Trip Europe 2018 (Hari 9 - Hyde Park, Kensington Palace)
Bismillah.. Nama aku Syed. Sekarang aku bersama keluarga sedang melancong ke negara Eropah (bukan semua la T_T) selama 11 hari total. Terdahulu;
Hari 1 - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates
Hari 2 - Di Franfurt (Jerman)
Hari 3 - Di Heidelberg (Jerman)
Hari 4 - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman)
Hari 5 - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt
Hari 6 - Di Amsterdam
Hari 7 - Di Zaanse Schaan
Kemudiannya, terbaru Hari 8 Kami bergerak ke London naik keretapi laju Thalys dan Eurostar dan akhirnya sampai ke London..
Bangun pagi, makan sendiri je di hotel. Nasib baik bawa kembara meal. Oh ya, sebenarnya malam tadi singgah TESCO Express untuk beli sedikit roti dan air minuman untuk ayah.
#24 Cambridge & Oxford Mansion, Edgware Road (Apartment Penginapan kami)
Ditempah melalui laman web Airbnb.com. Lokasi sangat strategik dan dekat dengan beberapa tempat daya tarikan. Dan juga kalau nak pergi jauh, adanya stesen keretapi (di London mereka panggil nama "Tube"). Superhos bernama Serg, seorang yang baik (tapi aku berhubung sekadar mesej peribadi di laman web saja, tak pernah jumpa di berhadapan).
Apartment ini sangat klasik, mungkin ini piawai semua apartment di London. Apartment ini 3 tingkat, bertangga sahaja tanpa lif (kasihan ayah kena naik tangga). Salah aku juga tak tanya awal-awal (tapi alamat yang tertera takde pasal tingkat tau. Memang keliru sikit)
Apartment 2 bilik tidur, 1 bilik mandi tapi ada ruang tamu yang luas. Kelengkapan dalam rumah sangat lengkap, termasuk WiFi dan sistem pemanas dalam rumah.
Oh ya, di pintu hadapan taman (dari arah apartment kami) adanya satu pintu gerbang (Marble arch). Agak menarik perhatian dan semestinya satu perhentian untuk bergambar. Tapi selain dari itu, tiada apa pun di sini. Tak perlu bayar dan tiada apa-apa kedai. Namun, bangunan ini merupakan satu landmark penting simpang ke arah Oxford Street (jalan membeli-belah).
Jalan lebih sikit maka akhirnya sampai ke taman..
#25 Hyde Park [fee entry : none]
Dari peta nampak dekat & kecil. Rupanya boleh tahan jauh juga. Ini adalah taman bersiar-siar yang sangat besar. Mungkin lebih besar dari taman di Frankfurt/Luisenpark tempoh hari. Kami jelajah dalam taman ini. Aku rasakan Taman Hyde ini seakan-akan Taman Tasik Titiwangsa (di KL) dari aspek
Kebetulan terdapat karnival Winter Wonderland di taman Hyde pada musim ini. Banyak aktiviti rekreasi seperti roller coaster, ferris wheelis dll.
Sambung jalan lagi. talam Taman Hyde, terdapat tasik yang besar The Serpentine & The Long Water (dipisahkan oleh satu jambatan). Banyak haiwan (burung dan angsa) yang jinak, suka mengerumuni pelawat agar diberikan makanan.
#26 Kensington Palace [entrace fee: 17.50 GBP per person]
Salah satu singgahsana yang terdapat dalam Hyde Park. Kalau nak masuk dalam kena bayar. Kami sekadar bergambar di luar saja, sebab nak kejar solat Jumaat
#27 Central London Mosque
Saja nak merasa pengalaman solat jumaat di luar negara. ^-^! Maka kami pun pergi ke masjid negeri ini. Kami datang awal, sebab dikhuatiri masuk waktu awal. 1147pagi dah masuk Zohor ^-^! huhu. Tapi Alhamdulillah datang awal. Sebab sangat ramai. Sampai ke ruang luar masjid ramainya.
Oh ya, menariknya masjid ini juga merupakan tempat tumpuan masyarakat islam di London. Adanya muzium, restoran halal, kedai buku, kedai cenderahati.
#28 Oxford Street
Tempat ni umpama Jalan Tunku Abdul Rahman (di KL) atau Jalan Masjid India (di Kuching), ataupun terbaru Albert Cuypmarkt (di Amsterdam). Sepanjang jalan adanya kedai-kedai atau gerai-gerai jualan cenderahati dalam bentuk magnet peti sejuk, keychain, baju, kain, topi dan pelbagai lagi. Sesuai untuk pelancong belikan buah tangan sebelum dibawa pulang ke tanah air.
Ketika rehat di apartment, aku & keluar jalan malam.
Kebetulan isteri lapar nak makan KFC pula. Maka aku bawa la ke KFC terdekat di Edgware Road. Semak status restoran, alhamdulillah halal.
Dah habis makan, balik apartment dan tidur.. Sambung esok lagi..
Hari 1 - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates
Hari 2 - Di Franfurt (Jerman)
Hari 3 - Di Heidelberg (Jerman)
Hari 4 - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman)
Hari 5 - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt
Hari 6 - Di Amsterdam
Hari 7 - Di Zaanse Schaan
Kemudiannya, terbaru Hari 8 Kami bergerak ke London naik keretapi laju Thalys dan Eurostar dan akhirnya sampai ke London..
