Bonus ramadhan

Hari pertama puasa di alam kerjaya dah berlalu v_v kebetulan aku post-call (*kerja shift malam pada hari sebelumnya) maka hari ni aku off di rumah saja. Esok kerja siang baru boleh merasakan suasana bekerja ketika berpuasa.. Namun, pada hari pertama ni aku terkenang semula ramadhanku yang lalu dan bagaimanakah ia diisi..

Alhamdulillah kehidupan ramadhanku ketika di sekolah SMKSJ,SBPIR telah diisi menurut aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Sahur, Tadarus AlQuran, Tarawikh, Qiam segalanya dirancang baik. Disebabkan aku terikat dengan peraturan asrama, jadi boleh kata kebanyakan aktivti tersebut 'terpaksa' diikuti sama ada nak atau tak nak.. (bukannya boleh lari jauh pun)..

Menjelang matrikulasi di mana peraturan lebih bebas, cabaran bermula. Alhamdulillah aku takde masalah untuk kekal berpuasa penuh. Cuma aspek amalan-amalan lain ramadhan seperti tadarus, Qiam, mathurat, iktikaf tu semakin rasa berat pula.. Situasi ni menjadi lebih teruk lagi apabila meningkat di universiti, yang mana banyak cabaran lain seperti hiburan (games, internet, TV) yang boleh melalaikan diri dari Allah..
"Selagi boleh, aku tak nak lepaskan peluang bonus bulan ramadhan.. Sebaik-baiknya kena maintain atau lebih baik dari ramadhan lalu.."
Fokus - Bonus multiplier
Pertamanya, selalu kita dengar betapa bulan ramadhan ni adalah bulan yang penuh berkat & rahmat dari Allah s.w.t kepada hambaNya. Banyak 'bonus' yang diberikan terhadap apa jua amalan baik/ soleh di bulan ramadhan, seperti mana diterangkan dalam hadith berikut:
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman "Kecuali Berpuasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)
Jadi menarik, kan? Semua amalan kita dilipat-gandakan sebanyak-banyaknya ketika bulan ramadhan. Jom kita ambil satu contoh mudah; solat fardhu yang dilakukan secara berjemaah pada bulan ramadhan. Kalau nak kira-kira adalah seperti berikut;
1 x 27 x 70 = 1890 pahala (jadi maksudnya 1 solat fardhu berjemaah di bulan puasa adalah 1890 kali lebih baik dari solat fardhu sendirian pada hari biasa-biasa)
Tu baru pahala 1 waktu solat fardhu. Kalau nak ditambahi 4 solat fardhu yang lain, serta amalan-amalan sunat yang lain. Ternyata bulan ramadhan ni memang satu peluang merebut bonus pahala untuk umat Islam (secara tidak langsung, peluang untuk masuk syurga semakin cerah). Jadi ruginya bagi mereka yang tak perasan hal tersebut..

ada benarnya hadith tersebut ^-^
Jadi, jom?! Sama-sama berlumba membuat amal soleh di bulan ramadhan ni..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)