Y u no drinking?

Entri kali ni juga bersifat imbas semula.. Teringat aku pertanyaan seorang kawan ketika makan bersama-sama pada suatu ketika dahulu:
"Can i ask you guys a question? What is the reason for you all (refering to us, muslim) for not drinking (refering to alcohol)?" - tanya seorang kawan bukan islam
"Because it causes more harm than good" - jawab salah seorang kawan aku  
Fokus - Bahaya arak 
"it causes more harm than good'
Aku tertarik kepada cara jawapan seorang kawan aku ni, selari dengan firman Allah (nota - ayat ni panjang, maka isi yang akan ditekankan dalam entri kali telah diwarnakan merah):
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya" dan mereka bertanya kepadamu, "Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?" katakanlah, "(dermakanlah apa-apa saja) Yang berlebihan dari keperluan kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir" (Surah Al-Baqarah 2:219)
 Terdapat juga satu hadith yang berkaitan arak ni;
"Arak adalah ibu segala maksiat dan ia adalah maksiat paling mengaibkan” (Riwayat Ibnu Majah)
Hadith ini serta-merta mengingatkan aku tentang satu kisah pada zaman dahulu tentang keburukan arak. (nota - aku pinjam ayat penceritaan dari link berikut --> Diaryislamku)

----<Dosa manakah - minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh>---

Itulah teka-teki sebagai inti khutbah khalifah Ustman bin Affan r.a seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan wanita cantik. Kerana sudah jatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
  1. minum khamr (arak / minuman memabukkan)
  2. berzina
  3. membunuh bayi
Beranggapan minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr (pilihan 1).
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
“Kerana itu, hindarilah khamr, karena minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan pebuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu diantaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya, ia akan kekal di neraka.” 

-----------------------------------------------<kisah tamat>-----------------------------------------------

Ringkasnya dari kisah tersebut, minum arak ni boleh merosakkan akal fikiran serta mengganggu rasional seseorang. Antara masalah lain yang boleh timbul;
  1. Melalui kajian perubatan (topik psychiatry), kesan buruk daripada alkohol ini terbahagi kepada kesan fizikal (seperti Peptic Ulcer, liver cirrhosis, cardiomyopathy, anemia, epilepsy dan sangat banyak lagi--> ni kena baca buku Oxford penuh ni) dan neuropsychiatric (macam depressive disorder, anxietry, memory blackout dan juga lagi banyak kena baca ^-^!) 
  2. Dari aspek sosial, pelbagai masalah sosial yang lain wujud seperti permusuhan dan pergaduhan. Firman Allah:
"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu dari mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (dari melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (Surah Al-Ma'idah 5: 91)
Sebagai kesimpulan, memang tak dapat dinafikan lagi betapa banyak sangat kesan buruk dari alkohol ni. Menariknya Islam awal-awal lagi dah 'tahu' tentang kemungkinan tersebut, maka sebab itulah larangan alkohol telah diturunkan.. Allahu akbar ^-^

Some other stream of thought
  • Menariknya, pada awal larangan pengambilan alkohol dalam Islam ini diturunkan, ia secara berperingkat agar umat Islam tak terlalu culture shock terhadap larangan tersebut. 
  • Aku ingin mengingatkan diri sendiri (dan kawan-kawan) bahawa larangan arak ni ultimately kerana ia adalah perintah Allah s.w.t. Dengan kata lain, walaupun manusia berupaya (i wonder v_v) mencipta satu teknologi membuat arak tanpa kesan buruk tersebut namun larangan arak adalah muktamad daripada Allah.. (Jadi tak perlulah banyak soal pula ye..)
Allahu akbar (terhadap segala kebesaran dan kebijaksanaan Allah dalam hal ini) ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)