[JomBaca] Kisah-kisah 'Tidak Sahih' Meja Penceramah
Catatan kemaskini
18.3.2019 - penyelarasan format penulisan [Buku] --> [JomBaca}
Penerbit : tak jelas (maaf)
Bil halaman/ muka surat : lupa ^-^! (maaf)
Penjelasan (di kulit muka belakang)
Buku yang membetulkan kisah-kisah 'tidak sahih' sering tersebar sekitar masjid dan surau.
Majoriti dalam kalangan masyarakat kini sering mendengar kuliah/ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kerna inilah antara medium untuk mendapatkan info atau ilmu dalam agama.
Buku ini bukan mahu memberi tanggapan negatif terhadap program ilmu yang dianjurkan oeh masjid/surau, tetapi sekadar meluruskan kisah-kisah mengenai Nabi atau sahabat Nabi. Kita tidak mahu nabi dan para sahabat Nabi menjadi bahan fitnah hingga wajah agama menjadi hodoh..
Ayuh, mari membelek buku ini agar segala persoalan terjawab dan menghilangkan sisa jahil yang tak bertepi.
Fokus - perbahasan kisah "Rasulullah s.a.w dengan Jiran Yahudi"
Kisah ini berkisar tentang Rasulullah s.a.w pernah berjiran dengan seorang Yahudi (ada kisah yang menyatakan lelaki, ada kisah yang menyatakan perempuan) yang mana si Yahudi ni sering menyakiti hati Rasulullah termasuk membuang duri dan sampah ke rumah Baginda, memaki hamun dan lain-lain.. Rasulullah s.a.w bersikap lemah lembut dan tidak membalas semua kejahatan tersebut, sehingga satu masa ni si Yahudi jatuh sakit dan tidak lagi mengganggu Rasulullah s.a.w. seperti biasa. Maka Rasulullah s.a.w berasa pelik (sebab tak diganggu) lalu menziarahi si Yahudi. Rupanya didapati si Yahudi memang benar-benar jatuh sakit, maka Rasulullah s.a.w. pun bantu menguruskannya. Barulah si Yahudi menyedari bahawa Baginda memang benar-benar seorang Rasul yang mulia lalu si Yahudi pun masuk Islam (ucap syahadah).."
Demikianlah kisahnya. Dan selalunya kisah ini akan dikaitkan dengan dalil
Jujurnya aku macam pernah dengar juga la, tapi entah mengapa aku tak begitu terkesan dengan cerita ini ^-^! memang ada nasihatnya, tapi kesannya tak begitu mendalam dalam jiwa.
Tapi sampai la aku juga buku ni baru aku sedar akan perbahasan yang timbul..
------------------------------------------------
Antara perbahasan yang dibincangkan berkenaan kisah ini ialah
Kalau andaian berlaku di Madinah (ya, di Madinah ada orang Yahudi) tapi lebih banyak persoalan akan timbul
18.3.2019 - penyelarasan format penulisan [Buku] --> [JomBaca}
------ Blog, mula! ------
Sedang beraya di rumah, aku terperasan satu buku agama di rumah yang menarik perhatian aku..Penjelasan (di kulit muka belakang)
Buku yang membetulkan kisah-kisah 'tidak sahih' sering tersebar sekitar masjid dan surau.
Majoriti dalam kalangan masyarakat kini sering mendengar kuliah/ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kerna inilah antara medium untuk mendapatkan info atau ilmu dalam agama.
- Kisah Rasulullah s.a.w dengan jiran Yahudi
- Kisah Al-Qamah
- Adakah umat Islam berpuasa ketika perang badar
- Umar Al-Khattab berhijrah secara terang-terangan
Buku ini bukan mahu memberi tanggapan negatif terhadap program ilmu yang dianjurkan oeh masjid/surau, tetapi sekadar meluruskan kisah-kisah mengenai Nabi atau sahabat Nabi. Kita tidak mahu nabi dan para sahabat Nabi menjadi bahan fitnah hingga wajah agama menjadi hodoh..
Ayuh, mari membelek buku ini agar segala persoalan terjawab dan menghilangkan sisa jahil yang tak bertepi.
