'Nobita' dalam Al-Quran

Maaflah, sejak entri yang lalu aku agak rush tilawah Al-Quran sempena bulan Ramadhan, jadi tak ada masa sangat nak tulis/ publish post blog walaupun ada idea & bahan..

Tapi baru ni sedang menyelusuri makna bacaan Al-Quran, aku jumpa ayat ni..
"Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Fath, 48:29)
^-^! Pada awalnya aku tertarik pada ayat ni atas faktor yang 'sedikit santai', tapi bila dicari-cari kupasan tentang ayat tersebut, maka timbulnya nasihat bernada serius (sumber rujukan entri ini adalah dari Majlis Ulama Isma/petikan alfath 29)..

PENTING! - Mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk bincang secara mendalam, jadi aku buat sedikit rumusan ringan saja. Untuk pemahaman yang lebih mendalam, disarankan mencari lagi dari pelbagai sumber lain / atau sambung ke pautan yang tertera..

------------------------------------------------------------
  • Latar belakang ayat ni lebih memerihalkan kisah perjanjian damai Hudaibiyyah yang mana pada akhirnya membawa kepada pembukaan kota Mekah.
  • Nabi Muhammad SAW ialah Rasulullah. Frasa ayat tersebut berkait rapat dengan ayat sebelumnya iaitu
"Dialah Yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa kebenaran dan agama yang haq untuk memenangkannya atas agama-agama yang ada seluruhnya. Cukuplah Allah sebagai saksinya" (Surah Al-Fath 48:28)
  • Nabi & orang-orang bersamanya keras terhadap kafir (musuh Islam) - Pernyataan ini mungkin lebih sesuai apabila dikaitkan dengan pendirian dalam berurusan (dan bukannya layanan terhadap mereka). Juga dijelaskan dalam pautan tersebut, sifat 'keras' ini bukanlah atas faktor sentimen, racist, peribadi dan dendam. Sebaliknya sifat 'keras' tersebut adalah atas faktor keagamaan (misalnya musuh Islam menghalang usaha dakwah, tidak beriman dengan Allah & Rasul dll)
“Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu” (Surah at-Taubah 9:123).
  • Terhadap sesama mukmin, Rasul & orang-orang yang dekat dengannya sangat kasih & belas kasihan. Mereka saling bantu-membantu dan mengukuhkan antara satu sama lain..
"Orang mukmin bagi orang Mukmin lainnya adalah seperti bangunan dimana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” [HR Bukhari]
-----------------------------------------
  • Mereka tetap beribadat dan sujud, yang mana terdapat tanda sujud pada mukanya. Namun, ramai yang beranggapan tanda sujud adalah tanda hitam di dahi sebab dah sujud terlalu lama. 
"Aku pun fikir macam tu juga pada mulanya. Tapi bila fikir dalam-dalam, perkara Islam ini lebih kepada kepada hal keimanan dan keyakinan kepada Allah, biasanya takde benda-benda bukti fizikal ni (macam pahala solat jemaah, solat di masjid, solat di saf pertama, puasa, syurga & neraka --> semua situasi lebih kepada keyakinan semata-mata, tak ternampak oleh mata..). Maka kemudiannya baru la aku terjumpa di laman sosial tentang tanda ni.
“Sesungguhnya umatku pada hari itu berwajah putih bersih kerana (bekas) sujud dan kerana (bekas) wudhu’.” (HR Ahmad bin Hanbal, bertahap sanad yang sahih) [HR Tirmizi, sahih] 
Bacaan penuh sila rujuk (Petikan) Hitam di Dahi Tanda Sujud?"
 --------------------------------------------------

NOTA - penjelasan berikut hanya andaian & spekulasi semata-mata ^-^ mulai dengan copy paste dulu sebahagian ayat tadi..
  • "..dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak tunasnya, lalu anak tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya..."
Bila diteliti, aku rasa permisalan yang digambarkan dalam Al-Quran ini menarik dan indah. Perbandingan hanya dengan pokok tanaman itu sendiri mempunyai pelbagai maksud tersendiri..

