Abang Chik

Aku diperlihatkan "perwatakan abang terhadap adik" ketika meluangkan masa mengajar tuisyen (kerja sambilan ketika Supplement Year 5); bila mana dalam rutin harian memang berlakunya konflik adik-beradik ni (rebut-rebut mainan, makanan, game dll), terutamanya yang masih budak-budak lagi.

Dan macam biasa juga, si abang akan mengalah demi kepentingan si adik (eg. bagi adik menang). Kesannya, akan wujud perasaan tak senang pada diri si abang sebab terpaksa kalah. Dan adakalanya si abang ni berasa leceh & tak best ada adik berperangai yang menyusahkan, namun dari dalam hatinya tetap rindu & sayang pada adik tu. Tentunya, perasaan ini dikaburi oleh sifat ego si abang tersebut (tak nak mengaku walaupun dah kantoi)..

trigger ni serta-merta menyedarkan aku betapa aku juga mempunyai abang-abang yang prihatin & sayang pada aku (adik). Dalam entri ni, aku perihalkan salah seorang daripada dua orang abang kandung aku;
Fokus - Abang Chik
"Abang aku yang seorang ni, aku panggil Abang Chik, 2 tahun lebih tua daripada aku. Suka dan hebat main bola sepak. Lagi, kepandaiannya dalam pelajaran membuatkan aku berusaha untuk menyaingi rekod kejayaannya dalam pelajaran (PTS, UPSR, PMR, SPM). Orangnya agak short-tempered sikit. Namun, sebagai abang dekat, dia banyak ajar aku & berkongsi macam-macam kisah pengalaman dengan aku. Ringkasnya aku anggap dia sebagai pesaing dalaman, penasihat & abang yang baik"
Memory-0 (2018) kepingan B adalah pasal Abg Chik
Ekoran dari trigger tu, aku semakin nampak betapa abang aku yang seorang ni telah berkorban banyak, kadang-kadang aku selalu terlepas pandang dan menganggap remeh. Antaranya;
  • Sejak beberapa tahun yang lalu, Abang Chik ni la selalu menjadi orang pertama yang akan ucap happy birthday (lepas sikit jam 12.01 pagi) kat aku. Baru perasan kan? --> kalau ikutkan aku sendiri ketika birthday-nya, aku ala kadar je wish (tak berusaha sangat pun untuk jadi orang yg pertama)
  • Banyak kali ketika sekolah rendah, abang aku ni bersifat tegas dgn aku agar aku tak jadi manja & mengada-ngada masa sekolah.
  • Teringat lagi semasa aku belajar di KMPK'06 dulu, Abang Chik ni juga la yang sanggup naik motor 40km, semata-mata nak jumpa aku dan bawa ke UTP (masa ni dia takda lesen yang sah lagi, dah la jauh)
  • Banyak kali juga, Abang Chik ni mengabaikan kepentingan dirinya untuk meluangkan masa bersama adik-beradik walaupun boleh kata terpaksa.
  • Sedikit kenangan tadika, baru aku ingat bahawa Abang Chik telah pun menjadi family role-model sejak dulu lagi
  • Banyak lagi peristiwa lain..
Kadangkalanya, Abang Chik juga suka bergurau dengan aku (pernah sampai ke tahap annoying juga la ^-^!) namun bila difikirkan lagi, mungkin sebab aku ni selalu tak balik rumah (sebab sekolah asrama sampai la ke universiti, balik pun sekali-sekala je), mungkin ni antara caranya untuk lepas rindu. Bila berpisah nanti takde peluang lagi dah..
"despite however their brotherhood is, the older brother would still care and love the younger, but sure, he want to keep his cool in front of the little one.."
Ya, aku juga abang kepada seorang adik. Aku tahu perasaan ego ni ^-^ dan aku tetap sayangkan Abang Chik. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan abang yang penyayang ni. Aku mohon agar ikatan kekeluargaan aku dan Abang Chik ni kekal intim walaupun kian meningkat usia..

------------------------------------------<section closed>------------------------------------------------

Tak kira apa yang berlaku, aku selalu dapati si abang ni antara yang pertama memberi respon kepada kita. Dan kebanyakannya responnya adalah bersifat supportive, supaya kita lebih berani mengorak langkah meneruskan kehidupan..

Allahu Akbar~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)