sempena 14.2

"Kamu ni dah ada girlfriend ke? Bila nak kahwin??"
"Syed! ramai member-member kita dah kahwin.. Kau bila lagi?"
"Doktor (medic) mesti ramai wanita-wanita yang cantik kan? Kau mesti ada sangkut dengan salah seorang punya la.. Citer la skit.." 
Demikianlah antara pertanyaan yang sering aku dapat sejak pulang ke rumah ni, lebih-lebih lagi kini dah berkerjaya. Baik dari ibu bapa, sanak saudara dan juga sahabat handai.. Aku sedar betapa mereka ni sedang prihatin dengan perkembangan semasa aku ^-^! alhamdulillah
sedutan dari episod 68 
"Teringat lagi masa muda-muda dulu, sebelum melangkah masuk ke sekolah menengah, entah mcm mana aku ada mindset nak cari awek seorang.. ^-^! tapi nampaknya sekolah berasrama lelaki masa tu (2001) telah menangguhkan perasaan tersebut.." 
Bukan sekejap tapi lama sangat tertangguh, sampai ke alam universiti pun aku dah 'lupa' tentang interaksi intim dengan perempuan ni ^-^! adoi, macam mana boleh jadi macam ni.. aku rasa mungkin dah lama tak terdedah kepada interaksi dengan kaum Hawa ni..

Selain itu (berbalik kepada entri eye contact) pada satu masa dalam kehidupan, aku membentuk satu pendirian untuk berhati-hati menjaga pandangan: mengelak dari melihat yang tak sepatutnya serta menjaga diri agar tak tersangkut dengan siapa-siapa secara rawak..



Macam tu la, ceritanya kenapa aku masih single sampai sekarang. Jadi setakat ini, aku hanya memerhati golongan couple (kawan-kawan yang lain), macam mana berjayanya mereka dalam cinta mereka melalui cara yang tipikal. Banyak kali aku dengar, betapa cinta selepas perkahwinan itu adalah yang terbaik, dan aku ada contoh yang paling dekat; iaitu ayah aku dan mak tiri. Mereka tak kenal sehinggalah lepas kahwin, dan dari pemerhatian aku ayah tampak bahagia dengan kehidupannya sekarang ^-^
"Well, dalam hati sebenarnya aku dah ada suka seseorang.. cuma aku sekarang masih bertahap keliru.. Ya Allah, pandukan aku ke jalan kebaikan, dan jauhilah aku dari terjebak ke dalam kancah maksiat.."
Other stream of thought
gambar pinjaman: let's not start the chain, can we? ^-^
Saja-saja bersempena tarikh 14.2 yang sangat popular dengan sambutan hari kekasih, sekali lagi ingin aku ingatkan diri sendiri (dan kawan-kawan) agar sentiasa peka pada larangan Allah yang berikut:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yg keji dan satu jalan yg jahat (membawa kepada kerosakan)" (Surah Al-Isra' 17:32) 
Menariknya, firman Allah itu menggunakan perkataan "jangan menghampiri". Untuk tujuan pemahaman, seperti gambar yang disertakan itu Zina selalu dimulaikan dengan interaksi yang mudah-mudah terlebih dahulu. Namun, lama kelamaan bahana & dosanya semakin banyak. Na'uzubillah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)