Hikmah setiap takdir
Bismillah, saja aku kongsi semula dalam blog ni apa yang dikongsi di laman sosial baru ni.. saja tukar cara penyampaian sikit.. Jom tengok klip video ini terlebih dahulu..
spoiler alert! klip video di atas memaparkan seorang hamba Allah dalam perjalanan ke satu destinasi. Sikit je lagi nak sampai destinasi, tiba-tiba kereta yang dipandunya meragam dan rosak. Hamba Allah ni memberontak kecewa meraung akan hakikat yang terjadi. sehinggalah dia mengetahui akibat yang bakal dihadapi sekiranya dia sampai ke destinasi jika tidak rosak. Maka serta merta dia tunduk sujud bersyukur
Maka demikianlah juga kebanyakan situasi kehidupan kita. Ada masa kita merancang sesuatu aktiviti/perjalanan, namun terkadang rancangan kita itu tak berjalan lancar. Misalnya..
Jadi, selamat beramal..
-----------------------------Nota Kaki-------------------------

- Terkadang adanya kita berharap kita akan lulus ujian atau temuduga tapi hanya Allah yang lebih tahu di sebalik lulus gagal tersebut
- Selalu kita berharap cuaca baik esok hari untuk aktiviti kita (ASTRO/berkelah/ jogging/ kerja), tapi ada masanya hujan lebat dsb.
- Pergi kedai nak beli barang/ makanan, rupanya dah habis (takde stok)
- Selalu berharapkan rezeki jodoh/anak cepat, tapi tak dapat-dapat lagi..
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah 2:216)
Jadi, selamat beramal..
-----------------------------Nota Kaki-------------------------
- Seperti mana gambarajah nasihat ni adalah sama seperti entri decisions, decisions.. aku rasa macam sesuai je entri ni adalah kesinambungan dari entri tersebut
- Antara mesej nasihat lain boleh rujuk Koleksi Nasihat
Ulasan