Menariknya suasana sosial di persekitaran London lebih rasa familiar sebabkan bahasa komunikasi adalah bahasa Inggeris piawai. Berbeza dengan di Jerman atau Netherlands, mereka lebih menggunakan bahasa tempatan masing-masing, maka nada bahasa Inggeris mereka lebih sukar untuk ditangkap.. Tapi, apa-apa pun, Bahasa Inggeris orang luar ternyata berbeza dengan Bahasa Inggeris Malaysia.23.11.2018 Jumaat
Bangun pagi, makan sendiri je di hotel. Nasib baik bawa kembara meal. Oh ya, sebenarnya malam tadi singgah TESCO Express untuk beli sedikit roti dan air minuman untuk ayah.
ناسيب باءيق ادا ناسي كمبارا |
Apartment ini sangat klasik, mungkin ini piawai semua apartment di London. Apartment ini 3 tingkat, bertangga sahaja tanpa lif (kasihan ayah kena naik tangga). Salah aku juga tak tanya awal-awal (tapi alamat yang tertera takde pasal tingkat tau. Memang keliru sikit)
Apartment 2 bilik tidur, 1 bilik mandi tapi ada ruang tamu yang luas. Kelengkapan dalam rumah sangat lengkap, termasuk WiFi dan sistem pemanas dalam rumah.
جوم جالن |
"Nanti kita pergi sana ye.."
Jalan lebih sikit maka akhirnya sampai ke taman..
hyde ڤيتا تامن |
- Adanya laluan joging (bahkan ada laluan berbasikal). Tak lupa juga ada ruang yang luas untuk aktiviti renggangan/ senaman
- Adanya rekreasi bot/sampan, tunggang kuda,
- Terdapatnya restoran atau gerai jual makanan
Kebetulan terdapat karnival Winter Wonderland di taman Hyde pada musim ini. Banyak aktiviti rekreasi seperti roller coaster, ferris wheelis dll.
"Buka seawal 10 pagi London sampai tengah malam. Masa 10 pagi kami jalan-jalan ni, kelihatan ramai sedang beratur untuk masuk ke dalam karnival iniTapi aku tak pasti bayaran masuk untuk karnival ini. Nampak seronok la, sebab banyak aktiviti rekreasi (tapi tempat yang terbuka dengan musim yang dingin ni kena berpakaian yang sesuai)
Sambung jalan lagi. talam Taman Hyde, terdapat tasik yang besar The Serpentine & The Long Water (dipisahkan oleh satu jambatan). Banyak haiwan (burung dan angsa) yang jinak, suka mengerumuni pelawat agar diberikan makanan.
اتس جمبتن د انتارا ٢ تاسيق بسر |
ادا توݢو ڤڠليما بركودا |
ترداڤت موزيوم جوݢ دسيني |
#26 Kensington Palace [entrace fee: 17.50 GBP per person]
Salah satu singgahsana yang terdapat dalam Hyde Park. Kalau nak masuk dalam kena bayar. Kami sekadar bergambar di luar saja, sebab nak kejar solat Jumaat
#27 Central London Mosque
Saja nak merasa pengalaman solat jumaat di luar negara. ^-^! Maka kami pun pergi ke masjid negeri ini. Kami datang awal, sebab dikhuatiri masuk waktu awal. 1147pagi dah masuk Zohor ^-^! huhu. Tapi Alhamdulillah datang awal. Sebab sangat ramai. Sampai ke ruang luar masjid ramainya.
"Rasanya begitulah keadaannya apabila sampai waktu solat Jumaat. Semua umat Islam hadir ke perhimpunan mingguan untuk solat. Bagusnya kalau waktu solat lain, semua orang dapat hadir ke masjid juga.."Dah habis solat jumaat, meh kita bergambar
Oh ya, menariknya masjid ini juga merupakan tempat tumpuan masyarakat islam di London. Adanya muzium, restoran halal, kedai buku, kedai cenderahati.
ماكن د ريستورن دالم مسجد |
ادا ڤاميرن تنتڠ رسول الله |
#28 Oxford Street
"Jadi kami belilah sedikit cenderahati untuk ahli keluarga terdekat.."Namun, selain itu Oxford Street juga adalah kawasan membeli-belah barangan berjenama yang mahal. Debenham, Clarks, Selfridges, Harrods (apa benda semua ini?? aku pun tak tahu kalau orang tak sebut..). Jadi kalau sesiapa yang berhasrat untuk mencari barang berjenama ketika membeli-belah di London, Oxford ini adalah tempat yang mesti pergi dan semak ^-^
بس ميره ؤرسي مودين |
كوليكسي چندراهاتي اونتوق دباوا ڤولڠ |
--- Tamat aktiviti hari ini.---
Kebetulan isteri lapar nak makan KFC pula. Maka aku bawa la ke KFC terdekat di Edgware Road. Semak status restoran, alhamdulillah halal.
"Mungkin pesan set Snack Plate dan ditambahi ala carte Zinger burger je.. Berapa agaknya harga di sini.?" - Aku sedang terfikirkan menu kebiasaan kami di Malaysia sana..Tapi sangkaan aku meleset. Menu KFC tak sama rupanya mengikut negara masing-masing.
Fries, Coleslaw, 2 ketul ayam, 2 ayam mini ^-^! dengan sos BBQ & Tomato (takde sos cili Life T_T) |
Ulasan