"Sesungguhnya ubat daripada kejahilan itu adalah bertanya" [HR Imam Abu Daud]
Markah (peribadi) : 4/5
Komen (peribadi) - Jadi aku baca la salah satu kisah daripadanya..Fokus - perbahasan kisah "Rasulullah s.a.w dengan Jiran Yahudi"
Kisah ini berkisar tentang Rasulullah s.a.w pernah berjiran dengan seorang Yahudi (ada kisah yang menyatakan lelaki, ada kisah yang menyatakan perempuan) yang mana si Yahudi ni sering menyakiti hati Rasulullah termasuk membuang duri dan sampah ke rumah Baginda, memaki hamun dan lain-lain.. Rasulullah s.a.w bersikap lemah lembut dan tidak membalas semua kejahatan tersebut, sehingga satu masa ni si Yahudi jatuh sakit dan tidak lagi mengganggu Rasulullah s.a.w. seperti biasa. Maka Rasulullah s.a.w berasa pelik (sebab tak diganggu) lalu menziarahi si Yahudi. Rupanya didapati si Yahudi memang benar-benar jatuh sakit, maka Rasulullah s.a.w. pun bantu menguruskannya. Barulah si Yahudi menyedari bahawa Baginda memang benar-benar seorang Rasul yang mulia lalu si Yahudi pun masuk Islam (ucap syahadah).."
Demikianlah kisahnya. Dan selalunya kisah ini akan dikaitkan dengan dalil
"Dan tidaklah sama (kesannya & hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh perasaan permusuhan terhadapmu, dengan serta merta menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" (Surah Fusilat 41:34)------------------------------------------------
Jujurnya aku macam pernah dengar juga la, tapi entah mengapa aku tak begitu terkesan dengan cerita ini ^-^! memang ada nasihatnya, tapi kesannya tak begitu mendalam dalam jiwa.
- Boleh kata aku lebih tertarik pada contoh situasi yang lain, seperti yang aku tulis dalam post sifat pemaaf
- Serta aku mempunyai peristiwa peribadi musuh menjadi sahabat dengan kesan yang lebih mendalam
"Rasulullah s.a.w tinggal berseorangan diri ke? Kenapa takde penglibatan sahabat atau isteri pun dalam cerita ni?"Tapi takde la nak kemukakan, dikhuatiri aka----n dilabel 'tak bersetuju dengan cerita nabi atau suka mempersoalkan cerita nabi'
"Ni cerita nabi kot.. Jangan nak banyak soal la.." "Persoalan tu tak penting, yang penting mesej cerita ni nak bagi pengajaran tentang apa.."Mungkin dengan 'missing query' ini aku tidak begitu ingat akan cerita ni kot ^-^!
Tapi sampai la aku juga buku ni baru aku sedar akan perbahasan yang timbul..
------------------------------------------------
Antara perbahasan yang dibincangkan berkenaan kisah ini ialah
(1) "Benarkah kisah ini pernah terjadi? Adakah terdapat sebarang riwayat Hadith oleh sahabat/ keluarga Rasulullah s.a.w (sebagai saksi / menjadi bukti benarnya peristiwa ini)?Setakat ini, kisah yang dikhabarkan adalah kisah semata-mata. Tiada sokongan dari mana-mana dalil pun. Atau cara lain untuk mengesahkan kebenaran, persoalan seterusnya ialah..
(2) "Adakah kisah ini berlaku ketika di Mekah? atau Madinah?"Kalau andaian berlaku di Mekah, maka orang Yahudi bukanlah penduduk asal di Mekah (penduduk asal ialah kaum Quraisy), adakah orang luar berani bertindak secara sebarangan terhadap Nabi yang merupakan penduduk asal Mekah?
Kalau andaian berlaku di Madinah (ya, di Madinah ada orang Yahudi) tapi lebih banyak persoalan akan timbul
- Adakah benar-benar Baginda berjiran dengan orang Yahudi?
- Adakah orang Yahudi begitu berani berlaku kasar dengan Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda orang penting di Madinah, serta Baginda dikelilingi oleh sahabat yang hebat sepert Saidina Umar r.a (yang berani mempertahankan baginda)
- Apakah peranan para sahabat/keluarga dalam menghadapi situasi ni? (Takkan takde sahabat datang melawat Nabi atau isteri Nabi yang bersama menghadapi peristiwa tersebut)
Perbahasan tentang ini juga terdapat dalam laman web Islam Q&A
--------------------------------------------------
Menarik kan perbincangan ini? Semakin lama kita menuntut ilmu, semakin banyak yang tak diketahui lagi sebenarnya.. ^-^! Allahu akbar
"Jom baca buku ni.."
Ulasan