Bulan Al-Quran
Sedikit retrospektif, sebab terlambat sedangkan bulan ramadhan dah masuk sepuluh terakhir ^-^!
Aku lupa untuk amal 'perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan'. Sebaliknya aku hanya baca sepertimana rutin bersama isteri selepas subuh dan/atau marghrib.. Sehingga la bacaan kami sampai pada ayat berikut..
----------petikan berikut adalah daripada tazkirah sisipan dalam Al-Quran, kebetulan aku lalui bersama isteri--------
Tadabbur Al-Quran ertinya memusatkan (fokus) hati kepada makna-maknanya, memusatkan (fokus) fikiran untuk mengamati dan memikirkannya. Inilah maksud diturunkannya Al-Quran dan bukan sekadar membacanya, tanpa memahami, mendalami, dan perhatian. Sebagaimana firmanNya antara lain:
Tidak ada yang lebih bermanfaat bagi hamba di dunia dan di akhirat selain daripada mendalami dan memperhatikan makna ayat-ayat Al-Quran kerana makna-makna ini akan
Maka hati aku tersentak selepas tazkirah tersebut masa tu malam 15 Ramadhan, dan kebetulan esoknya isteri 'cuti', maka aku pun cuba untuk amal 'perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan'.
Fokus - Ramadhan Bulan Al-Quran (sumber rujukan untuk entri kali ni adalah Blog Nawawi/RamadhanBulanQuran)
Bulan Ramadhan adalah istimewa kerana padanya diturunkan kitab Al-Quran
Aku lupa untuk amal 'perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan'. Sebaliknya aku hanya baca sepertimana rutin bersama isteri selepas subuh dan/atau marghrib.. Sehingga la bacaan kami sampai pada ayat berikut..
"Tidakkah mereka hayati Al-Quran atau apakah hati mereka sudah terkunci?" (Surah Muhammad 47:24)Ayat ini di-highlight dan disertakan dengan tazkirah sisipan seperti berikut (copy paste je). Oh ya aku kemaskan menjadi point-form supaya tak pening baca panjang-panjang..
----------petikan berikut adalah daripada tazkirah sisipan dalam Al-Quran, kebetulan aku lalui bersama isteri--------
Tadabbur Al-Quran ertinya memusatkan (fokus) hati kepada makna-maknanya, memusatkan (fokus) fikiran untuk mengamati dan memikirkannya. Inilah maksud diturunkannya Al-Quran dan bukan sekadar membacanya, tanpa memahami, mendalami, dan perhatian. Sebagaimana firmanNya antara lain:
"Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka." (Surah Taha 20:113)
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad 38:29)
"Tidakkah mereka hayati Al-Quran atau apakah hati mereka sudah terkunci?" (Surah Muhammad 47:24)Al-Hassan berkata, "Al-Quran diturunkan agar diperhatikan dan diamalkan. Maka, amalkanlah apa yang kamu baca daripadanya."
Tidak ada yang lebih bermanfaat bagi hamba di dunia dan di akhirat selain daripada mendalami dan memperhatikan makna ayat-ayat Al-Quran kerana makna-makna ini akan
- Menunjukkan tanda-tanda kebaikan dan keburukan dengan segala hiasannya
- Menunjukkan jalan sebab daripada kebaikan dan keburukan, meneraskan kunci-kunci kebahagiaan dan ilmu yang bermanfaat
- Meneguhkan sendi-sendi iman di dalam hati dengan memperlihatkan gambaran dunia dan akhirat, syurga dan neraka,
- Memperlihatkan keadaan pelbagai umat, keadilan Allah dan kurniaNya, apa yang dicintai dan dibenciNya,
- Menunjukkan jalan yang membawa kepadaNya
- Memperlihatkan tingkatan-tingkatan orang yang berbahagia dan menderita, pelbagai manusia dan golongannya.
- Memperkenalkan Allah dan jalan yang membawa kepadaNya,
- Menunjukkan apa yang diserukan oleh syaitan dan jalan yang membawa kepadanya, dan akibat yang bakal diterima orang yang memenuhi seruan ini.
- Mengetahui akhirat seakan-akan dia berada di sana dan tidak lagi berada di dunia ini
- Boleh membezakan mana yang benar dan mana yang batil dalam perkara-perkara yang diperselisihkan (sehingga jelas nyata yang benar itu benar dan yang salah itu salah).
