Sedeqah (6) - Beri makan orang miskin

Kisah semalam; habis waktu bekerja aku luang sedikit masa berjalan-jalan di kawasan persekitaran. Alhamdulillah, tempat kerja aku di dalam bandar Kuching, sangat hampir dengan salah satu daya tarikan utama iaitu Waterfront Kuching.

Jadi sedang aku berjalan di sepanjang tebing sungai tersebut, tiba-tiba aku disapa..
"Abang, minta duit sikit. Saya lapar, nak makan.." 
Nampaknya seorang orang cina yang miskin sebab nampak kusut masai, serta pakaian comot dan tidak berselipar..

--------- Situasi! ---------  
"Apakah tindakan terbaik dalam situasi sebegini..? >_<!"
a) beri duit seperti yang diminta
b) belikannya makanan
c) buat tak dengar dan teruskan kehidupan seperti biasa..

Pernah terdengar nasihat suatu masa dulu;
"Kalau ada orang minta duit untuk beli makanan, jangan bagi duit! Sebab kita tak tahu dia betul-betul gunakan duit itu untuk beli makanan atau tidak. Kot-kot nak beli dadah ke.." beritahu seorang kawan Z  
Jadi kali ni aku cuba pilihan B pula..


Fokus - Sedeqah (6) BERI MAKAN ORANG MISKIN
(banyak sumber maklumat aku ambil dari laman web ini www.e-bacaan/Memberi makan orang miskin)

Banyak rupanya ayat Al-Quran yang menyentuh hal beri makan orang miskin. Pemahaman awal aku ialah perbuatan beri makan orang miskin itu satu bentuk sedeqah. Maka timbul persoalan kedua; Nak bagi makan apa ni??
"Beli makanan paling asas sudahlah. Asalkan ada komponen penting nasi, lauk, air dah la.."
"Tak payah beli mahal-mahal.. kau pun ada benda nak beli lagi ni.. sendiri dan isteri pun nak makan juga.. Kalau nak bagi makan pun, bagi yang paling murah je sudah.."
Betapa kuatnya syaitan & hawa nafsu menakut-nakutkan aku agar tidak bersedeqah berlebihan. Sehinggakan aku agak berbolak-balik untuk teruskan niat ini. Namun, bila difikirkan aku teringat ada satu panduan dari Al-Quran tentang jenis makanan yang digalakkan beri kepada orang miskin (balik rumah baru cari semula).
"Allah tidak pertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu beri keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau merdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak dapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itu penebus bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih." (Surah Al-Ma'idah 5:89)"
(Nota - Aku perasaan ayat di atas adalah penjelasan tentang denda kalau melanggar sumpah sendiri.  Namun, sukanya aku ambil panduan tersebut secara umum iaitu bukan sebab denda atau apa-apa..)
"Jadi berdasarkan ayat tersebut, maksudnya kalau terhadap keluarga aku suka bagi makan KFC atau McD, maka sebaiknya aku bagi jenis makanan yang sama kepada orang miskin (rawak) juga. Nampak satu keadilan di situ..
Oh ya, terdapat juga satu panduan yang sama berkenaan sedeqah secara umum (bukan tentang beri makan)
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk darinya (lalu kamu dermakan / jadikan zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maka Kaya lagi sentiasa Terpuji." (Surah Al-Baqarah 2: 267)
Nah, jadi demikianlah keadaannya.. Jadi balik rumah baca-baca lagi tentang nasihat yang berkaitan di media internet, rupanya memang benar, banyak disebutkan dalam Al-Quran tentang beri makan orang miskin ni. Terutamanya dalam surah lazim (Juz Amma atau bacaan Yasiin yang kerap di baca).. Jom tengok;

---Surah Al-Fajr 89: 16-18---
16: Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
17: Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya)
18: Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;


---Surah Al-Balad 90: 12-18---
12: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
13: (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
14: Atau memberi makan pada hari kelaparan
15: Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
16: Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah
17: Selain dari (mengerjakan amal-amal) itu, ia menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang
18: (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
------
"Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata". (Surah Yasiin 36: 47)
---Surah Al-Maa'uun 107: 1-3---
1: Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2: Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3: Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.


---Surah Al-Haqqah 69: 30-34---
30: Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia
31 : Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -
32: "Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
33: "Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
34 "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.:
------
v_v!! Jadi nampaknya memang sangat dituntut agar kita memberi makan orang miskin, sama ada denda kafarah atau tidak..


"Mungkin hati aku masih keras sebab aku tak biasa buat semua ini.."
---------------------------siri entri sedeqah yang lain dalam blog ini--------------------------

  • Sedeqah - mengupas tentang adab dalam bersedekah berdasarkan surah Al-Baqarah 2:261-274
  • Sedeqah (2) - salah satu contoh situasi dalam kehidupan yang membawa kepada keperluan bersedekah
  • Sedeqah (3) - syaitan akan menakutkan kita dengan kemiskinan sebab bersedekah. Tapi ada hadith yang menyatakan supaya jangan bakhil & tamak haloba
  • Sedeqah (4) - bersedeqah ni sebenarnya untuk mendapatkan keredhaan & rahmat Allah semata-mata. sebab nilai sedeqah yang kita berikan itu tidak berkembang pun di sisi Allah.
  • Sedeqah (5) peluang lepas raya - idea bersedeqah tanpa diketahui tangan kiri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)