Trip Europe 2018 (Hari 3 - Heidelberg)

"Nama saya Syed Hazran. Alhamdulillah, aku & keluarga berkesempatan pergi ke negara Eropah selama 11 hari. Jadi ini adalah catatan diari kembara aku dan keluarga.." [nota - turut pergi bersama aku ialah seorang ayah yang berkerusi roda, jadi kembara kali ini agak terhad. namun, aku tetap cuba nikmati apa yang ada..]
Hari 1 - penerbangan pergi selama total 16 jam lebih, melalui 2 penerbangan yang berturutan..
Hari 2 - sedikit jalan-jalan di Frankfurt dan masuk hotel.

Waktu malamnya dari pukul 5petang hingga 7 pagi (14 jam langit gelap)
"Antara yang baiknya musim sejuk di negara Eropah ialah malam yang panjang. Sesuai sangatlah untuk berehat secukupnya selepas melalui 2 hari ini. (tidur di airport/dalam kapal terbang tidak begitu selesa berbanding dengan tidur atas katil). Tapi ye la, datang Eropah ini kalau boleh tinjau lebih masa sikit baru berbaloi.."
17.11.2018 Sabtu
سهاج koko krunch ماكن 
Pagi hari, kami sarapan dulu di hotel (kena caj bayaran Euro 17 seorang kalau tempah hotel tanpa pakej sarapan). Oh ya, menu hotel ini diragui status halal. Namun, bolehlah kalau sekadar minum kopi/teh/coklat, makan buah/bijiran ke..

Kemudiannya, sementara tunggu abang chik datang, kami bersiar di persekitaran hotel. Abang Chik akan datang pukul 10 pagi. Masih sempat jalan-jalan lagi ni..


كمبر د دڤن هوتيل



ݢمبر هياسن سهاج
"Oh ya, di persekitaran bandar ini terdapat banyak pohon maple. Selain warnanya yang kekuningan (cantik sebab tak selalu tengok), ada juga bau-bauan sirap maple. Buat sentiasa terbayang makan lempeng / wafel bersalut sirap maple.. Huh, sedapnya~"

Jadi Abang chik pun datang. Rancangan hari ini pergi jauh sikit, iaitu ke kawasan Heidelberg. Perjalanan ambil masa dalam 1 jam untuk sampai.



"Oh ya, kalau di Malaysia dan negara yang beriklim panas, kenderaan dilengkapi pendingin hawa (aircond). Tapi di negara Eropah pula terdapat pemanas udara (heater) pula. Kalau di persekitaran luar sejuk, maka dalam kereta la tempat berhangat diri ^-^!"

#6 Shloss Heidelberg (castle)
Tempat ini merupakan tinggalan istana lama (ruin) di atas bukit. Kalau sekadar bergambar di luar saja, tidak dikenakan bayaran. Namun, ada pameran kat dalam bangunan dengan harga Euro 7.

Dari sini boleh nampak seluruh kawasan bandar Heidelberg



heidelbergبوليه نمڤق ڤمندڠن سلوروه بندر



selfie سلوروه كلوارݢا





#7 Alte Brucke Heidelberg (old bridge)
Seperti namanya, ni adalah jambatan lama di bandar Heidelberg. Jambatan yang melintasi sungai besar Neckar. Jadi sekitar ini adalah kawasan pelancongan. Macam waterfront, terdapat banyak hotel, restoran santai, street market di kawasan sini. Dan tentulah, panorama yang cantik adalah menjadi tumpuan utama kawasan ini.

لاتر بلاكڠ جمبتن


لاتر بلاكڠ هوتيل


اتس جمبتن لام

بوليه نمڤق إيستانا اتس بوكيت

لاتر بلاكڠ سوڠاي

لاتر بلاڠ بندر



Dah lepas tengah hari. Perut lapar, jadi kena cari kedai makan. Hari ini, kami pergi restoran india pula pekena nasi beriyani/ roti capati.

ماس اونتوق ماكن
Sekali lagi, kami singgah di masjid bandar untuk solat & ziarah.


مسجد بندر إين ساڠت بسر

Selepas itu, ayah dah letih+sejuk dan nak balik hotel berehat. Maka kami pun balik ke hotel. Untuk mengisi masa terluang yang ada. Kami pergi berjalan-jalan kaki di bandar Mannheim
"Masa tengok google map, nampak macam bosan & kosong je tempat ini tapi.."
 #8 Mannheim
Pertamanya pergi ke stesen keretapi sebab nak tempah tempat duduk (kerusi) khas di kereta api nanti
"Sebelum ini ada beli tiket secara online untuk pergi ke Amsterdam. Tapi aku masa pembelian aku lupa bahawa ayah berkerusi roda. Walaupun tempat duduk bebas, tapi sebaiknya perlu cop tempat selesa untuk ayah. Oh ya, caj tempah kerusi ialah Euro 4.5 seorang"
Kemudiannya baru sambung jalan-jalan. Bandar mannheim ini seumpama George Town Penang juga sebab banyak lot kedai & pasaraya membeli-belah. Kami sekadar window shopping saja sebab tak familiar dengan jenama di Jerman ini. Tapi setakat beli fridge magnet tu boleh la..

Mannheimer Wassertum (Water tower Mannheim)
بندر إين ساڠت هيدوڤ ڤد وقتو مالم روڤاڽ


fridge magnet

Sebelum balik hotel, Abang Chik bawa makan cheesy wedges & hot chocolate..



Sambung esok pula. Hari empat ke Luisenpark nampaknya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)