Trip Europe 2018 (Hari 2 - Frankfurt)
"Salam, semua! Nama aku Syed Hazran. Alhamdulillah aku berpeluang bercuti ke luar negara bersama keluarga nukleus (tak semua) aku asalnya nak melawat Abang Chik tapi alang-alang dah sampai kita lanjutkan lagi ^-^ Trip kali ni terdiri daripada aku, isteri, Nawar, Ayah & MakDah.."Nota - ini adalah trip keluarga yang mana salah seorang sedikit kurang upaya dan berkerusi roda. Jadi kebanyakan aktiviti adalah terhad, tapi insya-Allah kita cuba juga untuk nikmati sehabis baik..
15.11.2018 - Hari 1, penerbangan pergi
16.11.2018 Jumaat
730 pagi di Eropah (bersamaan 130petang di Malaysia) kami dah sampai ke Lapang terbang Frankfurt. Jadi sementara tunggu ambil bagasi, dan juga tunggu abang Chik datang. Ayah sempat juga minum kopi di kedai berhampiran.
سوده امبيل بيݢ, سدڠ توڠݢو ابڠ چيق داتڠ جمڤوت |
Sedikit laporan cuaca & musim - pada tarikh ini di Eropah sudah masuk musim Soltis Musim Sejuk (winter). Implikasinya:
- Suhu persekitaran walaupun cuaca baik adalah dalam julat 3-7 darjah Celcius. Pada waktu malam suhu akan turun sampai 2-3 darjah Celcius
- Masa siang lebih singkat (iaitu 7pagi sehingga 5 petang) dan selebihnya waktu malam..
"Tapi nampaknya masih belum salji lagi. Sayangnya tak berpeluang untuk main salji.."Jadi abang Chik dah datang pandu van. Seterusnya kami dibawa pergi melawat taman..
"Sebenarnya ada sesat kejap tak jumpa. Tapi kebetulan van melalui satu laluan sunyi jadi kami berhenti sekejap untuk bergambar.."
ڤمندڠن موسيم لوروه يڠ چنتيق |
#2 Palmen Garten (Botanical Garden), Frankfurt [harga masuk: EURO 7 seorang]
Eropah baru melangkau musim luruh, tapi masih banyak pohon dedaunan kekuningan lagi. Satu pemandangan yang tidak selalu dilihat di Malaysia. Taman yang sangat besar.
إين ڤيتا ڤرسكيترن دالم تامن |
Habis lawatan di taman, kami singgah di bandar Frankfurt pula (besar pekan Frankfukrt ni sebenarnya tapi kami pergi kawasan Bruckenviertel, dekat-dekat sungai Main). Pekan ini sangat cantik dengan seni bina yang menarik.. Nampak kemas dan bersih.
"Aku perasan di kawasan bandar ini banyaknya kemudahan awam tram (macam tren) di tengah-tengah jalan raya.."
منارا جم يڠ ساڠت تيڠݢي |
frankfurt باڠونن إين اداله موزيوم بندر |
#3 Museumsufer, Franfurt [harga masuk: EURO 7 seorang]
Ini adalah muzium sejarah, tentang penubuhan & perkembangan bandar Frankfurt. Terdapat beberapa jenis tiket, tapi kami beli yang biasa / standard saja dengan harga Euro 7
"Maaf, tiada gambar dalam muzium. Dalam muzium tak boleh bergambar.."Lepas eksplorasi dalam muzium, kami pergi makan. Oh ya tak makan sejak makan dalam kapal terbang tadi. Jadi memang sangat lapar. Abang Chik bawa makan di restoran Thai Fun. Kedai tomyam sebenarnya.
ادا ڤاڤن تندا حلال. الحمدلله |
ادا مينو ناسي. تتاڤي هرݢا بوليه تاهن |
#4 Moskee Abu Bakr [harga masuk : masjid takde bayaran]
Salah satu masjid yang terdapat di bandar ini. Oh ya, cuaca sangat sejuk, Oleh itu, nak ambil wudhuk memang air yang sangat sejuk jugak. Kena tahan la.
Nasib baik tandas ada di dalam. Namun begitu, airnya sangat sejuk. Kalau ada pili air panas, memang dah cukup bersyukur sangat.
Ok, dah habis solat. Baru pergi ke hotel untuk check-in.. Pukul 4 baru sampai hotel. Tu pun langit dah malam. Ayah nak rehat bagi hari ini..
#5 Mercure Hotel Am Rathaus, Mannheim
بيليق يڠ كمس دان چنتيق |
Sebelum rehat, aku & isteri ambil kesempatan sekejap untuk jalan-jalan malam, tengok kat bandar
mannheimدكت دترن د بندر |
Lepas tu, kami balik hotel dan berehat untuk pengembaraan hari esok pula.. (Trip Europe 2018 - Hari 3 Heidelberg)
Ulasan