuk pengunjung muslim & muslimah. Bagi muslim, ada kain pelikat dan sejadah yang terhad.

 جوم جالن 

-----The West : Santubong Tower Slides -----
كومڤليكس ݢلوڠسور
Menara Gelongsor Santubong.. Seperti namanya, tempat ini berupa menara setinggi 6 tingkat. Semua aktiviti menggelongsor boleh didapati di kawasan ini.
"Tapi salah satu cabaran nak main semua gelongsor sini ialah kena memanjat tangga yang tinggi. Aras gelongsor yang paling rendah pun sampai 3 1/2 tingkat (aku andaikan 2 set tangga bersamaan 1 tingkat). Kalau main sekali takpe la naik sekali je. Tapi kalau dah sampai 8 kali, penat nak panjat tangga tu. Apatah lagi kalau nak mengusung tiub pelampung lagi.."
كنا براوسها ݢيݢيه ناءيق تڠݢا دولو بارو داڤت ماءين (ݢمبر بلاكڠ اد 3 سيت تڠݢا). هوهو
ادا 3 جنيس لالوان ݢلوڠسور يڠ اونيك
  • Galaxy Slide [#tuberide #needtorent] - gelongsor yang berlingkar dan tertutup. 
  • Canopy Slide [#tuberide #needtorent] - gelongsor yang berlingkar tapi terbuka (takde atap)
  • Crystal Slide [#tuberide #needtorent] - paling hangat & mendapat sambutan. Laluan gelongsornya banyak lurus dan kurang belok, tapi cerun menjunam laju. Satu ciri menarik laluan ini ialah terdapat kawasan pusaran air sebelum menjunam lagi sampai ke kolam penyambut..

  • 6-Lane Racer [#slider #freeplay] - gelungsur jenis lurus. Perlu menggelngsur dengan slider yang disediakan (kena angkut dari bawah). Terdapat 6 barisan. Jadi kalau ada kawan-kawan, boleh ajak lumba dan tengok siapa paling jauh sampai.

Ni rakaman video orang main 6-Lane Racer. Kalau diperhatikan, laluan  kuning & hijau Sky drop Ride juga boleh nampak di dalam video.

 
  • Sky Drop Ride [#not available at the moment] - kena panjat sampai aras 5. Ini adalah gelungsur jenis tiba-tiba jatuh bebas (freefall). Terdapat 2 laluan - kuning lebih cerun menjunam, sementara hijau landai sikit]  


  • Family Raft Ride [#raftride #freeplay #morethan2passenger] - ni gelungsur dari aras paling tinggi (aras 6), pelampung rakit disediakan. Boleh naik sampai 6 orang. Kalau 2 orang saja tak lepas untuk naik ni. 


--- The North : Salak Beach ---
Pantai Salak adalah pantai dan kolam berombak. Kalau dah berpenat main gelungsur, boleh lari ke sini untuk santai & bermain ombak

قنتاي
  • Pantai Salak - Pantai yang berpasir lembut. Adalah gelanggang bola tampar kat sini. Bola boleh disewa di kaunter dengan harga RM10 sejam (aku tak pasti bola guna bola sendiri atau tidak). Sesuai untuk aktiviti keluarga / kumpulan rombongan. 


ادا جدوال اومبق روڤاڽ
  • Kolam berombak -  Kolam ini paling dalam pun 1.5m kot (aku rasa la, sebab air paras bahu je) . Sementara ombak tiruan dihasilkan secara berkala. Ada jadual masa dan jenis ombak rupanya. Jadi kena pandai rancang masa datang kawasan sini.
General Wave - Ombak jenis biasa
Diamond Wave - Ombak tinggi berbentuk diamond
Double Diamond - Dikatakan tsunami terus ^-^! Paling ditunggu oleh orang ramai sebab seronok dipukul ombak
No Wave - takde ombak, mesin rehat sekejap dalam 15 minit. Boleh la berenang kejap


  • Salak Pavilion Burger Kiosk - kalau ikut peta katanya ada kedai kopi & burger di sini sambil menikmati ombak. Tapi aku tak perasan pula. Yang pasti adanya ruang meja & kerusi untuk makan di sini. 
Suasana keseluruhan di Samariang Water Park ini berangin. Mungkin disebabkan lokasi sebenar tempat ini di tepi laut. Selain adanya cabana sewaan, boleh juga berehat di pavilion kiosk ni.



----- The East : Hornbill Island -----

نمڤق بوروڠ اڠݢڠ تروس راس نق تربڠ

Pulau Enggang di bahagian Timur kawasan. Secara ringkasnya, hampir semua aktiviti di kawasan adalah khas untuk kanak-kanak.
  • Kids Slide - gelongsor versi kanak-kanak. Bukan satu, tapi ada lima jenis gelongsor yang berbeza lebih kurang macam Santubong Tower Slides tapi tahap kanak-kanak punya. Dan mereka tak perlu tiub untuk main. Gelongsor badan je..
سموا ݢلوڠسور تمڤت بودق
  • Leisure Pool - kolam renang untuk kanak-kanak bermain air dan berlatih berenang 
كولم سنتاي
  • Aqua Play - ni taman permainan air kanak-kanak
تامن ڤرماءينن بودق
  • Mount Mulu Clear Water River - Sungai jernih mengelilingi kawasan Hornbill ini. Ada masuk gua. Naik tiub pelampung best ni. Ada arus mengalir nampaknya ^-^!
سوڠاي بواتن
  • Hornbill Pavillon Pizza Time - kafeteria di sini, supaya senang beli makanan. Makanan eksklusif sini ialah pizza. Tapi kalau nak makan nasi lemak atau burger, pun ada dijual di sini..

----- Secara keseluruhannya -----
Secara peribadi, aku setuju kalau orang kata Borneo Samariang Water Park ini sesuai dijadikan sebagai salah satu destinasi 'lari diri' (getaway) dari kesibukan bekerja seharian, meluangkan masa bersama keluarga.

Taman air ni walaupun bersaiz sederhana, tapi cukup untuk membuatkan pengunjung seronok bermain dari pagi sampai petang.

----- laman (page) Kembara dah dikemas kini! -----

Sila klik pautan Kembara untuk lihat beberapa lagi tulisan menarik tentang tempat-tempat yang pernah aku pergi ^-^ 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)