Adab-adab membaca Al-Quran
Saja-saja aku nak share sedikit ilmu yang aku belajar dari buku tersebut, maka aku salinkan ke dalam blog ini..
Fokus - adab-adab membaca Al-Quran [sumber rujukan Bab 12 /halaman 296-302 dari buku yang sama]
- Berniat Ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Niat menjadi penentu terhadap sesuatu perkara itu menjadi ibadah atau tidak
- Bersiwak (gosok gigi) sebelum mula membaca Al-Quran
"Sekiranya tidak menyusahkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka dengan siwak"
- Suci dari hadas dan haid (perempuan) [nota - haram memegang & membawa Al-Quran dalam keadaan berhadas]
- Membaca Ta'awwuz iaitu kalimah A'uzibillahi minasy-syathonir-rajim)
"Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah s.w.t daripada hasutan syaitan yang direjam" (surah An-Nahl 16:98)
- Menghadap arah kiblat ketika membaca Al-Quran
- Membaca dengan penuh penghayatan (dengan mentadabbur setiap ayat yang dibaca). Hayati setiap maksud dan terjemahan bagi setiap ayat yang dibaca
- Membaca Al-Quran dengan tertib, iaitu mendahulukan apa yang dahulu dan menkemudiankan apa yang kemudian
- Memuliakan Al-Quran dengan meninggikan kedudukannya ketika dibaca (iaitu tidak meletakkan terlalu bawah seperti di atas lantai. Ketika menyimpannya, letak Al-Quran di tempat yang tinggi)
- Membaca Al-Quran dengan tartil, cermat dan tidak tergesa-gesa, gopoh atau terlalu cepat untuk menghabiskan..
"Barang siapa yang membaca Al-Quran (mengkhatamkannya) dalam tempoh kurang daripada 3 hari, bererti dia tidak memahami" [HR Ahmad dan Ashabul Sunan]
- Mengucup atau mencium Al-Quran sebagai memuliakannya
- Membaca Al-Quran di tempat yang bersih, tenang dan baik. [nota - jangan membaca di tempat yang kotor seperti tandas, tempat pembuangan sampah, bising, tidak bersih dll]
- Membaca Al-Quran dengan menjaga hukum tajwid, makhraj serta menjelaskan sebutan setiap huruf. Di samping itu, berusaha melagukannya dan menghiasinya dengan suara yang baik.
"Hiasilah Al-Quran dengan suaramu" [HR Ahmad, Ibnu Majah, dan Al-Hakim]
- Berdoa setelah membaca Al-Quran [nota - antara waktu mustajab untuk berdoa adalah selepas membaca Al-Quran]
- Memakai wangi-wangian ketika membaca Al-Quran (kerana dapat menambah suasana damai & khusyuk)
- Tidak membaca Al-Quran dengan kuat dan keras di tempat ramai orang.
"Orang yang secara terang-terangan (di tempat orang yang ramai) membaca Al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedeqah" [HR Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad]
- Berusaha untuk membaca Al-Quran sehingga menimbulkan kesan dalam hati (berusaha untuk menangis apabila bertemu ayat-ayat yang menceritakan tentang azab, seksaan, ancaman serta gembira bertemu ayat-ayat yang menceritakan nikmat & cerita-cerita yang baik)
"Dan mereka segera tunduk itu sambil menangis, sedangkan Al-Quran menambahkan mereka khusyuk" (Surah Al-Isra' 17:109)
"Bacalah Al-Quran dan menangislah. Kalau kamu tidak menagnis, maka usahakanlah untuk menangis kerana ayat yang kamu baca." [HR Imam Al-Bazzar]
- Ketika mendengar seseorang yang sedang membaca Al-Quran, maka dengarlah dengan penuh penghayatan, tidak berkata-kata sehingga hilang fokus dan dengarlah dengan penuh tenang dan baik
"Dan Apabla Al-Quran itu dibacakan, maka dengarla akan Dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya) supaya kamu beroleh rahmat (Surah Al-A'raf 7:204)"---------------------
Best buku ni, carilah di kedai buku Popular/MPH
Ulasan