Trip Europe 2018 (Hari 10 - British Museum & East London Mosque)

Bismillah.. Nama aku Syed. Sekarang aku bersama keluarga sedang melancong ke negara Eropah (bukan semua la T_T) selama 11 hari total. Terdahulu;

Hari 1 - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates
Hari 2 - Di Franfurt (Jerman)
Hari 3 - Di Heidelberg (Jerman)
Hari 4 - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman)
Hari 5 - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt
Hari 6 - Di Amsterdam
Hari 7 - Di Zaanse Schaan
Hari 8 - Perjalanan tren dari Amsterdam ke London (UK) melalui Brussel (Belgium)
"Terbaru pada hari 9, kami mulakan berjalan di kawasan Hyde Park yang besar, Kensington Palace, kemudianya solat jumaat di Central London Mosque, dan kemudiannya pergi ke Oxford Street. Apa agaknya aktiviti seterusnya?"
24.11.2018 Sabtu
Ayah nak pergi Muzium. Ada banyak pilihan muzium di London sini, tapi yang percuma adalah Muzium British. Jadi seusai sarapan pagi, terus kami naik teksi ke sana. Sepatutnya muzium tersebut terletak di penghujung Oxford Street sahaja, tapi sebabkan semalam kami dah sedar walaupun peta nampak dekat, tapi realitinya lebih jauh. Jadi ayah memilih teksi agar selesa dan jimat masa..

#29 British Museum [entrance fee : none]


د ڤينتو دڤن


Alhamdulillah kami datang awal, maka barisan pengunjung masih tak ramai. Oh ya, muzium British ini sangat besar. Menariknya tiada bayaran masuk. Tapi ada caj untuk alat audio bagi yang berminat. Terdiri dari 3 tingkat pameran. Kami berpisah di dalam yang mana aku & isteri jelajah tentang tamadun islam di UK. Sementara ayah dan lain-lain lebih menyeluruh pusing kat dalam..






دڠن ڤوندوق ميره



Oh ya, aku keluar awal daripada yang lain. Jadi sementara tunggu yang lain-lain, saja aku pusing di sekitar kawasan

إين دياله ڤڠݢوڠ وايڠ


#30 East London Mosque
د مسجد يڠ مودين
Satu lagi masjid yang besar di London sini. Binaan masjid ini nampak lebih moden dan cantik. Dan sekitar memang kawasan sini terdapat pelbagai premis aktiviti Islam: kedai buku, perpustakaan, restoran halal, Hotel halal, institusi agama.
"aku rasa masjid ini sangat aktif dalam aktiviti Islam"
Solat Zohor berjemaah. Seusai solat Zohor, para jemaah berhimpun untuk menyaksikan peristiwa syahadah seorang muallaf. Allahu akbar.

Terdapat juga pesta jualan buku-buku di dalam dewan serbaguna masjid tersebut.

دينديڠ ڤڠهرݢاءن كڤد ڤندرما


Lepas itu, kami makan di restoran Maedah Grill yang berhampiran [restoran Arab ini]


سيت ناسي يڠ باڽق


Lepas makan, ayah rasa tak sihat dan nak balik rehat ^-^! Nampaknya takde pilihan lain, jadi semua pun balik berehat di apartment saja.

--- Jalan-jalan malam --- 
Malam aku & adik keluar berdua saja. Aku anggap sebagai masa untuk bonding, sebab aku dah lama tak tahu perkembangan adik (sebab biasa berpisah jauh sejak di zaman persekolahan lagi (aku sekolah asrama)): kerjayanya, sosialnya, ekonominya dan lain-lain.

Banyaknya jalan kaki saja, sebab nak naik pengangkutan awam dengarnya kena ada kad Oyster (entah mana nak dapat). Alang-alang mana nak jelajah, jadi aku berjalan kaki saja gamaknya. Antara tempat yang kami lalui ialah; (semua tengok luar je, tak masuk dalam sebab dah tutup (malam))

  • Trafalgar Square - terdapat National Potrait Museum di sini (masuk percuma). 
s
Belakang itu adalah Muzium Potret Negara
  • Big Ben - oh ya, Big Ben dalam proses ubahsuai dan penyelerenggaraan. Jadi, menara jam ni tak cantik sangat. Kalau tak silap, sampai tahun 2020 proses kerja ini berjalan


  • Buckingham Palace - kalau datang pagi, terdapat pertukaran shift pegawai 
Buckingham Palace


  • Wellington Arch
  • St James Park & Green Park- ni taman macam Hyde Park (Cuma tak sebesar itu). Cuma malam tak nampak apa, jadi tiada gambar ^-^! maaf
  • Westminster Abbey

Westminster Abbey

  • River Thames - Sungai panjang, memisahkan London bahagian utara dan selatan. 

thames سوڠاي 
بيرو, ميره دان هيجاو neon

coca-cola Eye of London



  •  Lain-lain (pelbagai)













Esok hari dah nak balik dah.. 

Ulasan