Cebisan kenangan (Supplementary Team)

Nota - Oleh sebab entri ni dilabel 'diari', maka semuanya berkenaan dengan cebisan kenangan sepanjang aku mengharungi kehidupan. Sebab musabab aku sentiasa mengimbau kenangan boleh dirujuk semula entri nostalgia ^-^! Apa-apa pun dah kata ini diari, maka segala isi kandungan lebih kepada pendapat persendirian.. 

Fokus - UNIMAS Supplementary arc (9 April 2012 - 12 Oktober 2012)
watak utama musim kali ni ada sepuluh orang semuanya ^-^
Sesi supplementary ni adalah sebagai ulangkaji tambahan bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan akhir FPE2012. Jadi tahun ni disertai oleh 9 orang semuanya (termasuk aku): Anthony, Prem, Anuar, Najib, Izzat, iLa, Hazira, Ira. Kemudian ada seorang lagi senior yang turut serta iaitu Pang. Seminggu je cuti recovery sebelum kembali memulakan sesi supplementary ni. Pada permulaan, semua nampak bersedih atas kegagalan lalu. Setidaknya, aku dapat nampak dalam diri setiap kawan-kawan ada sedikit semangat untuk terus berusaha.. Go,go, go my friends ^-^ let's succeed together this time.. Tapi suasana jelas berbeza bagi aku setiap pagi sebab takde lagi adegan berikut:
"Legend! Nak pergi dah?? " - Afiq yang selalu ajak berjalan sama-sama ke kelas
"Legend! Asyik nak mempermainkan 'orang biasa' saja" - Luqman, bekas roommate aku
"Memang hebat! Sempat lagi tengok anime" - Ikhwan yang selalu studi di sebelah aku 
Tu la dia. Tak sangka aku turut terkesan dengan memori-memori ni. Huhu rindunya dengan kawan-kawan semua ni. buat rasa depressed sikit untuk memulakan hari-hari baru di Supplementary. Namun, alhamdulillah adanya kawan-kawan untuk berkongsi nasib ^-^
----------------------------------------------<April 2012>------------------------------------------------

Dimulai dengan posting Paediatric (kanak-kanak) jadual kelasnya paling free sekali: dapat satu BST je sehari (3 kali seminggu) dan baki harinya dalam seminggu ada sesi discussion dengan pelbagai lecturer. Dan diakhiri dengan latihan ujian.
"Terima kasih kepada para lecturer Paeds (UNIMAS) atas tunjuk ajar dan penat lelah mengajar kami: Dr Ameen, Dr. Wai Wai Shin, Dr. Htwe Htwe Sein, Dr. Chin, Dr Andy, Dr. Sabai, Dr. Khin Khin Naing, Dr. Josephine. Dr. Hla Hla Mint.."
  • Sementara dalam posting Paeds tersebut, kami meluangkan hari minggu untuk lebih menenangkan fikiran dari kesedihan lalu. Destinasi masa tu iailah Taman Rimba Semenggoh. Saja-saja tengok orang utan dan haiwan lain.. Serta pergi celup kaki di kolam air panas yang berhampiran..
  • Satu lagi peristiwa (persendirian) yang berlaku ketika posting ni ialah kereta kena pecah masuk ketika jogging pagi hari di Taman Budaya >_<! Sejak itu juga aku mula guna nombor telefon 019-487xxxx.. 
"Terima kasih sangat kepada iLa & Ira yang beri sokongan dan bantuan pada masa tu. Terharu tapi rasa macam menyusahkan pula." 
-----------------------------------------------<Mei - Jun 2012>-------------------------------------------

