Sedeqah (5) - Cara bersedeqah tangan kanan tapi tangan kiri tak tahu

Catatan kemaskini
18.3.2019 - catatan sedikit pengalaman sebenar tentang tindak balas penerima
19.1.2020 - tajuk penulisan dinamakan semula

--- Blog, mula di sini! ---

Musim raya kembali lagi ^-^! antara agenda yang mesti siap sedia sebelum menghadapi hari raya dewasa ni ialah menyiapkan duit raya.
"Tak sabar pula nak beri duit raya.. " - entri menjelang syawal 1435H
Cuma tahun ni, penjawat awam gred macam aku tidak diberi bonus hari raya. Maka tidak ada kelebihan (berbanding dengan orang lain) untuk menyediakan duit raya tahun ni ^-^! Seperti yang dijangka, ada yang tersinggung dengan hakikat ini, maka timbulnya satu reaksi 'tiada duit raya tahun ini kerana tiada bonus'. Dan aku juga tidak kurang reaksinya, sehinggalah aku teringat akan beberapa dalil nasihat:
"Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.  (Surah Asy-Syuura 42:48)
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah Al-Baqarah 2:195)
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah / menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut), sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunanNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.." (Surah Al-Baqarah 2:268)*
*juga pernah dibincangkan dalam entri sedeqah (3)
"Have faith and keep going on.."
Tapi bukanlah demikian tujuan entri kali ni, sebaliknya dalam persiapan duit raya ni aku mendapat satu idea apabila melihatkan sampul raya..

gambar hiasan
Aku nampak masa-masa nak raya ni la peluang keemasan untuk bersedeqah (derma) pada orang ramai. Kalau pada hari lain, kita kadang-kadang tak berkesempatan (atas faktor masa/wang) maka pada musim raya, setidaknya faktor wang dah selesai masalah. Ada orang, habis je musim raya terus dikutip semula saki-baki duit untuk belanja sendiri. Tapi bagi aku, saki-baki sampul raya ni, boleh la digunakan untuk tujuan sedeqah kepada orang luar pada masa yang lain ^-^!

Teringat lagi akan satu hadith menarik, tentang 7 golongan hebat dilindungi di padang mahsyar (mendapat syafaat Rasulullah), salah seorangnya ialah..
  • Seseorang yang bersedeqah lalu menyembunyikan sedeqahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya itu..

"Eh kejap, macam mana nak bersedeqah sembunyi-sembunyi sampai tangan kiri pun tak tahu??" --> persoalan yang sering menjadi tanda tanya aku.
Fokus - Cara bersedekah 'tangan kanan' tanpa diketahui 'tangan kiri'
Ramai yang menjelaskan bahawa ayat tersebut hanya sekadar kiasan semata-mata. Terdapat perbahasan menyatakan 'tangan kiri' tersebut mewakili 'orang lain'. Tapi nampak sedikit kurang tepat, kerana dalam al-Quran juga dinyatakan boleh bersedeqah secara sulit (sembunyi) atau terbuka;
"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah Al-Baqaraah 2:274)
Bila baca-baca teks tazkirah (artikel NU online) Reinterprestasi 'Tangan Kanan' dan 'Tangan Kiri' dalam bersedeqah di laman web NU Online, aku semakin faham bahawa ayat 2:274 sebenarnya bertujuan menjaga kepentingan pihak penerima (iaitu penerima boleh jadi berasa malu kalau diketahui orang ramai terutamanya golongan bawang).. Dari laman web yang sama, perkataan 'tangan kiri' dibahaskan lebih kepada 'sifat mazmumah yang timbul' dari amalan baik tersebut (misalnya riak, takbur dan macam-macam lagi).

