Tarawikh tahun ni..

Dah hampir seminggu aku buat solat tarawikh di surau belakang rumah. Tahun ni nyata berbeza jika nak dibandingkan ketika zaman sekolahku dulu (nota - kenapa dibandingkan dengan masa-masa sekolah dan bukannya tahun lalu? --> ketika di UNIMAS aku bertarawikh di sana, hanya balik bercuti raya pada malam terakhir ramadhan maka tak sempat mengalami suasana bertarawikh surau belakang sejak sekian 5 tahun lamanya)
"Tahun ni surau belakang buat tahlil ringkas dulu sebelum tarawikh, tarawikh pula hanya 8 (merujuk kepada bilangan rakaat) je. Dan setiap 4 rakaat rakaat akan ada tazkirah kejap lepas tu sambung balik. Kemudiannya ada witir 3 rakaat."
Kalau masa-masa dulu, surau tersebut buat solat tarawikh 20 rakaat diakhiri witir 3 rakaat.. Oleh kerana dulu ada 20 rakaat maka solatnya dilakukan secepat mungkin agar tamat tidak terlalu lambat, sementara 8 rakaat sudah dianggap cukup sedikit maka si imam mengambil masanya sendiri baca panjang-panjang (satu halaman alQuran tak salah aku) untuk setiap rakaat.. ^-^!

Namun, terbaca di media akhbar tentang 'teguran' yang ingin ditujukan kepada pihak masjid agar kembali kepada cara lama (seperti mana dalam akhbar berikut --> Mufti: Jangan ganggu solat tarawikh)

Fokus A - Kualiti VS Kuantiti
Aku percaya ramai pasti membahaskan topik (tajuk fokus) ni. Kalau tanya aku, aku memihak kepada hal kualiti. Jadi kalau solat tarawikh yang dilakukan sebanyak 20 rakaat, ada beberapa implikasi yang boleh timbul:
  • Berlakunya solat dengan pantas, iaitu si imam dan makmum seboleh-boleh membaca surah dengan pantas agar dapat siap solat dalam masa yang tidak terlalu lewat. Jadi ada kemungkinan terjadinya kesilapan-kesilapan dalam solat.. v_v
"Seperti mana kita tak mahu puasa kita hanya lapar dan dahaga (tapi tak diterima), begitu juga solat kita --> tak mahulah berpenat lelah (tapi tak diterima atas kesilapan kita)"
  • Dengan mindset 20 rakaat, kebanyakan makmum (aku juga termasuk golongan ni) akan rasa malas sebab banyaknya rakaat yang perlu dilakukan. Mungkin aku akan bersemangat pada 4 rakaat pertama, namun baki rakaat nanti rasa malas akan timbul pula (walaupun dah tau imam baca laju-laju). Sebaliknya 8 rakaat bagiku sungguh memadai agar diri sentiasa istiqamah pada setiap malam ramadhan ^-^
Fokus B - selingan tazkirah
Ketika di bangku universiti dulu, aku perhatikan ramai cukup tak gemar dengan slot selingan dengan anggapan ia 'mencuri masa' mereka (kononnya nak cepat-cepat habis tarawikh agar dapat balik dan meneruskan aktiviti harian) ^-^! secara peribadinya aku kurang bersetuju dengan pendirian sedemikian kerana:
  • slot tazkirah ni bermanfaat sama ada memberi masa rehat sekejap antara solat yang berterusan, juga memberi motivasi untuk memperbaik solat. Misalnya kalau 4 rakaat pertama kita dah dilalaikan sedikit dengan perkara duniawi, mungkin tazkirah tersebut mengajak kita kepada ukhrawi (contoh macam aku, aku suka dengar topik-topik berkenaan syurga, neraka, mati dan yang berkaitan --> bila dengar tazkirah ni, serta merta aku cuba memperbaik baki rakaat solatku)
Baca-baca akhbar tersebut, aku faham akan rasional yang cuba disampaikan. Namun, lantas aku rujuk satu hadith yang menyatakan hakikat tersebut (beserta nasihat sekali):
"Barangsiapa yang mencintai dunianya, maka kecintaannya itu akan membahayakan akhiratnya. Dan barangsiapa yang mencintai akhiratnya, maka kecintaannya itu akan membahayakan dunianya. Utamakan yang kekal ketimbang yang sementara (punah)." (HR.Ahmad) 
Dari hadith tersebut, nyata dijelaskan betapa hal dunia dan akhirat itu umpama satu neraca (timbangan) iaitu tak boleh dapat keduanya. Seterusnya, teringat akan satu dalil yang sesuai dengan situasi tersebut. Firman Allah dalam Al-Quran;
"Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat, akan Kami tambah keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia, dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat." (Asy-Syura 42: 20)

selalunya kita terlupa tentang hakikat ini dan terpedaya dengan hal duniawi
Pernahku terdengar akan satu nasihat (aku tak pasti sama ada ia berbentuk hadith atau sekadar kata hikmah) iaitu:
"Jika kita kejar dunia, dunia akan lari daripadamu, tapi apabila kita kejar akhirat nescaya dunia akan mengikuti.."
Semoga amalan tahun ni lebih ikhlas serta lebih baik ^-^ insya-Allah~
---------------
Antara nasihat lain boleh rujuk --> Nasihat (intisari)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)