Gersang macam mana pun persekitaran, tiba-tiba boleh tumbuh pokok pula ^-^ Allahu akbar

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." (Surah Al-Baqarah 2:164)

  • Walau macam mana gersang pun persekitaran, pokok tanaman boleh tiba-tiba tumbuh --> dalam situasi genting macam mana pun, orang Islam masih boleh survive lagi. 
  • Pokok yang mengeluarkan anak tunas --> merujuk kepada situasi orang islam saling berkasih sayang dan membantu mengukuhkan antara satu sama lain (menyebarkan Islam)
  • lalu anak tunas itu menyuburkan lagi sehingga ia menjadi kuat --> orang islam yang saling membantu menyebabkan agama Islam itu semakin kuat 
  • lalu ia tegap berdiri dengan keadaan yang mengagumkan --> situasi Islam sedang memuncak dan akhirnya membuatkan semua orang berasa kagum dengan kegemilangan Islam. Mungkin juga boleh katakan, ia tegap berdiri walaupun diancam pelbagai halangan
  • kalau berlaku pembalakan / bencana alam yang musnahkan segalanya.. --> pokok akan terus berusaha mengekalkan kemandirian dan tumbuh semula
Allahu akbar~

----------------kemudiannya baru masuk bahagian santai sikit ------------------------

 
picture credit to Doraemon wikia

Permisalan yang digambarkan menarik perhatian aku. Sebab selain ayat Al-Quran ni, kebetulan aku jumpa satu lagi situasi yang menggunakan permisalan yang sama iaitu nama penuh Nobi Nobita dalam kartun Jepun Doraemon. Terdapat satu episod pendek [The Day of My Birth] berkisar tentang hari kelahiran Nobita serta maksud namanya.
"Nobita dimarahi teruk oleh ibu bapanya kerana malas belajar sehingga pada satu tahap dia sangka dia bukan anak kandung mereka. Maka Doraemon pun bawa dia merentas masa ke hari lahirnya untuk menunjukkan hal yang sebenar.."" - aku pernah tulis rupanya dulu dalam entri Aku suka Doraemon
Nobita sebenarnya berasa pelik dan tak puas hati kenapa dia dinamakan sedemikian [Nobi Nobita]. Jadi barulah dia terdengar penjelasan bapanya. Jom tengok video klip babak tersebut:


Juga terdapat penjelasan daripada seorang cendekiawan Jepun tentang maksud nama Nobita ni (rujuk pautan Quora/What does the name Nobi-Nobita imply?)
"Nampak tak kepentingan maksud nama? Kita kalau nak bagi nama bukan saja-saja dan sedap sebut, tapi maksud di sebalik nama harapnya menyerlah dan seiringan.. ^-^
Kembali ke tajuk utama, jadi nampak macam kebetulan pula kedua-dua situasi ni. Kalau tengok ayat ni, perumpamaan ni juga disebutkan dalam kitab Injil (Bible), mana la tau kot-kot karyawan Doraemon ni pernah terbaca kitab Injil/Quran kat sana jadi dapat ilham dalam karyanya ^-^ i wonder..
"Tapi watak Nobita itu lemah, bodoh, penakut, pemalas, selalu datang lambat, ditindas orang dll. Mana boleh nak disamakan dengan umat Islam.."
Jadi aku berpendapat; demikian juga situasi umat Islam sekarang (oleh kerana umatnya tidak mengamalkan nilai Islam dengan betul), maka umat Islam juga nampak lemah & tidak hebat oleh orang lain. (malas belajar, selalu datang lambat, mungkir janji, selalu ditindas dan banyak lagi..). Jadilah umat Islam dipandang rendah oleh orang lain.
Jadi marilah kita bersama; amalkan nilai & pegangan Islam dengan betul dan kukuh, insya-Allah, kita akan jadi tinggi, hebat dan kuat..







    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Kamus bahasa melayu Sarawak

    Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

    Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)