Sayangi makhluk lain

Catatan kemaskini
21.2.2019 - sedikit tambahan (1) gambar (2) ayat dari surah At-Tiin
30.5.2019 - tambahan tentang hadith muslim 4517 tentang semut

---- Blog, mula di sini ----
Ketika post call (maksudnya aku kerja shift malam pada hari sebelumnya lalu diberi rehat sepanjang hari selepas pulang kerja).. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah setelah habis kerjaku, sehingga di satu jalan ni aku berjumpa bangkai kucing yang telah mati dilenyek kereta..

Situasi!
Dalam perjalanan balik rumah, di jalan raya anda ternampak bangkai haiwan, apa perasaan kalian melihat haiwan (mangsa) tersebut?
a) Simpati ('eey, kesiannya kucing ni kena langgar' dan sebagainya)
b) Tak kisah langsung
c) Puas hati ('padan muka, siapa suruh main kat tengah jalan raya.. kereta kan banyak'.. atau yang setara dengannya)
"Siapa la akan jaga sang anak kecil kalau ibu dah meninggal~ Cuba bayangkan kalau situasi yang sama berlaku kepada manusia pula" >_<!
Fokus - sayangi (nyawa) makhluk lain
Aku pasti ramai (sebagai pihak ketiga iaitu bersifat rasional dan ideal) akan memberi respon (a) ketika menghadapi situasi tersebut ^-^ Alhamdulillah, setidaknya masih ada perasaan perikemanusiaan dalam diri terhadap makhluk-makhluk lain..

Sementara itu, aku berasa tak selesa sekiranya respon (b) dan (c) ditunjukkan oleh orang ramai, terutamanya apabila bagi mereka yang melanggar kucing tersebut. Dengan rasa tak bersalahnya pergi meninggalkan tempat kejadian..
"Dua golongan tersebut memberi impresi betapa mereka hanya mementingkan diri sendiri serta memandang remeh makhluk lain.. Seolah-olah nak menyatakan bahawa haiwan ini takde nilai kepentingan dalam hidup mereka (sebab tu tak simpati langsung).." 
Jadi, jujurnya aku rasa tak selesa dengan pendirian tersebut. Kalau fikir baik, mungkin sebenarnya mereka tak sengaja malah kot-kot tengah menghadapi saat kecemasan sehingga terlupa untuk berhati-hati.. namun demikian sebolehnya simpati la sikit terhadap jiwa makhluk lain.

Walaupun kita (manusia) dicipta sebaik-baik kejadian malah dilantik menjadi khalifah di bumi, namun apabila nak dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain, mereka lebih taat kepada Allah s.w.t. Bahkan mereka setiap masa sentiasa bertasbih dan berzikir kepada Allah (dengan bahasa yang tak difahami manusia). Seperti mana Firman Allah:
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucapkan tasbih bagi Allah dan tiada suatupun melainkan semuanya bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Isra' 17 : 44)
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah kepadaNya tasbih sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadi) akan cara mengerjakan ibadahnya kepada Allah dan memujiNya, dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.." (Surah An-Nur 24:41) 
Oleh itu, sebaiknya kita kena hormati makhluk yang lain (terutamanya jika mereka yang tidak memberi ancaman mudarat kepada kita ataupun kita bukan dalam situasi terdesak eg. takde makanan) kerana mereka sentiasa bertasbih kepada Allah. Terdapat satu hadith riwayat Muslim (4517)
"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi, Nabi tersebut lalu kemudian memerintahkan untuk mendatangi sarang semut dan membakarnya. Kemudian Allah menurunkan wahyunya, "Apakah kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih? kepada nabi tersebut?" 
Teringat aku akan satu video menarik yang pernah dikongsikan di media sosial Facebook, jadi ingin sekali lagi aku kongsikan dalam blog ni. Sila klik --> The world is not without good people (nota - tak jumpa di YouTube maka aku sekadar bagi link sahaja)

Bacaan menarik tentang makhluk Allah yang bertasbih aku dapat dari sumber berikut --> nasbunnurain.wordpress.com



Arus fikiran yang lain
Melibatkan persoalan yang sama, aku pernah dengar:
"Apabila kita merosakkan harta benda awam, itu dipanggil vandalisme dan menjadi satu kesalahan. Namun bila melibatkan kemusnahan alam sekitar, kita sering beralasan itu adalah untuk tujuan pembangunan dan keperluan.."
Tak rasa kejam lagi pentingkan diri sendiri ke pernyataan tersebut..? Pernah terdengar akan surah At-Tiin?
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah At-Tiin 95:4)
Ayat tersebut sangat indah. Namun, ramai yang telah lupa diri malah tak perasan pun ayat berikutnya pula..
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (Surah At-Tiin 95:5)
Jadi, jomlah kita beringat. Walaupun sebaik-baik ciptaan tapi jangan disalah guna. Kelak akan ditanya di akhirat nanti.

------------------------------------------

Antara entri Nasihat lain yang menarik, sila rujuk semula 'isi kandungan' di laman (page) blog ini --> Nasihat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)