Siri entri Trip Eropah 2018 bersama keluarga
Hari 1 - Penerbangan pergi yang mengambil masa selama 16jam lebih, melalui 2 penerbangan berturut-turut
Hari 2 - Dah sampai Jerman, terus berjalan-jalan di kota Frankfurt sebelum daftar masuk hotel di Mannheim
"Terbaru (Hari 3) Abang chik bawa pergi ke kawasan Heidelberg beserta kotanya dengan jambatan merentasi Sungai Neckar. Pada sesi malamnya, kami berjalan di bandar Mannheim.."
18.11.2018 Ahad
|
دكت هالمن هوتيل |
Lepas sarapan pagi di hotel. Sekali lagi, aku & isteri jalan-jalan pagi. Pergi jauh sikit ke dataran bandar (ada la dalam 500m), untuk melihat suasana pagi pula. Tempoh hari tak nampak sangat sebab dah malam. Mungkin siang nampak suasana yang berbeza ^-^!
Hari ni hari Ahad. Diperihalkan hari Ahad tak banyak kedai perniagaan dibuka bagi memberi masa bersama keluarga (family time). Jadi pagi ini di bandar nampak lengang sebab banyak kedai tak buka.
Bergambar sakan la kita..
|
د دڤن هوتيل |
|
سواسان ڤاݢي ڤولا د داترن |
|
لاتر بلاكڠ لوت كداي٢ |
|
ادا توݢو د تڠه٢ داترن |
|
maple لاݢي برسام ڤوكوق |
Lepas itu, balik hotel dan tunggu Abg Chik datang dengan van. Aktiviti hari lebih kepada dalam bandar saja..
|
دڤن موزيوم كوتا |
#9 Mannheim Scholls [harga masuk : Euro 5 seorang, kalau nak panduan-audio + Euro 5/seorang]
Kalau ikut bahasa, 'Scholls' ini aku faham istana. Jadi tempat ini adalah istana bagi kota Mannheim. Namun, masa telah berlalu dan kini istana ini dijadikan muzium pula..
"Terdapat panduan audio sepanjang dalam muzium ni, dengan bayaran tambahan la Euro 5 seorang.."
Dalam istana ini (terdapat banyak ukiran/lukisan) sampai ke siling pun ada. Oh ya, ada beberapa kawasan dalam yang boleh ambil gambar. Jadi nah aku belanja gambar lagi..
|
لوكيسن ڤد سيليڠ.. ماچم مان لا مريك لوكيس كت أتس سان |
|
ده جوم جالن |
Dah pukul 12. Dah masuk waktu zohor. Jadi seperjalanan ke tempat seterusnya, singgah dulu solat di masjid berhampiran. Kali ni Masjid Turkee pula. Seni binanya tak macam masjid yang tipikal sebab takde bentuk kubah. Namun, tetap ramai, sebab ada kelas agama untuk kanak-kanak.
#10 Luisenpark [harga masuk Euro 4 seorang]
Taman ini sangat besar. Tak larat nak jelajah habis. Matahari sinar terik tapi cuaca sangat sejuk ^-^!
|
ڤيتا تامن إين. ساڠت بسر |
Dah puas jelajah, rasa lapar. jadi kembali ke bandar untuk makan. Kali ini, pilih Restoran Timur Tengah pula..
Seterusnya, Abang Chik bawa datang melawat ke apartment sewaannya di Mannheim sini. Binaan apartment yang kecil, iaitu 1 bilik tidur, 1 bilik mandi/tandas, 1 ruang tamu. Namun, seni bina dalamannya agak moden.
"Aku rasa macam ni la kot kebanyakan apartment di negara eropah ni.."
Oh ya, hari dah pun malam. Abang Chik akan masuk kerja semula esok hari, dan kami pula akan pergi ke destinasi lain pula. Jadi lepas ini, kami semua balik ke hotel dan berehat.
Esok nak kejar tren pula..
"Ke mana?? Bersambung entri seterusnya (Hari 5)"
Ulasan