musuh jadi sahabat

Catatan kemaskini
8.2.2019 - pertukaran salah satu perenggan menjadi tulisan jawi (sempena memartabatkan tulisan jawi). Selamat menelaah jawi ^-^

---------- Blog, mula di sini! ----------

Dah lama tak melukis komik sendiri, sehingga baru-baru ni aku menyambung semula sejak sekian lama ditinggalkan. Pada masa ni aku baru sahaja menyiapkan episod 90, tapi semasa proses pembuatan aku perlu meneliti episod-episod lama agar penceritaannya selari lagi tidak bercanggah.. Tengah baca-baca semula aku teringat akan satu babak yang pernah berlaku pada masa dahulu.. Jom tengok lukisan berikut:


Fokus - musuh bertukar menjadi sahabat
Kalau nak diulang semula cerita ni (beserta lebih perincian), meh aku khabarkan (^-^ nama sebenar disembunyikan);
kisah ni aku sematkan dalam episod88
ڤد سواتو كتيك دولو, اكو إيڠين ساڠت بركاون بإيق دڠن سي-ع إين. ڤد مولاڽ ترداڤت سديكيت كڤنتيڠن ڤريبادي (سبب اكو نق تيڤس بلاجر سوبجيق بهاس عراب درڤدڽ, لنترن سي-ع ساڠت ڤنداي) كموديانڽ كامي ده جادي كاون راڤت. تاڤي, تق لام لڤس إيت تيبا٢ كامي برݢادوه سهيڠݢا اكو دان تق لاݢي برتݢور ساڤ. بهكن سي- مولا مڠيلق دري برتمبوڠ دڠن اكو. كأداءن إين برتروسن ستاهون لبيه لامڽ
ميمڠ اكو سديه دڠن اڤ يڠ برلاكو. اكو برأوسها إونتوق بربإيق دڠنڽ تاڤي  تق برجاي لڠسوڠ... اكو همڤير ڤوتوس اسا دبواتڽ... سهيڠݢاله سواتو ماس كامي سموا اد ڤروݢرم سكوله بوات صلاة PMR حجة د مسجد نݢارا سمڤنا ڤڤريكسأن  
..سي-ع دتيمڤا مصيبه يڠ مان سليڤرڽ هيلڠ دأمبيل أورڠ 
Pada masa ni, reaksi biasa kebanyakan orang adalah dia membalas semula on the spot, iaitu ambil sahaja selipar siapa-siapa pun.. Janji ada selipar --> begitulah pendapat aku pada masa tu..
نامون سي-ع إين تق سڠݢوڤ بربوات دميكيان. سباليقڽ داي ريضا دڠن أجيان ترسبوت لالو ڤوڠ دڠن بركاكي ايم سهاج
Melihat/ mendengarkan babak itu, serta-merta sejuk rasa hati aku terhadap si A ni. Segala rasa tak puas hati dan permusuhan aku terhadap dia seolah-olah 'disiram air sehingga padam'. Aku berpendapat si A ni bukan sahabat yang sebarangan (berdasarkan babak tadi dan kesannya terhadap aku), maka sejak itu aku sedaya upaya untuk kembali berbaik dengannya..
"Jadi aku jugak la yang kena berusaha untuk berbaik dengannya, sampai la akhirnya berjaya jugak kami bermaafan (mungkin sebab PMR kot..)
Other stream of thought
Menariknya dewasa ni, ketika aku menelaah maksud-maksud ayat Al-Quran, aku terjumpa ayat berikut:
"Dan tidaklah sama (kesannya & hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh perasaan permusuhan terhadapmu, dengan serta merta menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" (Surah Fusilat 41:34)
Macam kena pula dengan situasi aku tersebut. Allahu akbar~ dan Alhamdulillah kerana diberikan kesan sebegini.. ^-^

------------
Dan tak semena-mena aku bagi tips kepada seorang anak muda ni pada masanya bermula sekolah asrama..
"Be kind to all your friends.. even some of them may don't like you in the first place. But suprisingly you may become close friend before you know it.. " 
---------------
Antara nasihat lain sila rujuk page --> Nasihat (ada pada tab blog ni sebenarnya)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)