Bazaar

"Ran, tolong belikan sikit kuih-muih dan buah kat bazaar.."
Fokus - bazaar Ramadhan
Jadi, Ramadhan hari ke-11 baru la aku menjejak kaki ke bazaar. Sebelum ni aku berbuka puasa dengan masakan di rumah, tak terlintas pun untuk pergi ke bazaar sehinggalah suruhan tersebut.

suasana Bazaar ramadhan.. ramai orang ^-^!
"Bazaar ramadhan ni biasanya beroperasi selepas waktu asar, semata-mata untuk menjual juadah berbuka puasa untuk orang ramai (terutamanya bagi mereka yang tak lapang untuk masak sendiri). Bazaar yang berhampiran dengan kawasan rumah aku adalah kompleks Muhibbah di Kampung Pandan. Memang dah lama aku tak datang sini (sebab aku belajar di Sarawak), dan kali terakhir aku datang sini pun bersama arwah Wan dulu.." 
Teringat dulu ketika waktu belajar di UNIMAS, aku hari-hari pun turun ke bazaar di pekan Satok (Kuching, Sarawak) untuk beli makanan buka puasa.. Agar tidak terlalu melampau dalam berbelanja, aku hanya set up perbelanjaan sebanyak RM10 sahaja untuk berbuka puasa..

  • RM3-6 --> makanan berat (selalunya aku tetapkan agar menu tak berulang setidaknya sepanjang satu minggu.. eg. kalau Isnin dah makan nasi tomato, maka seboleh-boleh aku baki hari dalam seminggu tu aku beli menu lain pula..) 
  • RM1-2 --> minuman (biasanya air minuman ni boleh bertahan 2-3 hari, paling cepat pun aku habiskan masa sahur)
  • RM1-2 --> makanan ringan (kuih-muih je)
Demikianlah perbelanjaan harianku untuk berbuka. Alhamdulillah aku masih terkawal lagi nafsu makan ni dan tak boros membeli macam-macam. Kesannya, aku masih segar untuk solat Isyak dan Tarawikh pada malam harinya..

Some other stream of thought
Makanan kat Malaysia ni banyak sedap-sedap, seperti mana idea tersebut dikemukan dalam klip video JinnyBoy seperti yang berikut ((Nota - video ni mengandungi beberapa adegan yang hanya terdapat di Malaysia, antaranya termasuklah perihal makanannya yang sedap pada 3:50-4:46)


Walaupun demikian, pentingnya pada bulan Ramadhan ni kita perlu mengawal nafsu diri agar tidak berbelanja dengan boros, serta makan banyak sehingga terlalu kenyang lalu tidak dapat beribadah pada malam harinya..
"Sedap, sangat sedap tapi sebaiknya makan berkadar sahaja. Kalau terasa nak makan macam-macam, pilih je satu menu dulu dan save untuk kemudian hari pula.. ^-^ (kecuali la aku masih terlepas pandang konsep mengidam/kempunan..)"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)