sifat pemaaf

Bagi memulakan entri kali ni, ingin sekali aku ajukan pertanyaan berikut;
"Dalam banyak-banyak akhlak/ sifat mulia (seperti rajin, tabah, berani, sopan santun dll), agaknya apakah sifat yang *paling kalian suka tengok??" (*tentulah semua akhlak mulia adalah menyenangkan dan disukai umum tapi aku percaya setidaknya kita boleh fikirkan preference masing-masing. Dengan kata lain, sifat tersebut pastinya memberi kesan mendalam terhadap jiwa apabila diperlihatkan)
Aku yakin setiap orang mempunyai pendapat dan jawapan tersendiri (berdasarkan pengalaman hidup masing-masing). Dan aku juga, turut mempunyai pandangan peribadi. Ok, jawapannya aku terangkan melalui situasi (trigger) berikut. Entry start!!


----------------------------------------------<trigger>-----------------------------------------------------

Ketika pertemuan semula aku dengan kawan sekolah beramai-ramai, aku selalu cuba mengambil peluang untuk berbual secara peribadi sekadar bertanya khabar sejak sekian lama tak berjumpa. Terbaru ni aku berjumpa semula dengan seorang sahabat (yang mana perpisahan aku dengannya diakhiri dengan pergaduhan dan salah faham)... *Takut pula aku nak berborak dengannya (kot-kot dia masih marah aku) 
(*Nota - aku mempunyai pendirian "forgive but not forget" maka secara semulajadinya aku beranggapan orang lain pun begitu) - entri Maaf
"Dah lama tak berjumpa sejak (sekian lama ni). Kau tak marah aku lagi, kan?"
"La, buat apa aku nak marahnya?"
"Errr.. (Takde la, kot-kot kau masih ingat lagi kita pernah gaduh suatu masa dahulu..)"  
 "Aku dah lupa dah kisah lama dulu la.. Oh ya, aku ada beli roti lebih ni, kau nak satu??" - balasnya sambil ubah topik
Wah~ :O terharunya aku dengan sifat pemaaf kawan aku ni.. Memang sangat menyentuh perasaan aku. Apatah lagi:
  • Memandangkan aku ni memang rasa bersalah atas kesalahan lalu (taknak la membuatkan keadaan menjadi lebih teruk)
  • Dia menunjukkan contoh teladan yang lebih baik (daripada aku) berkenaan hal bermaaf-maafan ni
Kesannya, aku memang sayang kawan aku ni sangat. Selalunya aku berjanji pada diri sendiri bahawa aku akan setia dan berfikir positif terhadapnya.. Baik, trigger sampai ke penghujung. Jom kita ikuti fokus;

---------------------------------------------------<end>---------------------------------------------------

Fokus - pemaaf sifat mulia
Kalau diamati dari trigger tersebut, jawapan aku adalah sifat pemaaf. Memang haru lagi menyentuh perasaan sangat. Teringat aku akan Firman Allah dalam KalamNya;
"Dan tidaklah sama (kesannya & hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh perasaan permusuhan terhadapmu, dengan serta merta menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" (Surah Fusilat 41:34)
Dari firman tersebut, menariknya sifat pemaaf boleh menyebabkan mana-mana musuh dengan individu (pelaku/ pemaaf) tersebut hilangnya perasaan bermusuhan terhadapnya. Allahu akbar..
"Secara peribadinya aku sendiri mengalami situasi sedemikian. Seperti mana telah aku tuliskan dalam entri musuh jadi sahabat. Misteri tapi menarik"
Dan banyak kisah-kisah telah aku baca, namun adegan yang confirm membuat aku menangis terharu pastinya berkaitan dengan sifat pemaaf ni.. Antaranya:
  • Ketika Nabi Muhammad ketika dipersendakan oleh masyarakat Arab pada awal usaha dakwahnya, sehingga Jibril datang memberi tawaran untuk menghancurkan masyarakat Arab seluruhnya.. Tapi apa respon nabi?? - ringkasan sedutan babak boleh rujuk entri sempena maulid nabi (ataupun boleh rujuk mana-mana sirah / biografi Nabi Muhamad s.a.w untuk cerita penuh)
  • Nabi Yaakob ketika diberi ujian perpisahan dengan anaknya Nabi Yusuf melalui perbuatan dengki saudara-saudara (adik-beradik) Yusuf yang lain
  • Nabi Yusuf sendiri memaafkan perbuatan saudaranya yang telah membuang dia ke dalam perigi ketika usia kecilnya (seterusnya menyebabkan dia mengharungi banyak dugaan / cabaran / kesusahan hidup) 
Kisah berkenaan Nabi Yaakob dan Nabi Yusuf ada diterangkan dalam Surah Yusuf (namun kalau lebih rajin bolehlah rujuk sirah Nabi dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai).

menariknya sifat pemaaf pun boleh tolong jaga kesihatan ^-^
Nak nasihat lain --> boleh tengok laman (page) Nasihat. Ada macam-macam (akan terus ditambah lagi pada masa akan datang)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)