giliran membeli kereta

kereta pilihannya - Honda City
Baru-baru ni *abang Chik beli kereta baru sempena mula bekerja di Gebeng, Pahang (note - kalau tak kenal siapa Abang Chik, boleh rujuk semula entri Interesting brotherhood (part 1) untuk pengenalan). Apa pun, beruntungnya abang chik dapat beli kereta selesa ^-^
"Ran, kau nanti nak beli kereta apa pula?" 
Oh ya, seperti ayat pertanyaan di atas, sejak itu dah sampai la giliran aku (dalam senarai adik-beradik) pula untuk membeli kereta ^-^! Beli kereta?? Hahaha.. biar aku gelak dulu..

Fokus - Kereta pilihan sendiri ialah...
Dalam diam, aku juga memasang niat untuk memilik kereta sendiri. Namun, seperti mana entri cabaran untuk memandu, aku ada kekurangan apabila melibatkan pemanduan kenderaan. Sekarang aku sedang menjinak-jinakkan diri dengan tabiat memandu ni terutamanya ketika memandu terutamanya bila melibatkan skill di bukit >_<! Buat masa ni, pinjam kereta lama Abang Chik ni la (sebab dia dah dapat kereta baru) untuk tujuan latihan melalui pergi kerja dengan kenderaan..

Setakat ini, kereta yang tersenarai dalam impian pemilikan adalah Honda - Jazz (seperti dalam gambar diberi ni). Pada masa ni, harga ditawarkan mahunya sampai RM90k (ni termasuk pakej sekalian) >_<! jadi dalam tempoh terdekat ni, aku hanya perlu fokus:
  • latih tubi pemanduan di jalan raya KL ni (biasakan diri dengan situasi malam, hujan, traffic jam serta expand road mindmap dll)
  • kumpul duit dulu la.. Buat masa ni, aku baru dapat gaji pertama sebagai kerjaya doktor.. Sedang adjust dengan perbelanjaan semasa.. (pengurusan kewangan - ni takde kaitan pasal kereta, cuma melibatkan pengagihan sumber pendapatan)
  • Belajar pasal kereta juga la (eg. tukar minyak hitam, tayar, nak repair kena pergi mana dll)
"Kenapa pilih jazz dalam banyak-banyak?" 
Pada dasarnya aku tak mempunyai keutamaan untuk memilih kereta. Cuma asalkan kereta tersebut luas dan selesa (muat untuk penumpang atau apa-apa barangan) bagi aku dah cukup baik. Namun, tetap aku akan keep in view kemungkinan model-model kereta yang lain.. Ini belum lagi keputusan muktamad. In-sya-Allah..

bersambung ke siri 2 entri - kereta pilihan

Some other stream of thought
  • Bila mula berkereta ni, aku semakin khuatiri bahawa aku akan bertambah malas untuk berjalan kaki. Sebelum ini, berjalan kaki dalam lingkungan jarak 1km pun bukan satu keluhan.. Takut-takut nanti nak pergi kedai depan 200m pun rasa mesti naik kereta dah >_<! na'uzubillah
  • Sebagai pejalan kaki, aku amat memahami kepayahan & keperitan berjalan kaki ni. Tambah pula, bila situasi hujan, pejalan kaki terdedah kepada risiko tempias oleh kereta.. Jadi semoga kemudahan kereta yang ada membuatkan aku sudi memberi pertolongan kepada kawan-kawan dan kenalan.
  • teknologi GPS oleh orang muda VS mind-roadmap oleh generasi tua.. mana satu perlu aku contohi?? v_v - entri navigator

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)