Trip Europe 2018 (Hari 8 - Tren ke London)
Bismillah.. Nama aku Syed. Sekarang aku bersama keluarga sedang melancong ke negara Eropah (bukan semua la T_T) selama 11 hari total. Terdahulu;
Hari 1 - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates
Hari 2 - Di Franfurt (Jerman)
Hari 3 - Di Heidelberg (Jerman)
Hari 4 - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman)
Hari 5 - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt
Hari 6 - Di Amsterdam
Hari 7 - Di Zaanse Schaan
22.11.2018 Khamis
Pagi hari kemas beg dan check out hotel. Disebabkan banyak bagasi, jadi kami naik teksi pergi ke Amsterdam Central. Singgah sebentar beli bekal makanan. Kejap lagi, kami akan naik keretapi laju ke London pula. Tapi, akan berhenti di Brussel, Belgium untuk pertukaran
Oh ya, dalam 3 hari ni, aku perasan restoran banyak tak buka untuk sarapan. Mungkin ada tapi aku tak tau la.. Jadi kebanyakan sarapan pagi sama ada beli bekal siap-siap atau beli roti/biskut di kedai serbaneka..
Dah sampai stesen keretapi..
Amsterdam ke Brussel
Perjalanan kali ni ambil masa 2 jam. Kami naik keretapi yang dikendalikan oleh syarikat Thalys. Tiket kali ini lebih tegas, iaitu setiap penumpang perlukan tiket dengan nama masing-masing. Dan diperihalkan juga kena cetak salinan fizikal untuk diperiksa.
First name : Syed Hazran
Last name : Syed Mohammad [nota - tak perlu letak "Bin"]
Hasil nama dalam borang / tiket -> Syed Mohammad, Syed Hazran
Last name : Hazran
Hasil name: Hazran, Syed
#22 Brussel, Belgium
Dah sampai negara baru! >_<! tapi berkejar keretapi seterusnya tak sempat nak bergambar. Sebabnya, turun keretapi kena cari platform khas ke London. Kami turun-turun tak jumpa pula. Kena berpusing stesen keretapi yang besar dan luas gamaknya. Akhirnya jumpa, tapi kena berurusan dengan imegesen juga. Mereka sangat tegas.
Brussel ke London
Sekali lagi, naik keretapi laju syarikat Eurostar. ini adalah kereta bawah laut (tapi masuk terowong gelap ^-^! tak nampak apa pun). Merentas sampai ke United Kingdom sana. Perjalanan ambil masa 2 jam lebih juga.
Seperti mana Frankfurt, stesen keretapi antarabangsa ini sangat besar. Jam di UK lewat sedikit 1 jam berbanding negara Eropah yang lain. Masa siangnya 7pagi-5 petang juga dalam musim sejuk ini. Beza jam dengan malaysia ialah 8 jam lewat. Misalnya 12 tengah hari di London bersamaan 8 malam di Malaysia.
[nota - aku ada semak harga hotel London. Namun ketika proses pembayaran nampaknya ada caj warga asing pula sampai RM200 / sebilik / semalam.. Jadi bayangkan kami kena ada 3 bilik, juga akan menginap 3 malam. Maka caj tambahan saja ialah RM200 x 3 x 3 = RM1,800. Belum ditambah harga asal bilik hotel lagi. Jadi nak tak nak kena la cari apartment..
Rehat dulu untuk malam ini.. Sambung esok berjalan.. (Hari 9 - Hyde Park, Kensington Palace)
Hari 1 - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates
Hari 2 - Di Franfurt (Jerman)
Hari 3 - Di Heidelberg (Jerman)
Hari 4 - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman)
Hari 5 - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt
Hari 6 - Di Amsterdam
Hari 7 - Di Zaanse Schaan
--- Sekarang dah masuk hari ke-8. Maka catatan diari kembara kali ni bermula di sini---
22.11.2018 Khamis
Oh ya, dalam 3 hari ni, aku perasan restoran banyak tak buka untuk sarapan. Mungkin ada tapi aku tak tau la.. Jadi kebanyakan sarapan pagi sama ada beli bekal siap-siap atau beli roti/biskut di kedai serbaneka..
Dah sampai stesen keretapi..
ڤينتو ماسوق بلاكڠ, تق سام دڠن تيمڤوه هاري |
"Masih ada sedikit masa lagi. Jom bergambar skit"
سوده سمڤاي دالم ستيسين |
مينوم اير چوكلت |
ڤلتفوم كريتاڤي |
Amsterdam ke Brussel
thalys دالم كريتاڤي |
"Teringat masa persediaan dulu, aku beli tiket ini. Tiba-tiba la salah isi nama sendiri pula. Tiket antarabangsa selalunya ada first name dan last name. Kalau nama melayu/ Islam ini sedikit tricky sebab ramai akan tertanya-tanya kat mana nak tulis "Bin"Contoh nama aku: Syed Hazran bin Syed Mohammad (nama penuh seperti dalam IC/ Passport)
First name : Syed Hazran
Last name : Syed Mohammad [nota - tak perlu letak "Bin"]
Hasil nama dalam borang / tiket -> Syed Mohammad, Syed Hazran
Cuma tiket kali ni aku terlepas pandang, sebab web browser google chrome dia auto-fill / auto correct nama aku hasilnyaFirst name : Syed
Last name : Hazran
Hasil name: Hazran, Syed
Adoi, habis lah. Salah pulak. Dah la, mahal. Aku cuba terangkan kepada syarikat belian tiket tentang kesalahan ini. Namun, diberitahu, situasi salah eja ni agak biasa berlaku. Konduktor keretapi akan faham dan boleh terima tiket. Nasib baik la lepas kat keretapi Thalys, Imegressen Belgium, dan Eurostar.AWAS - tiket kapal terbang tak boleh buat kesalahan ini!
#22 Brussel, Belgium
Dah sampai negara baru! >_<! tapi berkejar keretapi seterusnya tak sempat nak bergambar. Sebabnya, turun keretapi kena cari platform khas ke London. Kami turun-turun tak jumpa pula. Kena berpusing stesen keretapi yang besar dan luas gamaknya. Akhirnya jumpa, tapi kena berurusan dengan imegesen juga. Mereka sangat tegas.
Brussel ke London
Sekali lagi, naik keretapi laju syarikat Eurostar. ini adalah kereta bawah laut (tapi masuk terowong gelap ^-^! tak nampak apa pun). Merentas sampai ke United Kingdom sana. Perjalanan ambil masa 2 jam lebih juga.
دالم ݢرابق كنتين |
Eurostar دالم كريتاڤي |
Terdapat applikasi VR Eurostar yang boleh dimainkan sekadar untuk menikmati pemandangan bawah laut. Tapi aku tak dapat cuba sebab talian tak bagus (guna WiFi keretapi pun masih tak lancar). Jadi aku sekadar duduk saja dan jalan-jalan dalam keretapi sikit. [nota - walaupun aku buat roaming guna Digi tapi sekarang aku sedang beralih negara. Jadi Roaming Amsterdam tidak boleh diguna pakai lagi)#23 London St Pancras
Seperti mana Frankfurt, stesen keretapi antarabangsa ini sangat besar. Jam di UK lewat sedikit 1 jam berbanding negara Eropah yang lain. Masa siangnya 7pagi-5 petang juga dalam musim sejuk ini. Beza jam dengan malaysia ialah 8 jam lewat. Misalnya 12 tengah hari di London bersamaan 8 malam di Malaysia.
"Dah malam rupanya. Kena cari apartment dulu ni.."Eh kejap, bergambar sikit.

Ulasan