Abang Ngah

Pada hari (tarikh) ni, buat pertama kali sejak sekian lama, aku main badminton berempat dengan semua adik-beradik aku. Dulu selalu main pun masa kecik-kecik, di bawah ajakan ayah. Menariknya, sukan badminton ni boleh menyatukan semula kami adik-beradik walaupun masing-masing mempunyai haluan tersendiri (eg. berkeluarga sendiri, jadual kerja yang berbeza)

Focus - another wonderful brother, for sure! ^-^
Tak semena-mena aku berniat untuk memerihalkan lagi seorang abang kandung aku;

Wanted! (Zero memory) ada pasal abang Ngah
"Abang Ngah ni abang sulung aku, berumur 5 tahun lebih tua. Sangat pandai melukis (aku suka melukis pun sebab aku tengok dia hebat dan dia pernah lukiskan untuk aku). Pada zaman kanak-kanak kami dulu, disebabkan perbezaan umur yang sangat ketara, Abang Ngah sangat tegas dengan aku jadi aku pun tak rapat sangat dengannya (takut >_<!). yang aku tahu daripada Abang Chik, katanya Abang Ngah ni pandai juga. Dia pun aktif sukan basketball serta tahu main skateboard, melebihi skil Abang Chik. Semua ni aku tak nampak sendiri, namun aku yakin yang Abang Ngah ni setidaknya seorang legend untuk aku ikuti.. Meningkat dewasa ni aku nampak Abang Ngah lebih mesra dengan kami. Banyak luangkan masa (eg. share main game, ajak makan, main sukan, datang melawat) bersama kami walaupun dah berkeluarga sendiri."
Disebabkan dulunya kami tak berapa rapat, aku dari awal lagi ingat semua budi baik dan jasa pertolongannya pada aku. Macam Abang Chik, dia pun banyak berkorban untuk membantu aku memahami kehidupan ni.. malah sangat banyak..

Secara umumnya, Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan abang yang baik. Aku mohon agar ikatan kekeluargaan aku dan Abang Ngah kekal intim sampai ke akhir hayat. Pada tahap ni, aku sayangkan Abang Ngah juga..

--------------------------------------------<section closed>-----------------------------------------------

Aku tak pasti la macam mana hubungan adik-beradik bagi kawan-kawan aku. Namun yang aku tahu, hubungan kekeluargaan antara adik-beradik ni menarik perhatian aku untuk berfikir. Meningkat dewasa, kita biasanya akan lebih berhubung kepada pelbagai orang (majikan/ boss, kawan-kawan, junior, awek, cikgu/ lecturer) di luar sana. Namun, aku berpendapat siblingship ni ada sesuatu nilai yang tak boleh dijumpai melalui interaksi pihak lain..

Allahu Akbar~ (tentunya Allah menjadikan setiap situasi tu mempunyai hikmah yang perlu difikirkan)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)