Silaturrahim
Hari ni hari rehat mingguan. Kebetulan pula kena dengan cuti tahun baru cina. Jadi boleh la ajak kawan-kawan keluar bersama. Kali (tarikh) ni aku berjumpa Izzuddin dan Luqman Hakim, kawan sezaman di Sekolah Rantau Petronas dulu (1996 - 2000). Pelannya cuma berjumpa, berkongsi perkembangan terbaru, makan tengah hari dan tengok wayang, semuanya berlaku di Suria KLCC
Kalau ikutkan, aku sejak berpindah ke Kuala Lumpur (2001), memang aku langsung terputus hubungan dengan kawan-kawan di Terengganu dulu. Ditambah lagi kehidupan sekolah menengah aku adalah berasrama (balik sekali-sekala) dan aku tidak membuat persediaan awal untuk berhubung kawan lama (eg. ambil alamat dan nombor telefon), tak dapat dinafikan aku jadi lupa langsung pada kawan-kawan zaman tersebut.
Namun, Alhamdulillah aku ada seorang kawan ni. Sangat setia berutus surat dengan aku, sehinggalah aku diperkenalkan dengan teknologi internet, maka setidaknya dia ni la antara kawan yang masih berhubung sehingga kini. Dan lebih menarik lagi, perhubungan dengan dia semakin membuatkan aku ingin ingat dan berhubung semula dengan kawan-kawan lama..
Firman Allah s.w.t dalam Kitab agungNya:
Sementara itu, ada hadith lain yang menyebut tentang kepentingan bersilaturrahim:
Dari Abi Bakrah r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Tidak ada dosa yang lebih berhak Allah segera turunkan akan seksa dunia dan menyimpan seksa untuknya pula di Akhirat iaitu derhaka (kepada orang tua) dan memutuskan silaturrahim" (Riwayat Tirmizi - Hadith bertahap Hassan)
Dari hadith ini pula, betapa memutuskan silaturrahim itu satu dosa yang berat sehinggakan Allah turunkan seksa dunia secepat-cepatnya ditambah lagi azab akhirat..
Berikut adalah beberapa panduan ringkas untuk menyambung silaturrahim (sumber asal Adab Silaturahmi Menurut Islam. Sila rujuk untuk bacaan penuh ^-^):

"Alhamdulillah ^-^ terima kasih Izzuddin atas nilai persahabatan yang baik ini. Insya-Allah, i'll treasure our friendship and 'copy' this good value, too.."Fokus - menyambung Silaturrahim
Firman Allah s.w.t dalam Kitab agungNya:
"Bacalah jika mahu, apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu berbuat bencana di muka bumi dan memutuskan silaturrahim. Mereka itulah yang dikutuki Allah, lalu Dia memekakkan pendengaran mereka dan membutakan pandangan mereka" (Surah Muhammad 47:22-23)Selain itu, terdapat juga hadith:
"Siapa yang ingin murah rezeki dan panjang umur serta terhindar dari keburukan, hendaklah ia takut kepada Allah dan bersilaturrahim"Hadith di atas menyebutkan kepentingan untuk bersilaturrahim terutamanya sesama Muslim. Melalui hadith tersebut, diperihalkan menyambung silaturrahim adalah antara unsur penting agar murah rezeki dan panjang umur. Kedua-dua isi tersebut secara aqlinya membuatkan individu sentiasa berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan terhadap masyrakat sekeliling, sekali gus memadamkan niat jahat atau hasad dengki masyarakat terhadap dirinya. Kesannya, wujudnya satu komuniti yang penyayang dan saling membantu antara satu sama lain. Manakala kesan yang lain Wallahu Aa'lam ^-^!
Sementara itu, ada hadith lain yang menyebut tentang kepentingan bersilaturrahim:
Dari Abi Bakrah r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Tidak ada dosa yang lebih berhak Allah segera turunkan akan seksa dunia dan menyimpan seksa untuknya pula di Akhirat iaitu derhaka (kepada orang tua) dan memutuskan silaturrahim" (Riwayat Tirmizi - Hadith bertahap Hassan)
Dari hadith ini pula, betapa memutuskan silaturrahim itu satu dosa yang berat sehinggakan Allah turunkan seksa dunia secepat-cepatnya ditambah lagi azab akhirat..
Berikut adalah beberapa panduan ringkas untuk menyambung silaturrahim (sumber asal Adab Silaturahmi Menurut Islam. Sila rujuk untuk bacaan penuh ^-^):
- Niat yang baik & ikhlas
- Mengharapkan pahala
- Memulai silaturrahim dari yang terdekat
- Mendahulukan silaturrahim dengan orang yang paling bertaqwa
- Mempelajari nasab dan mencari kaum-kerabat yang bersambung kepada seseorang dari kerabat jauh
- Tak berhenti berusaha untuk menyambung silaturahim
- Memulai dengan perbuatan yang baik (eg. sedeqah, ziarah dll)
- Menahan diri dari menyakiti perasaan orang lain
Jom, sama-samalah agar kita sentiasa menyambung silaturahim sesama ahli keluarga & kaum kerabat, juga terhadap kenalan dan sahabat handai dari pelbagai ketika perkenalan ^-^ Insya-Allah~
betul tu, demi silaturrahim ^-^ |
Other stream of thought
Kalau dalam situasi bergaduh sesama kawan, teringat aku akan hadith berikut:
"Tidal halal bagi seorang muslim memusuhi sesama muslim lebih dari 3 hari, kerana kedua orang yang saling bermusuhan itu beerti keduanya telah berpaling daripada hak selama bermusuhan. Dan yang lebih dahulu berdamai bererti tertebus dosanya, dan jika ia memberi salam tetapi tidak dijawab salamnya, maka akan dijawab oleh malaikat, sedang yang tidak menjawab diliputi oleh syaitan. Dan jika keduanya mati sedang dalam permusuhan itu maka keduanya tidak dapat masuk syurga selamanya" (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)Banyak kali aku sedar balik tentang hadith ini ketika mana aku berkonflik dengan sahabat. Tapi tak tahu la kenapa, meningkat remaja (dewasa) ni, ego tu sangat tinggi untuk bermaaf-maafan. Astagfirullah~ v_v secara jujur berkenaan hal ni, sukanya aku melihat peribadi anak kecil, walaupun bergaduh tapi mereka tetap bermaafan dan tak simpan dalam ^-^ Aku akan berusaha ke arah itu, insya-Allah.. Ayuh, kawan-kawan juga..
Ulasan