---------------------------------

Jadi, balik kepada topik asal tentang sedeqah ni, disebabkan adanya sampul raya mungkin boleh tercapai idea bersedeqah lalu menyembunyikan sedeqahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya itu.. Bagaimana tu?
"Masukkan sejumlah wang ke dalam sampul raya, kumpulkan sampul raya banyak-banyak cukup untuk setahun bersedeqah. Kemudian apabila bersedeqah/derma, hulurkan satu sampul.. Jadi orang ramai tak dapat tahu berapa nilai derma kita.. ;) menarik, kan?"
Mungkin ramai boleh teka, kalau duit raya mesti la sama ada RM2, RM3, RM5. Lagi-lagi bila diri sendiri pun dah mindset dan tahu berapa nilai dalam sekeping sampul raya tu. (kalau sendiri dah tahu kat dalam ada nilai banyak, maka mesti akan datang perasaan berlagak/kedekut dalam diri ni.. ie aku dah derma RM50 hari ni dalam satu sampul, cukuplah, tak payah derma lagi hari ni..) Jadi sedikit tambahan idea sebagai plot twist..
"Macam mana kalau buat style macam lucky draw? Setiap sampul raya yang sama design, kita masukkan nilai duit secara rawak; sama ada RM2, RM3, RM5, RM 10*, RM20*, RM50*, RM100* (*bergantung kepada kemampuan & niat kita nak derma la). 'Chong' dan simpankan. Kemudian bila sampai situasi derma/sedeqah, kita ambil secara rawak dan berikan kepada penerima..
Implikasinya takde siapa tahu nilai sedeqah/derma yang kita berikan walaupun kita sendiri. Jadi tak dapat la nak riak berlagak atau takbur sebab tak tahu. Dan orang lain pun tak tahu, sebab adanya sampul raya yang tertutup (tak nampak). Cuma mungkin, kita boleh beritahu penerima bahawa kita pun tak tahu berapa nilai kat dalam dan minta jangan diberitahu..
"Cuma kaedah ini tak praktikal untuk suasana hari raya (^-^! kalau untuk raya, sebaiknya seragamkan nilai saja. supaya adil dan saksama..) Kalau bukan hari raya (hari-hari biasa) boleh la cuba amalkan.."
(gambar hiasan) kalau sendiri pun tak tahu (lupa sebab dah lama masa serta dah chong) nilai duit kat dalam, macam mana nak riak berlagak atau bangga diri dengan sedeqah? 
---- Catatan kemaskini 18.3.2019 ----
نامون كنا برهاتي٢ دالم ممبري, ترأوتامڽ كالاو صدقة كڤد راماي٢ أورڠ. سبب ادا أورڠ جنيس تروس بوك دڤن مات لڤس إيت كيچوه. هابيس ݢاݢل رنچڠن
دان لاݢي دنصيحةكن أݢر جاڠن بلي بارڠ مريك دڠن مڠݢوناكن سمڤول راي إين, سبب مريك تاكوت كنا تيڤو لالو دڠن لاجوڽ بوك سمڤول دڤن مات. هابيس ݢاݢل رنݢڠن لاݢي. سباليقڽ بلي دان باير ماچم بياسا لڤس إيت تمبه سمڤول سباݢاي صدقة
دان ماعفكنله سݢالا ڤرلاكوان مريك دان دجاڠن بركچيل هاتي سبب كهيدوڤن يڠ منجاديكن مريك بݢيتو
----------------------
siri penulisan tentang sedeqah dah banyak episod rupanya..
  • Sedeqah - mengupas tentang adab dalam bersedekah berdasarkan surah Al-Baqarah 2:261-274
  • Sedeqah (2) - salah satu contoh situasi dalam kehidupan yang membawa kepada keperluan bersedekah
  • Sedeqah (3) - syaitan akan menakutkan kita dengan kemiskinan sebab bersedekah. Tapi ada hadith yang menyatakan supaya jangan bakhil & tamak haloba
  • Sedeqah (4) - bersedeqah ni sebenarnya untuk mendapatkan keredhaan & rahmat Allah semata-mata. sebab nilai sedeqah yang kita berikan itu tidak berkembang pun di sisi Allah.
  • Sedeqah (6) - tentang beri makan orang miskin
---------------------------
Antara siri nasihat yang lain boleh rujuk tab (page) Nasihat ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)