Looking back 6 month time..

Haha, pada minggu (bertarikh 1-5 julai 2013) ni adanya rakan seperjuangan aku sedang menjalani kursus induksi sebelum mulakan kerjaya doktor mereka. Biasanya hari pertama kursus, mereka akan diberi jawapan tentang permohonan tempat kerja mereka. Ada yang dapat seperti yang dipinta, dan ada juga yang tidak.. Maka maka pelbagai status berbaur keluhan / ceria (bergantung kepada takdir mereka) timbul di dinding-dinding laman sosial Facebook.. Antaranya yang dapat aku kongsikan (olahan semula):
"Berat hati dan sedih. My next 2 years will be in Hospital X (komen - mestilah jauh dari rumah). Bulan puasa dah dekat. Raya will i get my leave?? 
"Kuatnya kami diujui. Seorang di A, seorang di B. Kalau itu takdirnya, redhakanlah hati kami ya Allah.. "- (ni merujuk kepada seorang sahabat yang dah berkahwin tapi ditakdirkan tempat kerja yang nyata jauhnya)
"Semakin kita rasa diri ini kuat & tabah maka semakin besarlah ujian & dugaan yang diberi. Pengembaraan aku masih belum berakhir untuk terus dekat dengan keluarga. The next destination is W.."
"Akan memulakan tugas di Hospital S, apa-apa pun selamat berkhidmat wahai diriku untuk diri saya yang bakal memulakan tugas sebagai houseman.."
"Posted to Hospital V, not even in my top 3 choice. May Allah know the best for me.."
Baca-baca status tentang tempat posting dapatan mereka buatku teringat saat-saatku menghadapi situasi yang sama pada 6 bulan lalu. Oh ya, jom imbau balik status aku pada masa tu (kalau ada la):
"(dapat) HKL eh.. >_<i maybe this among the time to be home after being away for so long.." - pun rasa teruji dengan penentuan tersebut (kenapa?? rujuk fokus C dan D dari entri berikut sepanjang kursus induksi)
setiap ketentuan pasti ada hikmahnya ^-^
Fokus - Post-mortem dalam 6 bulan ni.. v_v
Bila difikirkan semula dalam 6 bulan ni, aku bersyukur dengan takdir sebegini. Siapa tahu bagaimana kisahnya kalau aku diberi takdir yang berbeza. Tak semestinya perkara akan berlaku seperti yang aku harapkan / jangkakan. Dan tentunya apa yang berlaku setakat ini tidak memberi penyesalan kepadaku. Alhamdulillah, walaupun aku struggle dalam kerjaya seharian namun sampai hari ni adanya keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja baru yang memberi motivasi untuk terus berusaha. Antara hikmahnya yang aku nampak (selepas rujuk entri-entri dalam 6 bulan ni):
  • dapat melatih kemahiran memandu ke beberapa destinasi jauh dan dekat
  • dapat berhubung semula dengan kawan-kawan lama (dari pelbagai zaman pertemuan) KL
  • tentulah kos dan perbelanjaan kehidupan lebih terurus apabila tinggal di rumah sendiri
Dan ada juga drawback yang aku terpaksa hadapi (dan akan fikirkan penyelesaiannya satu masa nanti);
  • tak dapat mengembara melihat tempat-tempat baru 
  • perpisahan dengan seseorang v_v aku tak pasti apa akan jadi lepas ni. Hanya dapat berserah kepada Allah je..
  • kehidupan yang masih belum berdikari secara penuh (sebab keluarga menanggung pengurusan makanan, pakaian dan perbelanjaan). Nanti bila dah pindah luar habis la aku.. boleh ke aku curi masa nak masak, basuh baju, jemur pakaian dan lipat, bayar sewa rumah, kemas rumah dan lain-lain..
Let's just move forward.. ^-^ will ya?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)