Trip Europe 2018 (Hari 7 - Zaanse Schann)

Bismillah. Bertemu kembali..
"Nama aku Syed Hazran. Baru ni aku & keluarga berpeluang ke negara Eropah, negara lawatan kami ialah Jerman, Netherlands dan UK. Perjalanan ini berlangsung selama 11 hari termasuk perjalanan..
Setakat ini,
Hari 1 - Perjalanan pergi dengan penerbangan Emirate. Ambil masa 16 jam dengan 2 penerbangan berbeza
Hari 2 - lawatan di Frankfurt
Hari 3 - pergi ke Heidelberg
Hari 4 - Jalan-jalan sekitar Mannheim & Luisenpark
Hari 5 - Perjalanan tren ke Amsterdam
Hari 6 - Muzium & Canal cruise di Amsterdam

Dah masuk seminggu di negara asing.. Jom, diari hari ni (Hari 7)

21.11.2018 Rabu
Selepas sarapan (masing-masing), kami berkumpul di lobby. Hari ni nak pergi jauh skit. Di kawasan Zaandam (takde la jauh sangat, tapi sedikit di luar bandar Amsterdam juga), terdapat satu kawasan pelancongan kincir angin. Jom kita pergi.

Untuk keselesaan ayah, jadi kami naik teksi saja pergi ke sana. Perjalanan dalam 1 jam juga.

#19 Zanse Schaan
Ni adalah salah satu daya tarikan menarik di Netherland, berupa kawasan lawatan kincir angin (windmill). Selain bangunan iconic windmill, kawasan sekeliling adalah perkampungan yang cantik.
Terdapat muzium di sini. Namun, kami tak sempat masuk. Sebab ramai pelancong lain, serta kami nak pergi ke tempat lain pula..



ادا موزيوم دكت سيني











ڤينتو ماسوق كمڤوڠ


Kembali ke bandar Amsterdam semula..

مسجد
#20 Aya Sofya Moskee Arnhem
Masjid negeri di sini. Sangat cantik dan nampak damai sebab di tepi sungai. Ingatkan nak masuk solat sunat, tapi nampaknya masjid ini tutup sebab belum masuk waktu solat zohor pun. (Oh ya, zohor di sini pukul 12.).

Jadi kami sekadar bergambar saja sebelum bergerak ke destinasi seterusnya..






#21 Albert cuypmarkt [fee? personal shopping expense]
Tempat ni umpama Jalan Tunku Abdul Rahman (di KL) atau Jalan Masjid India (di Kuching). Sepanjang jalan adanya kedai-kedai atau gerai-gerai jualan cenderahati dalam bentuk magnet peti sejuk, keychain, baju, kain, topi dan pelbagai lagi. Sesuai untuk pelancong belikan buah tangan sebelum dibawa pulang ke tanah air.
"Jadi kami belilah sedikit cenderahati untuk ahli keluarga terdekat.."








wafel sedap ni

Setelah puas shopping, kebetulan dah masuk waktu solat. Mujurlah berhampiran ada masjid Solimiye

د د ڤن مسجد 
Dah solat, rasa lapar. Masa untuk makan tengah hari. Sepanjang jalan ini terdapat beberapa restoran. Tapi, sekali lagi, kena periksa dulu status halal makanan. Dalam senarai pilihan, kebetulan banyak yang tak buka. Jadi sampai penghujung jalan lurus, baru jumpa restoran. Kebetulan restoran Indonesia lagi..

100% حلال كاتڽ

جوم ماكن
Dah habis makan, kami pulang awal ke hotel. Sebab esok pergi ke destinasi baru lagi (bersambung lagi ^-^) Hari 8 - Perjalanan ke London


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)