Trip Europe 2018 (Hari 6 - Bandar Amsterdam)

Nama aku Syed. Baru ni aku & keluarga berpeluang ke negara Eropah, negara lawatan kami ialah Jerman, Netherlands dan UK. Perjalanan ini berlangsung selama 11 hari jumlah.
Setakat ini,

Hari 1 - Perjalanan pergi dengan penerbangan Emirate. Ambil masa 16 jam dengan 2 penerbangan berbeza
Hari 2 - lawatan di Frankfurt
Hari 3 - pergi ke Heidelberg
Hari 4 - Jalan-jalan sekitar Mannheim & Luisenpark
Hari 5 - Perjalanan tren ke Amsterdam

Hari ini hari 6 di negara eropah. Catatan bermula di sini..

--- 20.11.2018 Selasa ---


Dimulai sarapan pagi di hotel. Walaupun diiktiraf makanan halal, tapi tak banyak pilihan pun. Ada bijirin, buah, wafel & lempeng serta daging.

مينو سارڤن هوتيل


Selepas makan, kami bergerak pergi melawat kawasan pelancongan. Ayah nak pergi Muzium Van Gogh..
"Siapa dia Van Gohn ni? Kenapa ada muzium sendiri pula?" ^-^
van Gogh
#14 Van Gohn Museum [harga tiket seorang Euro 19]
[Nota -  Muzium ini sangat terkenal dan telah menarik minat ramai pelancong. Oleh sebab itu, pihak muzium membuat peraturan mengawal jumlah pelawat mengikut slot masa. Jadi kalau nak datang muzium ini, kena beli tiket online serta tempah slot masa lawatan]

Lepas dah pergi ni baru la aku tau. Vincent Van Gogh adalah seorang pelukis terkemuka di dunia barat. Banyak karya seninya bertemakan kehidupan golongan petani yang miskin.
"Kesian pelukis ni.. Masa hidup dulu, takde orang pun yang mengakui kehebatan lukisannya.. Sampai satu masa dia kena penyakit mental dan bunuh diri. Baru la ada orang nak mengiktiraf kehebatan lukisan ni sampai ada muzium sendiri.." - kata isteri
Muzium ini terletak di dataran Muzium (Museumplein), jadi sebenarnya terdapat beberapa lagi muzium menarik di sini
  • Rijksmuseum
  • Stedeljiksmuseum
Tapi takde masa nak singgah pula, sebab ayah nak pergi naik bot. Tempahan dah dibuat jam 1130pagi. Jadi kami bertolak naik tram ke tempat seterusnya..

#15 Canal Cruise [harga tiket seorang Euro 18. tapi kalau tinggal di hotel, terdapat baucer diskaun Euro 2 (beli melalui kaunter hotel)]
Untuk pengetahuan, Bandar Amsterdam sangat terkenal dengan banyak terusan-terusan dalam bandar. Jadi antara aktiviti yang mesti cuba di sini ialah menaiki bot cruise merentangi majoriti terusan tersebut di seluruh bandar sambil menikmati pemandangan di bandar

Perjalanan ini ambil masa 1 jam untuk pusing. Ada beberapa tempat naik dan turun di seluruh bandar.

Botnya tertutup, jadi tak perlu risau hujan atau angin sejuk.
Terdapat audio rakaman tentang penjelasan kawasan-kawasan di bandar Amsterdam ini.


















Dah habis cruise rasa lapar. Di Amsterdam ni lebih banyak pilihan makanan halal, sebab terdapat juga restoran Indonesia di sini. Jadi, teringinkan rasa nasi jadi singgah makan di restoran indonesia.
[nota - namun, terdapat juga restoran indonesia yang tidak menyajikan makanan halal. Oleh itu, kena tanya siap-siap, atau rujuk applikasi halal checker sebelum membuat pesanan makanan]
Oh ya, bandar Amsterdam juga dikenali dengan nama Bike City (Bandar basikal), sebabnya ramai penduduk di sini menggunakan basikal. Malah memang terdapat laluan basikal di mana-mana saja jalan raya. Hotel juga menyediakan khidmat sewa basikal. tapi agak mahal [dalam Euro 15 sejam, Euro 45 dapat 3 jam, dan juga terdapat harga insurans kecurian / kerosakan basikal]

Habis makan, ayah dah penat. Jadi balik ke hotel. Aku dan isteri ambil peluang untuk sekadar jalan-jalan lagi..

16# Stedeljiks Museum [Harga masuk : Euro 17.5 seorang]
Kembali ke medan muzium. Kalau tadi pergi Vahn Gogh Muzium, kali ini kita pergi muzium ini. Disebabkan dah pukul 4 petang (masa operasi sampai pukul 530 'malam' saja). Jadi aku dan isteri cuma dapat pilih satu saja dari 2 baki muzium tadi.

Muzium ini aku rasa dikatakan sebagai muzium seni moden. Banyak karyawan yang memaparkan idea/hasil kreatif masing-masing dalam ni. Aku dapati muzium ini sangat 'unik' sebab ada karya yang macam ekstrem pula turut dipaparkan sini. Huhu..


Di sekitar muzium ini terdapat dataran lapang yang luas. Taman bersiar-siar rasanya. Rehat kejap sambil bergambar lagi..





د دڤن رومه اوڤرا
17# I Amsterdam gergasi
Ini adalah tulisan bersaiz gergasi nama bandar ini. Terdapat 2 lokasi yang ada nama gergasi ini, iaitu di dataran muzium (Museumplein) dan juga di lapangan terbang (tapi lapangan terbang tak besar sangat) Percuma saja, tapi sangat ramai pelancong bergambar di sini. Malam pun sangat ramai pelancong.
"Disebabkan terlalu ramai pelancong bergambar di sini, maka pihak majlis perbandaran Amsterdam telah membuat keputusan untuk cabut semula tulisan ini di sini. Hal ini kerana tulisan tersebut menyebabkan pelancong terlalu ramai dan sesak" - baca di artikel di sini --> [artikel] Council removes I Amsterdam Sign
Alhamdulillah, kami sempat bergambar di signboard ini.


اصلڽ سبواه كولم تاڤي موسيم سجوق سوده بكو جدي ڤادڠ أيس

18# Rijksmuseum
Dah tutup sebab malam T_T huhu.. Takpe lah, bergambar saja di luar. Muzium ini tersergam megah & besar





Seterusnya Kami jalan-jalan random saja ke tempat-tempat ni bandar ni. Ternyata pada waktu malam, sangat meriah rupanya suasana di bandar..



Stadsschouwburg Amsterdam (performing art theater)

magna plaza shopping complex

Koninklijk Paleis Amsterdam (Royal Palace Amsterdam)


beursplein Damrak

eh ada KFC 

ok, dah penat. Balik hotel dan rehat. Esok ada trip lain lagi.. (bersambung ke entri Hari 7 ke Zaanse Schaans)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)