Kini posting O&G, dah mula sibuk! Jadual kelasnya tak ubah macam masa Year 5 dulu.. dalam 2 hari akan ada 3 slot BST dan satu slot discussion. >_<! memang penat posting ni. Teringat lagi masing-masing dengan muka tersendiri kena mendengar BST seorang doktor yang panjang lebar ni.. sementara itu kena cari time nak clerk patient lagi ^-^!
"Terima kasih atas prihatin lecturer O&G (UNIMAS) yang tak putus-putus berusaha mengajar kami: Dr. Soe Lwin, Dr. Yee Yee Kyaing, Dr. Saw Moo K'Baw, Prof Jenny, Dr. Khin, Dr. Khine." 
  • Bulan ini adalah bulan penstabilan semua inventory aku sejak kecurian lalu. Agak struggle juga pergi ke pelbagai tempat untuk menguruskan penggantian semula kad & barangan..
  • Tak lupa juga tarikh lahir aku pada bulan ini. Antara hadiah dari diri sendiri kepada diri sendiri ialah ialah sepasang baju baru ^-^ dan juga makan ramai-ramai dengan kawan kat tempat up skit.. 
Kemudian, akhir bulan 5 disambung dengan Psychiatric pulak 2 minggu. Bagi aku, posting ni memang kena fire dengan Prof Fadzillah sebab banyak kekurangan lagi ketika present case >_<! secara jujurnya, memang menguji kesabaran jugak.."Time ni, masing-masing kalau boleh tak nak present dengan doktor.. Last-last buat undi, aku antara yang kena.. >_<! Ni memang posting yang stress" 
"Namun, terima kasih kepada para lecturer (UNIMAS) yang setia menyumbang keringat dan ilmu kepada kami iaitu Prof Fadzilah, Dr. Siti Raudzah, Dr. Yasmin"
------------------------------------------------<Jun - Julai 2012>----------------------------------------

Bulan 6 diisi dengan posting Medical. Jadual agak rileks semula iaitu seminggu ada 3 slot BST je. Baki masa tersebut adalah lebih kepada studi sendiri. Teringat lagi, kami semua ramai-ramai ke Cardiac Centre untuk practice CVS examination dengan Dr Asri ^-^ Masa ni aku pulak jadi ketua kumpulan, sibuk menguruskan masa & tempat BST, alhamdulillah kawan-kawan bekerja sama..
"Kepada lecturer Medical (UNIMAS); Dr. Asri, Prof Thomas, Dr. Mint Aung, Dr. Rahadjo. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan"
"When patient present to you with jaundice, you have to consider all causes of jaundice.." - Dr. Asri 
  • Sementara itu, aku kekal berhubung dengan keluarga angkat aku di Sarawak. Walaupun program keluarga angkat dah lama tamat sejak 2008 lalu, tapi aku tetap ingin mengekalkan silaturrahim ini. Kebetulan mereka ada majlis, jadi aku pun turut serta menjadi sebahagian dari tuan rumah juga ^-^! sibuk je aku ni..
---------------------------------------------< Julai - Ogos 2012>------------------------------------------

Dah mula posting Surgery, posting ni tak kurang sibuknya. Kelasnya merangkumi BST dan juga discussion berkenaan sesuatu tema. Adoi, penat juga la..
"Jasamu tetap dikenang, wahai warga pendidik sekalian. Bagi lecturer (UNIMAS) posting Surgery; AP Kyi Kyi Win, Prof Khin Tun, Dr. Myo Nyunt, Dr. Nyi Nyi Naing, Dr. Yahya. Minta maaf atas segala bad attitude kami andai terkadang tak datang kelas atau lupa dan sebagainya.."
Pernah terlintas dalam kotak fikiran aku, mereka (para lecturer) ni bersusah payah meluangkan masa untuk ajar semula kami ni dan berharap kami akhirnya lulus dan bergraduan. Bila fikirkan sebegini, aku semakin bersemangat untuk berjaya.. 
  • Sementara itu, aku ambil kerja part-time sebagai guru tuisyen persendirian. Saja-saja cari pengalaman dan wang sikit. Di samping itu, mungkin si anak murid ini membantu aku mengukuhkan pendirian untuk terus berusaha ^-^! dan memang betul sangkaan aku ni.. Alhamdulillah~
-----------------------------------------------<Ogos 2012>-----------------------------------------------