- masalah tauhid dan penjelasannya,
- Ilmu tentang Allah dan sifat-sifat kesempurnaanNya
- Sifat-sifat kekurangan yang dijauhkan darpadaNya
- Pengenalan hak-hak hamba dan hak-hak yang menuntut mereka
- Iman kepada malaikat
- Apa yang telah disiapkan Allah bagi musuh-musuhNya, berupa pengumpulan seksaan
- Perintah dan larangan
- Syariat dan qadar, hukum halal dan haram,
- Nasihat dan peringatan, kisah-kisah dan permisalan
- lain-lainnya...
Maka hati aku tersentak selepas tazkirah tersebut masa tu malam 15 Ramadhan, dan kebetulan esoknya isteri 'cuti', maka aku pun cuba untuk amal 'perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan'.
"Sempat ke tak agaknya ^-^! dah separuh ramadhan terlepas.."Oh ya, jom ulangkaji jap tentang..
Fokus - Ramadhan Bulan Al-Quran (sumber rujukan untuk entri kali ni adalah Blog Nawawi/RamadhanBulanQuran)
[jemput-jemput melawati blog tersebut untuk bacaan penuh yang bermanfaat]
Bulan Ramadhan adalah istimewa kerana padanya diturunkan kitab Al-Quran
“..Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang batil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr. Tahukah kamu apa dia malam al-Qadr? Malam al-Qadr adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr, 97: 1-3)Sesuai dengan keistimewaan bulan Ramadhan dan Al-Quran, maka bulan Ramadhan juga dikatakan sebagai bulan Al-Quran. Jadi pada bulan ini, umat Islam digalakkan agar bertadarus (baca/ulangkaji/hayati/semak bacaan) Al-Quran, bahkan lebih daripada zikir-zikir yang lain, seperti mana hadith
“Anjuran supaya memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan. Kerana membaca al-Qur’an itu lebih utama dari zikir-zikir selainnya. Sekiranya zikir itu lebih utama atau sama nilai keutamaannya tentu Malaikat Jibril dan Rasulullah telah melakukannya (pada bulan Ramadhan).” (Fathul Bari, 1/31)Maka dengan sebab itu marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran. Adanya nasihat agar membaca 1 juzuk 1 hari/malam --> satu bulan bersamaan 30 juzuk (khatam!)
antara cadangan dalam usaha untuk mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan.. |
"Maka dengan itu, aku masuk gear laju sikit baca Al-Quran.." ^-^!-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi banyak rupanya berkenaan Al-Quran ni rupanya. Kena ulangkaji balik, jadi aku pergi ke kedai buku untuk cari yang buku yang boleh membantu aku..
ok, buku ni menarik perhatian. Beli satu! |
Some other stream of thought
Antara siri Nasihat lain boleh rujuk sini --> Nasihat (page)
- Jadi baca banyak-banyak disertai terjemahan memang ambil masa yang lebih dari biasa. Alhamdulillah aku diberikan kelapangan buat masa ni. Cuma bayangkan, sehari baca 20 halaman, ada mesej-mesej nasihat ayat yang menarik pada halaman 5,8,13 (contoh), tapi aku skip dulu (dalam proses hadam makna) sebab nak habiskan sampai halaman 20 kuota. Yang mana kemudiannya dah habis 20 halaman, nak cari balik tak ingat pulak ayat mana >_<! penat nak selak satu-satu semula..
"Ada idea cadangan tak bagaimana nak memperbaik agar manfaat Al-Quran & Ramadhan tak disia-siakan?" --> boleh tulis dalam ruangan komen untuk manfaat bersama, terima kasih
- Untungnya orang Arab sebab Al-Quran itu dalam bahasa mereka, jadi mereka tak begitu strugle perlu kepada terjemahan (mungkin perlu sedikit-sedikit tafsiran mendalam)
Sebab itu lah pentingnya belajar bahasa Arab |
Mereka kata: "kasihannya (bagi) siapa yang tidak mengetahui (bahasa) Inggeris, tentunya dia menghadapi kesusahan dalam memahami perkataan manusia"
Dan aku kata: "kasihannya (bagi) siapa yang tidak mengetahui (bahasa) Arab, tentunya dia menghadapi kesusahan dalam memahami perkataan 'Tuhan' manusia" - entri blog sendiri language barrier
- Cakap pasal bahasa Arab, teringat aku pada seorang kawan sekolah dulu. Dia sangat pandai bahasa Arab. Pernah aku tanyakan padanya kenapa..
-----------------------------
wanted epsisod 65 berkisar flashback tentang inspirasi belajar bahasa Arab dari seorang kawan (baik?) ^-^!
Antara siri Nasihat lain boleh rujuk sini --> Nasihat (page)
Ulasan