Trip Europe 2018 (Hari 11 - pulang)

Bismillah.. Nama aku Syed. Sekarang aku bersama keluarga sedang melancong ke negara Eropah (bukan semua la T_T) selama 11 hari total. Terdahulu;

Hari 1 - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates
Hari 2 - Di Franfurt (Jerman)
Hari 3 - Di Heidelberg (Jerman)
Hari 4 - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman)
Hari 5 - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt
Hari 6 - Di Amsterdam
Hari 7 - Di Zaanse Schaan
Hari 8 - Perjalanan tren dari Amsterdam ke London (UK) melalui Brussel (Belgium)
Hari 9 - Jalan di sekitar HydePark, Kensington Palace, Oxford Street & Central London Mosque
Hari 10 - Pergi ke British Museum, East London & East London Mosque

"Dah nak balik, baru la berpeluang untuk gunakan pengangkutan awam sini.."

#32 Undergound Tube
Ini adalah rangkaian kereta api bandar (macam LRT di Malaysia) yang menghubungkan pelbagai tempat di bandar London. Ada banyak stesen, serta pelbagai laluan. Jadi kena periksa betul-betul laluan & stesen destinasi. Sebab kalau tersalah, penat nak pusing balik.

Oh ya, sistem pengangkutan sini terdapat beberapa jenis variasi tiket/ pass untuk naik.

  • Standard tiket - seperti namanya, tiket ini adalah tiket sehala bagi perjalanan tertentu. Setiap kali naik, kena beli tiket
  • Oyster Card - ini adalah kad prabayar. Kena bayar deposit GBP10 untuk satu unit. Tak silap dah terisi nilai GBP 5 dalamnya dan boleh digunakan untuk naik tube & juga bas awam. Antara menariknya Oyster Card ialah (1) harga perjalanan sehala lebih murah dari Standard tiket. (2) terdapat maximum penolakan caj penggunaan kad dalam sehari tertentu. Jadi bagi pengguna kerap (pelancong), walaupun naik banyak kali (banyak kali tiket), apabila caj penggunaan dah lebih GBP 5 dalam hari yang sama, tiada lagi penolakan nilai dalam kad. (dengan kata, boleh naik free)
Terdapat beberapa variasi kad yang lain aku tak pasti

--- masa untuk pulang ---
Dah bersiap, kami nak naik teksi lagi ke airport (dengan banyak bagasi lagi)
"I am sorry, sir! My taxi can't hold all of you with these luggages & wheelchair.." - ulas pemandu teksi
Maka kami berpisah arah. Aku & isteri mencari alternatif lain.. Cara paling pantas ialah..

#33 Heathrow Express
Keretapi laju (bersamaan dengan KLIA Ekspress di Malaysia). Dan harganya ternyata mahal juga ^-^! GBP 28 seorang.

Tapi memang laju la. Perjalanan cuma ambil masa 15 minit saja dari bandar sampai ke airport. Sedangkan kalau naik teksi ambil masa 45 minit.. Dan memang kami sampai di airport terlebih dahulu daripada teksi ayah.. Sempat kejar

[Nota - oh ya. Lapangan terbang Hearthrow ada banyak terminal. Pastikan anda semua semak di mana balai pelepasan anda, sebab jarak antara terminal bukannya jarak berjalan kaki. Aku perasan banyak penerbangan antarabangsa bertempat di Terminal T3, tapi pastikan semuak.

#34 Heathrow Airport






Dah sampai masa untuk pulang akhirnya. Dalam 11 hari ni, semua tempat adalah baru bagi aku & isteri. Penat memang penat, banyak habis duit [Dianggarkan perbelanjaan seorang adalah dalam RM10k. Tapi banyak habis dalam pengangkutan. Mungkin lain kali boleh jimat lagi]




Namun, pergi ke tempat orang bagi aku, lebih menambah kecintaan diri terhadap negara sendiri. Biar pun di negara orang lebih maju & ada pelbagai musim, tapi sebab diri sendiri dah biasa dengan suasana Malaysia. Maka negara sendiri lebih dirindui..
"Baiklah, masa untuk kembali ke realiti.. Esok kerja.. Huhu.."
Terima kasih kerana membaca catatan kembara ini..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)