Dan posting akhir Orthopedic ^-^ secara jujur, aku tak suka posting ni. Rasa macam susah je. Teringat aku BST Dr Brian, ingatkan kena prepare satu kes, tapi akhirnya setiap student kena present kes pelbagai sekali gus. Dikhabarkan posting ni tak termasuk dalam bahagian klinikal Exam Supplement kami.. Jadi mungkin sebab itu, kami semua agak tak berminat nak ulangkaji bab klinikal..
"Terima kasih kepada lecturer (UNIMAS) Dr. Brian, Prof Pan, Prof Annam, Dr. Chan, Prof Hatta yang turut memberi tunjuk ajar.."
Pernah satu ketika BST Dr Brian ni, aku rasa malas dan nak ponteng je sebab tak nak jumpa muka doktor tu, tapi bila difikirkan kawan-kawan lain yang berani datang dan berusaha kuat, jadi aku pun kuatkan semangat juga datang.. Terima kasih kepada mereka yang ada masa tu ;) Korang memang legend~

-------------------------------------------<September 2012>---------------------------------------------

Revision selama sebulan! Ni kalau studi sendiri, pastinya aku tertidur mengantuk ni.. Maka dengan sebab itu, aku berniat untuk menyertai studi bersama-sama ^-^ Walaupun sebulan lamanya, tapi entah kenapa aku rasa waktu ni macam pantas sangat berlalu..
antara babak studi bersama
  • Selain itu, Izzat ada buat majlis solat Hajat & bacaan Yasin di rumahnya sempena peperiksaan yang semakin hampir. Aku pulak yang kena jadi imam ^-^! huhu, takpe.. 
"Ya Allah, berilah kejayaan kepada diriku dan sahabat seperjuangan aku, khasnya ..........."
Pada dasarnya, cara studi yang aku amalkan ialah seperti yang dinyatakan dalam entri cara studi yang pelbagai (isi 1) dan cara studi yang pelbagai (isi 2). Terkadang, aku pun tetap de-motivated sebab banyak nak kena baca. Namun, fikirkan aku tak keseorangan serta semua orang pun turut berusaha, maka aku tetap melangkah ke hadapan..

Cepatnya masa berlalu. Kini, aku menghampiri episod akhir kisah di UNIMAS ^-^! semoga kali ni aku mendapat pengakhiran yang baik, bersama kawan-kawan..

---------------------------------------------<Oktober 2012>----------------------------------------------

Peperiksaan akhir supplement diadakan pada bulan ni.. Alhamdulillah, segala urusan nampak dipermudahkan.
  • MEQ dan OSCE - seolah-olah diberi ilham untuk baca last minute tentang sesuatu topik dan ia betul-betul keluar dalam peperiksaan. Bukan sekali, tapi 2-3 kali. Alhamdulillah~
  • MCQ dan BAQ - menariknya soalan tu paling susah.. tapi entah kenapa jawapan macam 'diberi' je.. ^-^! if you know what i mean
  • CLINICAL - tak bestnya aku turn paling akhir, maka tekanan berkumpul sehingga saat akhir. Namun, Alhamdulillah, perjalanan lancar..
Demikianlah keadaannya. Aku secara jujur dapat rasakan akan lulus, tapi peliknya tak dapat tidur sebelum keputusan dikeluarkan >_<! cemas tu tetap ada rupanya walaupun nampak dipermudah. Dan akhirnya....Alhamdulillah, syukur.. (Tentang hari keputusan dan keesokan harinya telah diperihalkan dalam entri sebelum induksi)
  • Adanya majlis konvokesyen kawan-kawan batch asal aku di main camp, maka aku pun turut berniat meraikan mereka dan diri sendiri
Jadi, aku meluangkan masa tambahan 2 minggu sebagai 'pelawat' di Sarawak. Jalan-jalan melihat alam, melawat keluarga angkat, menguruskan pos barang pulang ke rumah. Pada masa yang sama, kena jadi sweeper skit.. menghabiskan kekurangan yang kawan-kawan aku tertinggal dulu (mereka ni suka balik awal-awal ^-^! tau la lulus). Antaranya:
  • Tolong hantar kereta Hazira dan Anuar ke pelabuhan dan uruskan penghantaran kereta kembali ke semenanjung
  • Tolong pos lebihan bagasi iLa
  • Hantar borang pendaftaran MMC ira
Dan demikianlah, aku menghabiskan hari-hari akhir di Sarawak. Maka berakhirnya kisah studi di UNIMAS. Dalam 5 tahun ni, ternyata banyak kenangan manis yang aku akan cuba ingat semula bersama kawan-kawan. Insya-Allah, memori ini akan terus ku simpan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)