Trip Europe 2018 (Hari 5 - Tren ke Amsterdam)
"Nama aku Syed Hazran. Alhamdulillah aku & isteri berpeluang pergi melawat negara Eropah. Pada asalnya kami nak melawat Abang Chik yang kebetulan menjalani latihan kerjaya di Jerman, tapi alang-alang boleh la jalan-jalan di persekitan. Turut sama menyertai trip kali ni ialah Ayah, Mak Dah & Nawar (adik aku).."
Perjalanan kali ni dirancang selama 11 hari (termasuk 2 hari perjalanan). Jadi beberapa hari dah pun berlalu..
Hari 1 - Perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates. Singgah kejap di Dubai dan terbang lagi (jumlah masa perjalanan termasuk singgah 21 jam)
Hari 2 - Mendarat pagi di Frankfurt dan terus melawat di persekitaran kawasan. Petang hari check in di bandar Mannheim
Hari 3 - Melawat bandar dan istana lama Heidelberg
Hari 4 - Melawat sekitar Mannheim dan Luisenpark. Singgah sebentar di aparment Abang Chik sebelum balik ke hotel
---- Jadi catatan perjalanan disambung lagi mulai sini---
19.11.2018 Isnin
Alamak, Abang Chik dah masuk kerja. Jadi kami berlima check out hotel awal dan mengorak langkah pergi ke Amsterdam (Netherlands). Destinasi ini jauh, dan untuk menambah pengalaman perjalanan, kami memilih naik tren laju. (Naik tren laju pun ambil masa 4 jam lebih.)
Terdapat banyak pilihan trip kereta api untuk sampai ke destinasi. Banyak trip perlukan stesen pertukaran (ada sampai bertukar 4 kali di stesen-stesen). Jadi memandangkan ayah berkerusi roda, aku memilih trip yang paling kurang bertukar. Lagi pula, kami langsung tak familiar dengan persekitaran (Turun kat mana, tunggu platform mana dll) jadi tak naklah ambil risiko. Maka trip tren kami ialah Mannheim --> Frankfurt --> Amsterdam.
"Ingat lagi tak, masa hari 2. Kami ada pergi stesen kereta api untuk tempah kerusi tempat duduk dalam tren..?"Mannheim ke Frankurt - Dengan kereta api laju syarikat DB (Deushe Bahn). Trip kami hanya ambil masa 50 minit saja untuk sampai.
"Tiket tren ini adalah satu untuk semua penumpang. Iaitu beli bagi pihak beberapa orang, tapi hanya satu tiket / QR code sahaja yang diberi. Hanya nama pembeli sahaja yang tertera dengan bilangan penumpang (maksudnya tak payah letak nama masing-masing masa beli)"Secara umumnya, pendudukan (seating) dalam tren adalah bebas. Tapi kami risau duduk berpisah jadi tempoh hari kami ada tempah kerusi dalam tren. Hasilnya alhamdulillah, kami dapat satu cabin tertutup untuk semua.
داڤت كابين ترتوتوڤ |
Ini adalah stesen keretapi besar di Frankfurt. Banyak kereta api ada singgah di sini sebelum pergi ke pelbagai destinasi lain di negara Eropah. Ruang di stesen ini walaupun beratap (roofed) tapi secara umumnya masih terbuka.
"Jadi udara sejuk memang terasa semasa menunggu di platform"Oh ya, sebab stesen keretapi ni sangat besar. Jadi kena mencari dan bertanyakan tempat menunggu yang seterusnya pula. Sementara tunggu keretapi ada sedikit masa. Jadi, jom kita bergambar lagi..
ڤاڤن معلومات توڠݢو د باريس مان |
Frankfurt ke Amsterdam - pun naik kereta api laju tapi syarikat ICE (Intercity Express). Perjalanan ambil masa 4 jam lebih, jadi boleh la ambil masa untuk bergambar, jalan-jalan tren atau singgah ke cafeteria (tapi aku tak pasti halal / haram)
"Tiket tren ini adalah satu untuk semua penumpang. Iaitu beli bagi pihak beberapa orang, tapi hanya satu tiket / QR code sahaja yang diberi. Hanya nama pembeli sahaja yang tertera dengan bilangan penumpang (maksudnya tak payah letak nama masing-masing masa beli)"#12 Amsterdam Central
Aku pasti stesen ini sama macam KL Sentral, iaitu merupakan stesen hub pengangkutan utama di Amsterdam. Dengan kata lain, semua jenis pengangkutan awam boleh didapai di sini - tren, tram bandar, taxi, bas dll. Serta terdapat pusat maklumat pelancong serta jualan tiket ke tempat pelancongan menarik di amsterdam
Tapi hari dah malam rupanya. Kami pergi hotel dulu untuk berehat
#13 Grand Downtown Hotel
Satu ciri pilihan kami tentang hotel ini ialah sarapan yang Halal disediakan (namun hanya ada sarapan pagi saja ^-^! tidak ada tempahan room-service.
"Oh ya, berbeza dengan hotel di Mannheim tempoh hari, kali ni aku dikenakan caj hotel (cukai) pula sebanyak Euro 17 untuk satu malam. Sama ada berkait dengan penggunaan jenis apps ketika membuat tempahan atau tidak (Nota - aku tempah hotel di Mannheim guna apps Hotel.com, sementara di Amsterdam aku tempah guna apps Expedia).. Hmm.."Malam ni rehat je dulu. Nak kena fikir aktiviti esok pula.. (sambung entri Hari 6 di Bandar Amsterdam)..
Ulasan