Detektif Conan
Satu lagi manga-anime kegemaran aku yang sememangnya aku tetap ikuti sehingga dewasa ni: Detective Conan. Secara umumnya, aku sukakan komik yang berkenaan menyelesaikan misteri, menunjukkan kebolehan berfikir secara kreatif.. memang menarik sangat bagi aku ^-^ apa-apa pun, ringkasan:
Dan episod-episod kegemaran aku adalah apabila ceritanya melibatkan (sama ada):
"Siri Detective Conan mengisahkan kehidupan seorang remaja 17 tahun bernama Shinichi Kudou yang begitu gila untuk menjadi detektif. Kehebatannya dalam membuat deduksi sering mendapat pujian ramai dan pengakuan daripada pihak polis. Sehinggalah satu hari ni, sedang dia menyiasat satu kes melibatkan organisasi baju hitam, dia akhirnya kantoi oleh salah seorang ahli mereka lalu diracuni APTX4869 dan akhirnya menjadi seorang budak kecil berumur 7 tahun. Namun, kepakarannya dalam menyiasat kes tetap kekal hebat.. jadi dia terpaksa menggunakan identiti Edogawa Conan untuk bersembunyi sambil berusaha untuk menyiasat kumpulan baju hitam ini agar dapat pulih ke badan asal.." - idea asal cerita ni
"Shinjitsu wa hitotsu (there is only one truth)" - favourite quote ConanSiri komik ni sangat panjang. Setakat (tarikh entri) ini, terdapat 76 volume komik telah dilukiskan (dan itu pun tak habis-habis lagi). Perkembangan jalan ceritanya semakin kompleks dan complicated, dengan kehadiran pelbagai watak dengan latar belakang masing-masing.. Lagipula ada siri edisi khas dan movie tahunan.. ternyata pelukis komik Gosho Aoyama ni memang banyak idea ^-^! tak tahu la bila nak habis.. Tapi aku tak kisah pun, tetap setia mengikut setiap episod yang dihasilkan..
Dan episod-episod kegemaran aku adalah apabila ceritanya melibatkan (sama ada):
- Conan kembali ke badan asal Shinichi Kudou
- Konflik dengan kumpulan baju hitam (terutamanya Movie ke-13 The Raven Chaser ^-^ jom tengok bibit-bibit permulaan movie tersebut melalui video di bawah)
- Keupayaan detektif Mouri Kogorou selesaikan kes (tanpa bantuan Conan)
- Watak detektif yang tak dijangka (eg. Sonoko / Ran yang membuat deduksi tanpa tidur)
Ulasan