Sahur

Tengah-tengah santai menonton video di YouTube, aku menjumpai video oleh ProductiveMuslim seperti yang berikut.. Jom tengok kejap, seminit je..


Malas nak tengok juga? ^-^! Spoiler alert! video ni memaparkan tentang seorang muslim produktif bangun bersahur lalu menunaikan solat subuh. Kesannya sepanjang hari puasa, dia tampak positif untuk berkongsi maklumat tentang bulan Ramadhan dengan siapa saja yang ingin bertanya. Sementara muslim tak produktif digambarkan bangun lewat (tak bersahur) tapi turut berpuasa, namun perut lapar menyebabkannya takde mood untuk menjalani kehidupan harian lantas membuat papan tanda 'jangan ganggu'.. 
"Perkara yang membezakan puasa orang islam dan puasa ahli Kitab ialah adanya sahur.."
Fokus - Bersahur


Hm, dah hari ke-10 puasa ramadhan kalau berdasarkan tarikh entri ni.. alhamdulillah, setakat ni aku tak miss lagi bersahur. Walaupun sahur aku hanya sekadar makan ringan dan bukannya makan proper meal (atas dasar mengantuk --> takde selera nak makan betul-betul), tapi hendaknya cukuplah. Ada satu hadith berkenaan sahur ni (rujuk rajah yang disertakan ^-^!) 

Oleh sebab yang demikian, aku pada masa belajarku dulu selalu aku cuba kejut kawan-kawan dan ajak sahur walaupun minum sikit je.. Dan banyak kali jugak, mereka yang kejut aku bangun sahur ni..

Apa-apa pun, teringat aku akan satu perkongsian yang pernah aku siarkan dalam artikel surau suatu masa dulu.. Jadi entri ini sekadar refresh semula perkongsian tersebut

---------------------------------------------<perkongsian mula>-------------------------------------------

Dari aspek sains, bersahur ni didapati mempunyai manfaat terhadap kesihatan. Kajian menunjukkan masa makan paling penting sepanjang 24 jam dalam sehari adalah sarapan pagi. BBC News yang bertarikh 7 Mac 2003 telah melaporkan sebenarnya sarapan pagi amat penting terhadap kesihatan berbanding dengan waktu makan yang lain.

Kajian oleh Dr. Mark Pereira dan rakannya di Pusat Perubatan Harvard mendapati bahawa mereka yang tak bersarapan pagi sangat berisiko untuk mendapat obesity (kegemukan), heart disease (penyakit jantung) dan diabetes (kencing manis). Sementara, kajian yang sama membutikan bahawa mereka yang selalu sarapan mendapat risiko 50% lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Selain itu, adanya kajian lain menunjukkan persistent reduced blood glucose disebabkan tidak bersarapan ternyata mengganggu tumpuan untuk belajar

Kajian oleh Dr Theresa Nicklas dan rakannya dari Kolej Perubatan Baylor terhadap 700 pelajar telah  menunjukkan mereka yang tak bersarapan adalah berisiko untuk mendapat iron deficiency (dan seterusnya anemia) adalah 2 kali lebih banyak berbanding dengan mereka yang bersarapan.

Berdasarkan fakta ni, kita dapat tahu sebenarnya melewatkan sahur (menghampiri waktu sarapan pagi) ni yang berperanan menentukan kesihatan. Sebab itulah, sampai sekarang umat Islam berpuasa takde masalah langsung seperti yang dicurigakan oleh agama-agama lain…

 ------------------------------------------<perkongsian tamat>--------------------------------------------

Menarik, kan? Sesungguhnya Allah lebih arif terhadap sesuatu yang telah ditetapkanNya. Subhanallah…

Yang lebih penting, sahur ini adalah satu ibadah sunat maka sebaiknya jangan dipesongkan niat kita bersahur ^-^ Tambah-tambah lagi kebaikan sahur pada aspek agama dapat dilihat:
  • sebaiknya melewatkan sahur agar muslim dapat terus solat Subuh lalu memulakan aktiviti hariannya
  • yang bestnya Qiam chance! Menariknya kalau hari-hari biasa kita susah nak bangun Qiamulail tapi melalui bangun sahur kita berpeluang untuk Qiam walaupun hanya solat 2 rakaat (eg. solat sunat tahajud, hajat, taubat dll)...
Jadi jangan dilepaskan peluang tersebut..






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)